|
View: 2289|Reply: 15
|
[Tempatan]
Lebihan juadah bufet, bazar Ramadan antara punca pembaziran, 25.31 peratus makanan dilupuskan masih boleh dimakan - SWCorp
[Copy link]
|
|
|
Lebihan juadah bufet, bazar Ramadan antara punca pembaziran, 25.31 peratus makanan dilupuskan masih boleh dimakan - SWCorp
Oleh Essa Abu Yamin - Mac 9, 2026 @ 3:11pm
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Syarikat Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) merekodkan penurunan 11.74 peratus pembaziran makanan pada Ramadan tahun ini berbanding pada tahun sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed, berkata pengurangan ketara direkodkan dalam pelupusan makanan yang masih boleh dimakan daripada 37.05 peratus tahun lalu kepada 25.31 peratus tahun ini.
Dapatan ini, katanya mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menghargai makanan serta amalan perbelanjaan dan penyediaan juadah secara berhemah.
"Jumlah sisa pepejal dilupuskan meningkat 10.02 peratus pada 2025 berbanding 2024, sejajar pertambahan populasi, peningkatan aktiviti ekonomi dan perubahan corak penggunaan masyarakat.
"Bagaimanapun, trend pelupusan sisa makanan pada Ramadan menunjukkan penurunan konsisten setiap tahun, daripada 40.97 peratus pada 2025 dan menurun kepada 39.62 peratus pada 2026," katanya dalam kenyataan.
Menurut Khalid, bagi Ramadan tahun ini, terdapat sedikit peningkatan pelupusan sisa makanan sebanyak 5.05 peratus berbanding bulan biasa, sejajar peningkatan keseluruhan sisa pepejal ke tapak pelupusan sebanyak 2.34 peratus.
Analisis kategori sisa makanan pula, katanya mendapati hanya 25.31 peratus merupakan sisa yang benar-benar dibazirkan, menandakan keberkesanan kempen termasuk Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran serta Program MySaveFood.
"Sepanjang 2024 dan 2025, Program MySaveFood@Ramadan berjaya menyelamatkan 70 tan lebihan makanan daripada bazar Ramadan seluruh negara untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.
"Inisiatif ini bukan sahaja mengurangkan sisa makanan, malah turut menyumbang kepada kebajikan sosial dan kesejahteraan komuniti," katanya.
Mengulas punca utama pembaziran makanan pada Ramadan, beliau berkata antaranya daripada lebihan juadah di bufet berbuka puasa serta bazar Ramadan, selain tabiat orang ramai yang cenderung membeli makanan melebihi keperluan sebenar ketika berkunjung ke bazar.
"Program tahun ini memberi penekanan kepada pendidikan dan advokasi kepada peniaga supaya merancang kuantiti penyediaan juadah secara berhemah, selain menggalakkan pengunjung membeli mengikut keperluan sebenar.
"Musim perayaan lazimnya menyaksikan peningkatan sisa makanan yang boleh menekan kapasiti tapak pelupusan jika tidak dikawal.
"Antara aktiviti kempen termasuk sesi perkongsian pengurusan lebihan makanan, promosi amalan pembelian bijak, galakan penggunaan semula bekas makanan, serta penggunaan aplikasi ReMeal bagi memudahkan lebihan makanan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
Inisiatif SWCorp
"SWCorp turut melaksanakan inisiatif awam seperti Free Market Aidilfitri dan penyediaan sudut beg guna semula, di samping pemberian ganjaran kredit Touch 'n Go eWallet bagi mereka yang membawa beg sendiri," katanya.
Jelasnya, pendekatan kolaboratif membabitkan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan, platform digital dan komuniti setempat diyakini sebagai mekanisme paling berkesan untuk membudayakan amalan menghargai makanan secara berterusan.
"Ramadan mendidik kita menghargai rezeki. Nilai makanan sebagai nikmat, bukan sekadar pilihan.
"Kami berharap semua pengunjung bazar Ramadan memanfaatkan bulan mulia ini untuk mengamalkan sikap berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran makanan, selaras aspirasi kerajaan ke arah masyarakat mampan, ihsan dan sejahtera," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
harga pun seram.. dah la tak sedap...hahah... x semua la... x penah² berniaga tetiba niaga |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa reaksi kau orang sedang makan tiba tiba.....

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Patut bazar Ramadan ni diharamkan aja..konsep puasa dah lari jauh jadi bulan pesta makan..nabi Suh bykkn ibadah dlm Ramadan..tapi sini jadi pesta makan sampai bazir mengikut amalan setan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah
semoga kesedaran mula meningkat
korg2 yang pergi bazar ramadan
beli air, beli kuih 2 3 jenis, beli makanan berat lagi
habis ke semua tu ya?
berbuka makan sikit je dah kenyang
dan ada masa sejam je nk ke masjid/ surau utk isyak dan tarawih
sempat ke nk makan macam2 jenis tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena hentikan budaya buffet dan pasar ramadan ni.
Harga dah lah tak masuk akal tapi masih ramai yang sokong dengan membeli lepas tu bising harga mahal, makanan tak berkualiti. Apa punya biol la |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
saya sokong. harga israhel masing2...mengarut betul.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu hari 1st time la turun bazar nak beli kuih. Dah final week Ramadan baru dapat pegi. Singgah gerai kuih. Beli 3 jenis kuih yg dah siap pek, total Rm13.50. Iolls pon tak pasti berapa harga satu pek, kot lain2 harganya. Tapi mmg jackpot, salah satu tu pulut panggang, yaaaa sedap sangat. Nak je datang lagi tapi malas nak bersesak2. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
I biasa beli kuih buat moreh, jenis suka mkn manisan malam2 lepas terawih
Biasa mmg pegi bazar beli kuih je, tapi kuih mahal betul skrg.. Harga bulan Ramadan terus naik dari hari biasa
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
harga meninggal+tak sedap |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi membazir sbb konsep 'bazar terpanjang dan terbesar'
Gerai terlalu banyak utk cater satu populasi setempat
Sepatutnya PBT limitkan seller dan bilangan meja
Nak haramkan terus pun susah juga sbb ramai yg berniaga tu peniaga pasar malam..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
meols balik tarawih dah 10pm ++
mata dah minta bantal

tak ada istilah moreh dah
makan berbuka kenyang sampai esok
seronok tgk yang berselera makan ni
asalkan tidak membazir
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols pi bazar kul 7 org dah mula letgo mknn n kemas2
Ada satu kedai lauk ni byk lg lauk dia. I beli satu lauk yg dah tinggal 1 portion bg iols semua rm5
Pastu nmpk lauk ikn berlada. Rm7 seketul. Minta la rm5 xleh ke? Xboleh katanya.
Dia suruh i ambil ayam sambal dia 2pcs rm9.
Xmau la. Jd i byr sayur td saja.
Seller tu lg sanggup x jual mknn dia dari jual less kt iols. Nk jual balik esok ler tuu   |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kdg2 dpt kuih lepas terawih, kuih tu i buat moreh..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada penurunan pembaziran tandanya makanan makin mahal,
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu la aku x jejak dah bazar, beli 2-3 juadah rasa x cukup,bila da berbuka x habis sbb kenyang atau x sedap.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|