|
View: 1218|Reply: 9
|
[Tempatan]
Suami jarang balik rumah, isteri dicekup khalwat dengan lelaki lain
[Copy link]
|
|
|
Edited by ultra78 at 10-5-2026 08:06 PM
Suami jarang balik rumah, isteri dicekup khalwat dengan lelaki lain
10 Mei 2026 03:16pm
Masa membaca: 2 minit
KULAI – Seorang wanita yang mempunyai masalah dengan suaminya dan tinggal berjauhan di negeri lain mengambil kesempatan curang apabila membawa seorang duda balik ke rumahnya di sini semalam.
Namun perbuatan berkenaan berjaya didedahkan selepas pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menerima aduan awam sebelum serbuan dilakukan.
Menurut JAINJ dalam satu kenyataan, serbuan dilakukan di sebuah rumah di pangsapuri tersebut pukul 9.30 pagi.
“Penguat kuasa ketuk pintu dan memanggil dengan kuat sambil memberi salam namun tidak dibuka. Pintu dibuka lima minit kemudian oleh seorang wanita yang memakai baju kelawar.
“Setelah memperkenalkan diri, penguat kuasa masuk ke ruang tamu untuk pemeriksaan lanjut dan menemui seorang kanak-kanak sedang tidur atas toto sambil menghidap susu,” jelas JAINJ dalam kenyataan tersebut.
Wanita berkenaan memaklumkan kanak-kanak tersebut adalah anaknya hasil pernikahan dengan suaminya.
Kenyataan itu memberitahu, pemeriksaan dalam bilik pertama menemukan seorang lelaki sedang baring dengan memakai seluar panjang dan t-shirt.
“Apabila ditanya hubungan mereka berdua, wanita berkenaan menjawab lelaki itu saudaranya tetapi lelaki tidak menjawab apa-apa. Mereka kemudian mengaku bukan saudara dan hanya berdua-duaan serta tiada hubungan mahram.
Lelaki terbabit berumur 30-an, berstatus duda dan tidak bekerja manakala wanita pula berusia 30-an, berstatus isteri orang dan bekerja di Kulai.
“Mereka mengaku sudah berkenalan hampir setahun dan banyak berhubungan melalui WhatsApp. Lelaki ini dari Negeri Sembilan dan datang ke Kulai untuk mencari kerja.
“Suami kepada wanita ini berada dan bekerja di sebuah negeri lain dan jarang balik. Apabila ditanya berkenaan hubungannya, wanita cerita mereka ada krisis rumahtangga dengan suami tetapi belum bercerai,” ujar JAINJ lagi.
Tambah kenyataan itu, penguat kuasa menasihatkan wanita itu bertemu pihak kaunseling di pejabat kadi apabila berdepan masalah rumah tangga.
Pasangan berkenaan akan didakwa bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat. – MalaysiaGazette
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Heran betul ramai pompuan boleh layan/terima jantan tak kerja aka bewak!  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Buang je la laki yg x bertanggungjawab...minta cerai..dah jarang balik rumah..lepas tu ikut cara yg betul nikah dgn lelaki lain..buat apa merosakkan diri sendiri kat akhirat nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku sangat hairan, perempuan bermasalah dengan suami, tapi boleh cari masalah lain plak ngan jantan lain...tak penat ke idup memikir pasal jantan? like tak seronok ke idup bebas tanpa jantan hovering around? musykil |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan. Laki ko buat ko banyak fikir. Sanggup tu tambah another fikiran. Ya Allah tolonglah sayangi diri sendiri dulu.
Ada hati tu nak duda xda kerja plak aih.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
part yang best : laki halal ni ada kerja cuma jauh je.
laki yang haram ni baru nak carik kerja. so dia akan berada di depan mata.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
skandal pun xbekerja... low class punyer napsu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
, berstatus duda dan tidak bekerja
baik ko beli dildo je dhekk.. bertiang2 herlok dr duda biawak sbb kalo kena serai, ko nak jaga ke? at least dildo taperlu kasi makan pakai noksss , sok kalo rosak dah tak fangsyen, ko beli baru je dhekkk kat sopi  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg suami tu.. pelempang bini kau dulu sebelum salahkan penyondol yachhh |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|