CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 5564|Reply: 59

[Tempatan] Kenapa Ramai Pemandu Tersilap Tekan Pedal => Ini Jawapannya

[Copy link]
Post time 14-4-2026 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by begg at 14-4-2026 01:17 AM



Bagi yang memandu kereta automatik, terdapat satu amalan yang sering dipandang remeh oleh sebahagian pemandu, iaitu penggunaan kedua-dua kaki secara serentak ketika mengawal pedal minyak dan brek.

Walaupun kelihatan seperti lebih “cepat bertindak”, hakikatnya tabiat ini boleh meningkatkan risiko keselamatan serta menjejaskan kawalan pemanduan.

BAHAYA MEMANDU KERETA AUTOMATIK MENGGUNAKAN DUA KAKI

Kereta automatik hanya memerlukan satu kaki untuk mengendalikan kedua-dua fungsi utama, iaitu mempercepatkan dan memperlahankan kenderaan. Standard pemanduan yang selamat menetapkan:

• Kaki kanan digunakan untuk pedal minyak dan brek
• Kaki kiri tidak digunakan semasa memandu, sebaliknya diletakkan pada tempat rehat kaki (footrest)

Penggunaan dua kaki secara serentak boleh mengganggu dan menjejaskan respons pemandu dalam situasi kecemasan.

1. Risiko Kekeliruan Semasa Situasi Cemas:

Dalam keadaan tidak dijangka seperti kenderaan lain memotong secara mengejut atau pejalan kaki melintas secara tiba-tiba, tubuh manusia cenderung bertindak secara refleks.

Jika kedua-dua kaki berada pada pedal berbeza, terdapat kemungkinan tekanan berlaku serentak pada minyak dan brek.

Situasi ini boleh menyebabkan kenderaan bergerak dalam keadaan tidak stabil, sekali gus meningkatkan risiko perlanggaran.



2. Kawalan Brek yang Tidak Konsisten:

Kaki kiri kebiasaannya tidak dilatih untuk kawalan halus seperti kaki kanan dalam pemanduan.

Akibatnya, tekanan pada pedal brek mungkin menjadi terlalu keras atau tidak konsisten.

Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kenderaan berhenti secara mengejut, malah turut memberi ketidakselesaan kepada penumpang serta mengurangkan kestabilan pemanduan.

3. Kehausan Komponen Brek Secara Tidak Sengaja:

Satu lagi kesan yang sering diabaikan ialah fenomena “riding the brake”, iaitu tekanan ringan yang berterusan pada pedal brek tanpa disedari.

Kesan jangka panjangnya termasuk:

• Kehausan pad brek yang lebih cepat
• Penghasilan haba berlebihan pada sistem brek
• Lampu brek menyala secara berterusan sehingga mengelirukan pemandu lain

Amalan Selamat Memandu Kereta Automatik

Bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain, pemandu disarankan mengamalkan teknik berikut:

- Gunakan hanya kaki kanan untuk semua kawalan pedal

- Pastikan kaki kiri berada pada tempat rehat yang disediakan

- Elakkan tabiat “dua kaki” walaupun atas alasan kecekapan atau kebiasaan

Walaupun kelihatan seperti perkara kecil, penggunaan kaki kiri pada pedal brek dalam kereta automatik boleh memberi implikasi besar terhadap keselamatan.

Cara memandu yang betul bukan sahaja melindungi pemandu, malah turut memastikan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber: Public Health Malaysia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2026 08:38 AM | Show all posts
dulu2 main game detona je guna 2 kaki,
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 08:41 AM | Show all posts
dulu2 zaman budak baru dapat lesen, memang bawa kereta auto 2 kaki..lepas kena bahan dengan member, terus biasakan diri 1 kaki jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 08:50 AM | Show all posts
iols nk kena check org2 sekeliling iols ada tak yg guna 2 kaki ni utk kete auto.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau zaman dulu masa belajar memandu guna kete kancil manual tu. So takpe la guna dua kaki.

Yg zaman sekarang ni, bukan ke nak ambik lesen boleh pilih nak lesen manual atau auto? Kalau pilih auto bukan ke masa belajar tu cikgu dah kabor guna sebelah kaki saja untuk kawal pedal? Kenapa masih nak ingkar guna dua kaki jugak
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 09:30 AM | Show all posts
tu le sebabnya.. kene belajo bawak kete manual juge masa belajo ambik lesen..

29 tahun driving.. 16 tahun manual.. 13 tahun auto.. kalau bawak auto mmg sebelah kaki je yg bergerak.. masa ambik driving license .. instructor x ajar ke dekk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2026 09:46 AM | Show all posts
bulan_gerhana replied at 14-4-2026 09:30 AM
tu le sebabnya.. kene belajo bawak kete manual juge masa belajo ambik lesen..

29 tahun driving.. 1 ...

21 tahun ada lesen keter

drive plk slps 2 tahun dpt lesen

mmg ambik masa jgk nk belajar balik

manual pulak tu

after 13 years baaaaru la tukar auto

alhamdulillah almost 6 years dah berauto

complaint no more


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 10:18 AM | Show all posts
i rasa kena ban test lesen auto ni..
biar belajar and test guna manual je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2026 10:21 AM | Show all posts
katanya sejatah ni kaki cramp

umo 57 kan

so utk acik2 dah menopos tu sila la rajin2 turun exercise brisk walk ke pepagi, then make sure enough minerals dlm badan - magnesium, potassium, calcium and stay hydrated

takkan masuk kelas marhaban jeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 10:36 AM | Show all posts
macam aku tulis kat benang sebelah, kereta tu memang dah di reka cipta you are only supposed to either tekan minyak or tekan brake at any one time, not both! tu pasal dedua tu kena guna kaki kanan.

benda ni tak pernah jadi isu zaman semua kereta manual dulu. nak salahkan gen z juga ka ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 14-4-2026 10:46 AM
kotakbaju replied at 14-4-2026 09:21 AM
Kalau zaman dulu masa belajar memandu guna kete kancil manual tu. So takpe la guna dua kaki.

Yg za ...

Kete manual pon memang kaki kanan pakai untok minyak & brek jugak sisturr..  Kaki kiri untok clutch.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 10:57 AM | Show all posts
maksudnya masa kejadian sazah guna dua2 kaki utk tekan minyak dgn brake?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Den ingtkan semua org klu guna kereta auto, hanya guna kaki kanan je, rupanya ada guna 2 2 kaki..den baru tahu..biar betul?????
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 11:40 AM | Show all posts
IzzahF replied at 14-4-2026 02:57 AM
maksudnya masa kejadian sazah guna dua2 kaki utk tekan minyak dgn brake?

Sama jugak macam ko yang tak tau tu.  Aku pun tak tau.  Tapi elok la tekan pakai kepala lutut.  Supaya sel2 otak bersambung.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh ya amat.....baik ko ckp tekan minyak pkai tangan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm x btol jer fakta ni >>>2. Kawalan Brek yang Tidak Konsisten:

Kaki kiri kebiasaannya tidak dilatih untuk kawalan halus seperti kaki kanan dalam pemanduan.


Bukan kawalan clutch lebih memerlukan kawalan halus ke??

Tp utk kereta auto yg guna 2 kaki mmg bodo la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2026 11:52 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 14-4-2026 10:21 AM
katanya sejatah ni kaki cramp

umo 57 kan

tgk umur dia, mesti dulu dia amik lesen manual....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 12:16 PM | Show all posts
secara fitrahnya kita hanya akan guna sebelah kaki shj dalam mengerakkan pedal...
tak mungkin akan guna 2 kaki ...ada masalah saraf lah kot kalau guna 2 kaki...erkk
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik. Waktu belajar memandu tak diajar ke benda ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2026 01:51 PM | Show all posts
midori888 replied at 14-4-2026 03:52 AM
tgk umur dia, mesti dulu dia amik lesen manual....

tapi manual ke auto ke mmg kena guna kaki kanan je kan?

satu kaki je guna so that either u tekan pedal minyak or pedal brake?

masa amek lesen kalo guna dua kaki kompommm fail

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.064694 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list