CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1353|Reply: 0

[Tempatan] Salah laku, buli di fasiliti kesihatan: KKM perkasa pekeliling perkhidmatan sedia ada

[Copy link]
Post time 10-3-2026 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Salah laku, buli di fasiliti kesihatan: KKM perkasa pekeliling perkhidmatan sedia ada
Oleh Saadiah Ismail - Mac 10, 2026 @ 6:46pm

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkasa pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan sedia ada yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menangani isu salah laku dalam kalangan penjawat kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pekeliling itu secara tegas melarang penggunaan bahasa kasar, maki hamun, penghinaan secara terbuka mahupun sebarang gangguan emosi yang melampaui batas profesionalisme.

Beliau berkata, dokumen berkenaan akan menjadi rujukan mandatori dalam tindakan tatatertib bagi memastikan setiap aduan diproses secara adil dan telus di semua peringkat fasiliti.

"Pengurusan tertinggi di setiap fasiliti kesihatan perlu mengambil tanggungjawab mewujudkan budaya kerja harmoni dan penyayang serta wajib menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap sebarang aduan tanpa kompromi atau melindungi mana-mana individu.

"Saya ingin menegaskan bahawa kegagalan pemimpin untuk bertindak balas terhadap aduan adalah satu kegagalan tadbir urus yang serius, berdasarkan prinsip Failure to take action is a failure itself," katanya.

Media melaporkan, Jabatan Kesihatan Kelantan menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat dan meneliti secara holistik kes kematian doktor pelatih wanita di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Azman Yacob, dilaporkan berkata jawatankuasa berkenaan akan cuba mengenal pasti punca kejadian termasuk dari aspek tekanan tempat kerja dan faktor penyumbang lain.

Jumaat lalu, mangsa berusia berusia 29 tahun ditemui mati di bilik asrama hospital jam 9.55 pagi.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata, KKM sentiasa mengambil serius isu persekitaran kerja dan kebajikan seluruh petugas kesihatan bagi memastikan setiap warga KKM bertugas dalam persekitaran profesional, beretika dan berteraskan nilai-nilai MADANI.

"KKM komited memperkasa ekosistem kerja yang selamat dan kondusif demi masa depan perkhidmatan kesihatan yang berintegriti serta berperikemanusiaan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-4-2026 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.054411 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list