CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2083|Reply: 13

[Tempatan] Anwar akan umum beberapa lagi berita baik menjelang Aidilfitri - PMO

[Copy link]
Post time 9-3-2026 06:28 PM | Show all posts |Read mode
Anwar akan umum beberapa lagi berita baik menjelang Aidilfitri - PMO
Mac 9, 2026 @ 6:17pm


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan beberapa lagi berita baik untuk rakyat menjelang sambutan Aidilfitri.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata pagi tadi, Perdana Menteri sudah mengumumkan tujuh langkah intervensi segera kerajaan MADANI bagi meringankan beban rakyat menjelang Syawal.

Antara langkah diumumkan ialah pengkreditan awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bermula esok, penyaluran Bantuan Khas Kewangan 2026 membabitkan penjawat awam, pesara dan veteran, peluasan siri Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara serta peluasan inisiatif subsidi tiket penerbangan FlySiswa.

"Kerajaan MADANI akan terus berusaha sedaya upaya memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, selaras dengan tekad untuk membina sebuah negara yang lebih adil, sejahtera dan berperikemanusiaan.

"Insya-Allah, Perdana Menteri juga akan mengumumkan beberapa lagi berita baik buat rakyat dalam masa terdekat menjelang sambutan Aidilfitri," katanya pada taklimat Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia hari ini.

Tunku Nashrul berkata, PMO berharap segala bantuan, ikhtiar serta langkah diumumkan itu dapat memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya dalam menghadapi tekanan kos sara hidup dan membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2026 06:41 PM | Show all posts
gula2 dekat PRU

memang dah dijangka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2026 06:43 PM | Show all posts
Ringkasan AI

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan beberapa lagi berita baik untuk rakyat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Setakat ini, kerajaan MADANI sudah mengumumkan tujuh langkah segera untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat, termasuk:

  • Pengkreditan awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2
  • Bantuan Khas Kewangan 2026 untuk penjawat awam, pesara dan veteran
  • Perluasan Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara
  • Perluasan subsidi tiket penerbangan FlySiswa


Menurut Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, langkah ini bertujuan membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup serta membuat persiapan menjelang Aidilfitri. Kerajaan juga memberi bayangan bahawa lebih banyak bantuan mungkin diumumkan dalam masa terdekat.

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2026 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak bagi duit raya RM50 sorang?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 12:01 AM | Show all posts
kemaruk replied at 9-3-2026 07:41 PM
gula2 dekat PRU

memang dah dijangka

Nk melawat Kajang ke 1st Syawal nanti, mintak dikencing lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 12:05 AM | Show all posts
mintak dikencing? dulu ko buat camtu ke masa anwat kat penjara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2026 12:35 AM | Show all posts
ala toll free la kan..selain sara str ke apa entah namanya tu..

paling ummah tunggu --> pengeluaran khas kwsp aidilfitri katanya yihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 12:36 AM | Show all posts
kemaruk replied at 10-3-2026 01:05 AM
mintak dikencing? dulu ko buat camtu ke masa anwat kat penjara

Duduk rumah sesambil ratib nama2 hakim keee...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2026 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua kuil Haram diroboh???
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 08:14 AM | Show all posts
tol free tak mungkin... setakat 50% diskaun je kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak tahu apa lg... So far yg utk achik2 pencen tu aunty uncle aiol pastinya bertambah raya sakan tahun ni senyum sampai ke telinga la masing2
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
PMO ni penah baca berita kt tb3. Ada yg perasan x? Str tu spatutnya bln 4 tau fasa 2. Psl tol iols rasa x free mcm sebelum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 02:09 PM | Show all posts
Dividen KWSP akan masuk ikut acc. 10% acc flex, 15% Sejahtera, 75 acc simpanan.?

Aku rasa la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2026 02:40 PM | Show all posts
n3ar replied at 10-3-2026 08:14 AM
tol free tak mungkin... setakat 50% diskaun je kot

cny tu hari 50%

of kos la raya pun 50%



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.055850 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list