CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 9380|Reply: 119

[Jenayah] Timbalan pengerusi NGO antara 3 ditahan kes seleweng dana zakat RM230 juta

[Copy link]
Post time 21-4-2026 08:10 PM | Show all posts |Read mode
Timbalan pengerusi NGO antara 3 ditahan kes seleweng dana zakat RM230 juta

Oleh Ilah Hafiz Aziz - April 21, 2026 @ 7:26pm

Sebahagian daripada kenderaan mewah disita SPRM bagi tujuan siasatan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

KUALA LUMPUR: Seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ialah antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

Difahamkan, dua suspek lelaki dalam lingkungan usia 50 dan 60-an ditahan antara jam 3 hingga 5 petang dalam operasi sekitar Lembah Klang, hari ini.

Sumber berkata, seorang lagi individu berusia 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang tadi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati semua suspek dengan dua daripada mereka adalah pengarah syarikat, disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu antara 2018 hingga 2024.

"Hasil siasatan awal turut mendapati timbalan pengerusi NGO terbabit dipercayai sudah memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan peribadi.

"Siasatan kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO itu adalah sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan membantu golongan memerlukan," katanya, di sini, hari ini.

Sementara itu Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009. Kesemua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam di Selangor, esok, untuk permohonan reman," katanya.

BH difahamkan bahawa SPRM turut menyita 18 kenderaan mewah, termasuk Porsche dan Mercedes; rumah dan hartanah bernilai kira-kira RM11 juta; serta pelbagai harta alih lain meliputi wang tunai dan jam tangan berjenama.

Selain itu, SPRM membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta, bagi tujuan siasatan kes berkenaan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2026 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan salah fugi mak menadah.  Aku pon dah tak tau nak kata ape..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow NGO mana ni...patut la NGO makin byk kat malaysia ni...boleh hidup mewah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts

Kes  berkaitan ni kan
Akhirnya kena hadap juga
Tp page MM dah kena benam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini yg viral di fb baru2 ni kan?rumah kayangan dan collection kereta mewah hasil seleweng amanah zakat?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya... yg patut dpt bantuan x dpt tapi diseleweng plak.. diorg ni xda pedoman hidup ke.. jahat lain macam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2026 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut beri pada Asnaf terus, bukan pada NGO.. sedap aa tak payah kerja susah payah, makan hasil haram.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kiranya NGO ni makan percent kan... sakit hati je baca... maips pun satu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2026 09:50 PM | Show all posts
Suruh business develop condominium 50 tingkat tabley buat. Heavy pressure.
Ni keje senang.

Yang bayar zakat naik proton dia bole beli merc, belpaiyer alpad.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 21-4-2026 08:43 PM
Kes  berkaitan ni kan
Akhirnya kena hadap juga
Tp page MM dah kena benam

kannn page mm dah kena benam dgn mereka2 yg takut dan bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2026 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 21-4-2026 08:43 PM
Kes  berkaitan ni kan
Akhirnya kena hadap juga
Tp page MM dah kena benam

Hospital swasta an nur.. hmmm patutlah gitu je
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2026 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Purestteam1 replied at 21-4-2026 09:00 PM
sedihnya... yg patut dpt bantuan x dpt tapi diseleweng plak.. diorg ni xda pedoman hidup ke.. jahat  ...

Ade payong besar ke wey?

Penyamun tarbus..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2026 03:30 AM | Show all posts
Jennnnggg... Serambi Songkhla!!

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2026 04:17 AM | Show all posts
Nak hidup mewah tapi malas bekerja..solutionnya manipulate agama dan songlap/curi/rompak/rasuah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2026 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutla selalu agent call suh bayar zakat Perlis sbb dpt rebate.. nasib baik x buat
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2026 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Selain NGO tu, SOP kutipan zakat MAIPs pun kena semak semula. Perlis negeri terkecil di Malaysia, tapi kutipan zakat ke 4 terbanyak. Rupanya depa lantik 'wakalah' di negeri2 lain utk kutip on their behalf. Pastu 60% dari duit kutipan tu akan diserahkan kepada 'wakalah' tersebut untuk diagihkan kepada asnaf. Katanya no audit keatas cara spending 'wakalah' tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2026 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikram ni bukan NGO yang bagus ke, banyak juga profesional join Ikram? Tengok pengurusan & aktiviti dia nampak teratur & sistematik
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2026 07:56 AM | Show all posts
patut la susah nak dpat zakat.. rupenya ada penyamun
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2026 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak takut dosa ke mkn duit utk asnaf?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2026 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini la penunggang agama sebenar.

I mmg tolak zakat lebih kurang amount tax yg di bayar. Sebab lebih ikhlas bayar zakat drpd tax. Tapi i agihkan zakat kat negeri asal dan negeri bekerja.

Tak sangka pulak boleh manipulate sampai mcm tu sekali.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2026 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.085937 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list