|
View: 1293|Reply: 4
|
[Jenayah]
Ketua Pengarah JUPEM tiba di mahkamah bagi hadapi tuduhan penyelewengan dana
[Copy link]
|
|
|
Ketua Pengarah JUPEM tiba di mahkamah bagi hadapi tuduhan penyelewengan dana
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali - April 22, 2026 @ 8:55am
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini sebentar tadi bagi menghadapi tuduhan berkaitan kes penyelewengan dana.
Beliau yang memakai kemeja putih dan berkot warna gelap, tiba pada jam 8 pagi bersama seorang wanita.
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadapnya akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.
Pada 17 April lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata ketua pengarah dan seorang pegawai kanan JUPEM yang terbabit dalam siasatan penyelewengan dana berjumlah RM900,000 akan didakwa di mahkamah minggu ini.
Pada 11 Februari, SPRM menahan dua pegawai kanan sebuah jabatan agensi kerajaan termasuk seorang ketua pengarah, kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana berkenaan untuk kepentingan peribadi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada kes baru lagi  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
900k tu kecik la untuk seorang KP nak sauk. Biasa kita dengar depa rasuah juta2... even NGO pun dah main ratus juta.
Semoga kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan dalam kes ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko remapped tanah sapa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|