Toyota Alphard atau Vellfire anda ada bunyi “kok kok” setiap kali membelok? Atau steering rasa berat daripada biasa? Ramai pemilik kereta terus diberitahu:
“Steering Rack rosak. Anda perlu tukar baru. Kos lebih RM2000!”
Seram, kan? Itu memang pengalaman salah seorang pelanggan kami. Mereka hampir nak bayar bil besar tanpa fikir panjang.
Kami decide untuk uji pandu & periksa dengan teliti sebelum tukar mana-mana alat. Lepas semak semua sambungan dan skru… korang tak sangka… ✅
Hanya skru longgar! Satu skru kecil je yang sebabkan semua bunyi dan steering rasa berat.
Pengajaran: Tak semua masalah perlukan tukar alat. Pemeriksaan betul boleh jimat ratusan atau ribuan ringgit. Jangan biarkan misdiagnosis sapu duit anda. Selalu check dulu!