|
View: 916|Reply: 10
|
[Dunia]
Memiliki rupa unik seakan-akan, Kerbau albino merah jambu digelar Donald Trump tarik perhatian ramai
[Copy link]
|
|
|
DHAKA – Seekor kerbau albino berwarna merah jambu yang digelar 'Donald Trump' mencuri perhatian ramai di Narayanganj selepas tular di media sosial kerana memiliki rupa unik seakan-akan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Kerbau seberat hampir 700 kilogram itu dipelihara di Rabeya Agro Farm yang terletak di kawasan Paikpara, Bangladesh dan dinamakan sedemikian kerana mempunyai bulu keemasan di bahagian kepala.
Menurut pemilik ladang, Ziauddin Mridha, nama tersebut diberikan secara spontan oleh adiknya selepas melihat gaya rambut haiwan berkenaan yang dikatakan menyerupai Trump.
“Kerbau ini sangat jinak. Kerbau albino lazimnya tenang dan tidak agresif selagi tidak diganggu,” katanya.
Difahamkan, haiwan itu kini menjadi tarikan orang ramai yang datang untuk melihat, mengambil gambar serta menyentuhnya dari dekat.
Ziauddin berkata, dia membeli kerbau tersebut di pasar ternakan di Rajshahi kira-kira 10 bulan lalu.
Menurutnya, kerbau itu juga telah dijual pada harga 550 taka Bangladesh (RM17.60) sekilogram mengikut berat hidup dan dijangka diserahkan kepada pemilik baharu minggu depan.
Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Russell berkata, dia datang ke ladang tersebut selepas melihat video kerbau berkenaan di Facebook.
“Ia benar-benar kelihatan seperti Trump. Bentuk muka dan rambutnya sangat mirip,” katanya.
Seorang lagi pengunjung, Mim, yang hadir bersama anaknya mengakui pada awalnya menyangka perbandingan tersebut keterlaluan selepas melihat gambar di media sosial.
“Namun selepas melihatnya sendiri, ia memang kelihatan seperti Trump. Nama itu memang sesuai,” katanya.
Penjaga ladang, Kawser pula berkata, kerbau berkenaan menerima penjagaan rapi termasuk dimandikan sebanyak empat kali sehari.
Katanya, haiwan itu diberi makanan seperti jagung, hampas minyak, dedak, sekam padi dan rumput.
Pihak ladang turut memaklumkan mereka menyediakan kira-kira 200 ekor lembu dan kerbau sempena sambutan Aidiladha tahun ini, dengan hampir kesemuanya telah ditempah pembeli. - Agensi
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian kerbau ni disamakan ngan donald trump |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ninja warrior uk trump lookalike muncul |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha. memang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Byk btl version trump nih, ayam ada, lombu ada, ikan ada, oink2 pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 14-5-2026 04:30 PM
Byk btl version trump nih, ayam ada, lombu ada, ikan ada, oink2 pun ada
Awam sangat sampai ke hewan pun seiras
Org lain takat ada 7 muka yg serupa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Harlowwwww...kerbau pun x sanggup disamakan dgn.syaitan trump tu lah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jelmaan Donald trump ada di mana mana Didalam bermacam bentuk dan rupa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian kerbau eh? macam terbalik je ayat tapi tu lah sebab trump ni dibenci haruslah kesian kat kerbau khenz 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
saudara jauh.. patut la perangai sama |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|