CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54060|Reply: 1961

[Tempatan] Jaslinda Dijumpai Orang Asli ~ Tunjuk 2 Pucuk Nota Ditinggalkan Malim

[Copy link]
Post time 30-5-2026 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by borne at 8-6-2026 12:44 AM



Tapah: Pendaki yang diselamatkan di Gunung Batu Putih di sini, merayu orang ramai supaya tidak menuding jari kepada malim gunung perhutanan (MGP) berhubung insiden kehilangan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, sejak Ahad lalu.

Mohd Hanafi Neikmad, 41, yang turut terbabit secara langsung dengan insiden itu berkata, kejadian bermula pada malam Sabtu lalu ketika dia ada bersama Jaslinda dan seorang malim gunung yang berperanan sebagai sweeper (penjaga barisan belakang) dikenali sebagai Apis.

Menurutnya, ketika kejadian dia yang berada di bahagian tengah kumpulan pendakian membabitkan 14 peserta terpaksa berhenti di sekitar Kem Batu Kor selepas mengalami sesak dada dan muntah, selain lampu suluh kepala kehabisan bateri serta cuaca hujan.

Katanya, 12 pendaki lain sudah bergerak jauh ke hadapan, manakala dia bersama Jaslinda dan Apis menunggu sehingga pagi Ahad untuk meneruskan pendakian ke Gunung Batu Putih, iaitu puncak terakhir dalam ekspedisi tiga puncak itu.

"Lebih kurang sejam saya duduk di tepi trek, Apis (malim gunung) lalu bersama Jaslinda dan apabila keadaan saya seperti itu, mereka bawa saya pergi ke Kem Batu Kor untuk berehat dan bermalam.

"Jaslinda ada katakan yang kalau boleh dia hendak teruskan pendakian pada malam itu juga kerana menumpang kereta orang (pendaki lain), namun Apis melarang memandangkan waktu itu hujan selain keadaan saya yang sakit dada dan muntah-muntah. Kami berehat di Kem Batu Kor sehingga pagi keesokannya (Ahad)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Hanafi ialah pendaki yang diselamatkan menerusi operasi udara menggunakan helikopter AgustaWestland (AW139) milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Isnin lalu, selepas menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama Jaslinda dan 12 pendaki lain.

Bercerita lanjut, Mohd Hanafi berkata, pada pagi Ahad, Jaslinda meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Batu Putih bersama Apis bagi mendapatkan liputan talian komunikasi untuk menghubungi pihak penyelamat, manakala dia menunggu di Kem Batu Kor kerana tidak lagi berdaya meneruskan pendakian.

Katanya, malim gunung itu turut memaklumkan bahawa Jaslinda disuruh untuk kekal di puncak Gunung Batu Putih dan tidak berganjak terutamanya apabila menemukan simpang.

"Jaslinda juga ikut Apis naik ke puncak dan disuruh tunggu di situ terutamanya bagi mengeringkan pakaian yang basah akibat hujan semalam. Jadi saya yang di bawah ditinggalkan berseorangan namun tetap juga cuba menapak untuk ke lokasi Apis dan Jaslinda sehampir mungkin."

"Kiranya, Apis naik untuk mendapatkan talian telekomunikasi kemudian turun semula menuju lokasi saya. Apis berjaya menghubungi bomba, namun difahamkan cuaca hujan ketika itu tidak mengizinkan operasi menyelamat dijalankan pada Ahad walaupun ambulans sudah berada di kaki gunung."

"Di puncak ada liputan talian, berbeza dengan lokasi saya di bawah. Sebab itu Apis terpaksa berulang kali naik dan turun, sementara beberapa pendaki dari kumpulan lain turut membantu saya," katanya.

Susulan kejadian itu, Mohd Hanafi dimasukkan ke Zon Merah Hospital Tapah akibat hipotermia, masalah jantung dan tekanan darah rendah sebelum dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut sehingga Isnin ini, manakala Jaslinda dilaporkan masih hilang.
________

Maksud aku konfem ke yang tulis tu Jaslinda?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2026 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 30-5-2026 05:42 PM
artikel ai tepek kat benang sblh , Apiz (malim) ckp mcm ni

"Kemungkinan dia (Jaslinda) sampai (pu ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2026 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 30-5-2026 10:21 PM
Ni laluan ke Kuala Woh kan. Patutnya ikut sini tp dh melencong ke "atas".

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2026 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 31-5-2026 07:03 AM
Ikutkan tunggu setempat. Kalau boleh tempat yg selamat utk bermalam.Kalau berjalan takut makin jau ...

Siapa tak sanggup meh angkat tangan..

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2026 04:17 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 1-6-2026 04:25 AM
vender replied at 1-6-2026 03:43 AM
Aku rasa hidup lagi. Mcm umai dulu hidup 19 hari dlm hutan tebal. Dahla spek hilang pulak si umai  ...

Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun.

Semoga dipermudah segala urusan mangsa & keluarga. Saja tepek posting ini untuk berkongsi pengetahuan dengan kalian.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2026 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Merangkak anggota bomba..

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2026 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 1-6-2026 08:33 PM
Macam mana lah boleh ada perempuan berani masuk hutan ye?
Memang sangat2 kagum.
Pasukan2 uniform ...

Ye, saya juga kagum dengan wanita yang berani jalan berseorangan di jajaran Banjaran Titiwangsa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2026 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 2-6-2026 05:19 AM
vender replied at 2-6-2026 01:03 AM
Rasa nak tampar je golongan temberang mcm ni. Ckp banyak tp menolong tarak. Acah tahu benda ghaib  ...

Jika esok operasi SAR ditamatkan, suami mangsa dah boleh upah Malim Gunung Perhutanan (MGP) untuk cari isteri, sebab selepas SAR tamat, orang awam dah boleh masuk ke kawasan tersebut.

Tapi upahnya haruslah tinggi. Sekarang pon ada anggota SAR buka tabung kumpul dana awam untuk tampung kos pencarian yang tinggi.

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2026 10:39 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 2-6-2026 10:41 AM
pocongkiutss replied at 1-6-2026 09:29 PM
Post tu private ke.. yg ada tulis shrek tu?

Dia ada ex laki juga rupanya..ingtkn andartu kawin dg ...

Ha'ah dia dah padam beberapa posting pasal mangsa, termasuk yang Shrek tu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2026 12:50 AM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 2-6-2026 07:28 PM
primarikey replied at 2-6-2026 12:09 PM
walaupun ada yang sangsi nota kt atas bukit tu jas yg tulis...tp 2 ari slps tu mangsa dilihat dlm  ...

Trip pendakian yang mangsa sertai adalah trip compress.

Motto trip compress:

1. Kau lambat, kau tinggal
2. Kau rehat banyak & lama, kau tinggal
3. Kau sakit & jalan perlahan, kau tinggal

Nak faham apa itu trip compress, kalian boleh baca perkongsian di bawah.

APA ADA DALAM TRIP COMPRESS

(Perkara yg saya nak tulis ni, mungkin you tak setuju sebab tak ada tertulis kat manax. Tapi dia mcm tu lah. Hanya yg buasa buat kompres akan memahaminya)

Istilah “trip compress” dalam konteks pendakian atau ekspedisi gunung merujuk kepada satu bentuk perjalanan yang dipercepatkan, diringkaskan, dan minima dari segi kelengkapan. Dengan matlamat utama untuk sampai ke destinasi secepat mungkin, bukannya untuk rekreasi atau pendakian biasa.

Mari saya kongsi apa maksud dan implikasinya satu per satu trip kompres ini.

Pertama, Maksud  Asas Trip Compress. “Trip compress” bermaksud Pendakian atau perjalanan jarak jauh dalam masa yang singkat, biasanya dengan jumlah hari yang jauh lebih sedikit daripada trip biasa. Contohnya, Gunung yang biasa didaki dalam 4 hari, dilakukan dalam 2 hari sahaja dengan jadual padat, rehat minimum, dan pergerakan pantas. Fokus utama trip kompress ini ialaj Kelajuan dan kecekapan, bukan keselesaan.

Keduanya; Matlamat Nak Cepat Sampai. Peserta atau kumpulan yang membuat trip compress biasanya mahu Cepat sampai ke puncak atau checkpoint utama. Maka kos dan masa akan berkurang kerana cuti kerja, logistik sikit. Trip ini Uji ketahanan fizikal dan mental dalam masa singkat. Maka itu, Sesetengahnya lakukan atas semangat “challenge” atau ego fizikal, bukan semua, tetapi ia wujud.

Ketiga, Risiko Tinggi dan Tak Boleh Cedera. Kerana masa dan sumber sangat terhad, sebarang kecederaan akan membawa kesan besar. Tiada masa panjang untuk rehat atau rawatan. Tiada sistem sokongan besar seperti porter, dapur lengkap, atau bantuan medik. Kalau cedera, peserta terpaksa mengurus diri sendiri atau bergantung kepada rakan yang juga sedang mengejar masa.

Keempat, Prinsip Self Help iaitu “Sendiri Tolong Sendiri”. Dalam trip compress, konsep self-help sangat kuat. Setiap peserta mesti berdikari dari segi makan, kit kecemasan, navigasi asas, dan pengurusan stamina dan Tidak boleh terlalu bergantung pada ketua kumpulan atau orang lain untuk bantu setiap kali ada masalah kecil. Semua nak kena faham bahawa Ini bukan trip santai beramai-ramai di mana semua bergerak ikut kadar paling perlahan.

Kelima, Cabaran Etika Gunung, Tinggal Kawan. Salah satu kesan paling jelas ialah kemungkinan peserta tertinggal atau ditinggalkan. Disebabkan semua mengejar masa, apabila ada peserta lambat atau cedera ringan, kumpulan mungkin tidak menunggu lama. Kadang-kadang, hanya seorang peneman tinggal, manakala kumpulan utama terus bergerak ke depan. Ini boleh membawa risiko tinggi jika yang cedera tidak cukup peralatan atau tidak biasa berdikari. Dalam kes ekstrem, jika kecederaan serius berlaku, keadaan boleh menjadi nyawa terancam, sebabnya ialah Tiada stretcher atau alatan evakuasi mencukupi, Tiada backup logistik dan Sukar hubungi bantuan jika kawasan terpencil.

Keenam; Alatan Dibawa Ala Kadar. Untuk kurangkan beban dan bergerak pantas, peserta hanya bawa Peralatan asas survival & makanan ringan, Sedikit pakaian, Kit kecemasan sangat minimum, dan hanya bawa groundsheet ringan, dan sleeping bag nipis sekadar cukup-cukup untuk keperluan minimum. Akibatnya, jika berlaku hujan lebat, sesat, atau kecemasan, tiada “buffer” sokongan untuk bertahan lama.

Ketujuh, Cabarannya ialah nyata. Jika cedera dalam trip compress, beberapa cabaran nyata akan berlaku iaitu Peserta lain mungkin tidak sanggup tunggu lama, kerana mereka pun tidak cukup bekalan, Evakuasi jadi lambat dan bahaya, sebab tiada sistem bantuan tersusun, Tekanan fizikal & mental meningkat, risiko hipotermia atau dehidrasi pun tinggi dan Moral kumpulan boleh jatuh, terutama jika keputusan perlu dibuat antara meneruskan atau berpatah balik.

Akhir kalam,  “Trip compress” bukan trip biasa. Ia Menuntut kekuatan fizikal, daya tahan, dan keupayaan berdikari yang tinggi. Sangat tidak sesuai untuk pendaki baru atau mereka yang tak biasa dengan self-help. Mempunyai risiko keselamatan yang tinggi, termasuk kemungkinan tertinggal, cedera tanpa bantuan, dan tekanan masa yang ketat.

Jika dirancang dengan baik oleh pasukan berpengalaman, trip compress boleh berjaya. Tapi tanpa perancangan dan disiplin tinggi, ia boleh bertukar menjadi sangat kritikal.

p/s Pengalaman trip kompres sy yang tak boleh lupa ialah Trip Kompres G. Tahan (M2K), 2H2M. Tiga ingatan penting kami ialah:

1. You slow, you tinggal
2. You rehat banyak dan lama, aku chow dulu
3. You sakit, ko jalan pelanx, aku gerak dulu.
Sumber: https://www.facebook.com/share/18i2dtFJbG/

Sebab tu mangsa hanya bawa beg galas kecil semasa pendakian, sebab fokus utama trip compress ialah kelajuan dan kecepatan, bukan keselamatan dan keselesaan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2026 08:02 AM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 2-6-2026 09:03 PM
PinkyPie replied at 2-6-2026 07:22 PM
Napi pun dlm group trip compress gak ke? Heolz la paling bersyukur, dia hampir hilang nyawa sampai ...

Kes arwah Mustaqqeem meninggal dunia sorang2 kat puncak Gunung Liang pada 16 Oktober 2025,  tu pon trip compress juga.

  

Public Health Malaysia ada up posting pasal trip compress ni dengan kata2 peringatan berikut:

"Di gunung, yang penting bukan siapa paling laju, tapi siapa yang tak tinggalkan sesiapa".
Sumber: https://www.facebook.com/share/p/1CczRZ6HX4/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2026 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2026 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 3-6-2026 01:44 AM
Capt.bal replied at 2-6-2026 10:26 PM
baru iols perasan jas tu bawak bag biasa je. Bagi iols takde masalah pun trip compress ni as long  ...

Bawah ni geng hiking yang masuk ke puncak Gunung Batu Putih beberapa detik selepas Jaslinda.

Di ruangan komentar netizen tanya banyak soalan pasal Jass, Hanafi & Hafiz, dan semua soalan admin santuni dengan baik.

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2026 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 3-6-2026 05:54 AM
wikedsaikel replied at 3-6-2026 04:48 AM
Kalau ini macam punya adab.. koser nak doakan dah. Fahammm kalau dia tertekan dan nak retaliate pa ...

Mangsa dan kakaknya jadi 'buddy' masa melakukan aktiviti hiking. Maknanya selama ni kakak akan jaga adik, dan adik akan jaga kakak.

Tapi untuk trip compress ni kakak tak ikut sebab tak sihat. Mungkin perasaan bersalah tak ikut adik membuatkan kakak jadi cepat marah dalam menangani netizen?


Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2026 09:35 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 3-6-2026 09:46 AM
wikedsaikel replied at 3-6-2026 07:09 AM
Munkin juga lah. Terbaiklah sintesis kekkung. Tak pernah mengecewakan.
Kakak tu kena off socned l ...

Ada netizen tanya kakak, keluarga terdekat tak join SAR ke. Kakak jawab, kalau ikutkan dari hari pertama adik hilang kakak nak join SAR, tapi lutut sakit. Sebab tu kakak tak dapat jadi 'buddy' adik dalam trip compress ni, sebab lutut sakit.

Kakak mention lagi, sebelum ni mereka sentiasa bersama jaga satu sama lain. Kiranya ni kali pertama kakak tak ikut hiking, terus adik hilang.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2026 09:59 PM | Show all posts
ninja boy replied at 3-6-2026 06:24 PM
Kira jalan naik gunung dan turun gunung kena ikut jalan yg sama ka atau turun jalan lain, kalau naik ...



3 laluan tu ; satu ke arah Kem Batu  Core , satu ke Kuala Woh & satu lagi ke Gunung Rayu kan. Utk Trans Spencer Chapman , depa dtg dari laluan Kem Batu Core , turun ke laluan Kuala woh. Gitulah sefaham ai.  Group acik jas yg dh kedepan tu tadelah bertembung dgn Hanafi apabila turun. Pukul 1.00 t/hari depa dh keluar kat Kuala Woh. Group 2 , masa depa tiba di puncak Gunung Batu Putih , acik Jas dh turun ke arah Gunung Rayu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2026 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang jenis kejar summit tak tengok kiri kanan ko tergolek ke apa janji aku summit. Gitu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2026 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 3-6-2026 10:01 PM
imthegirl replied at 3-6-2026 09:29 AM
Wah adik beradik taste sama ye.

Ni anak sulung Jaslinda, Nurin. Dia pelajar perubatan tahun akhir UKM. Dan dia ada masalah mental Borderline Personality Disorder (BPD).



Semoga Nurin ada support system yang kuat dalam menghadapi kehilangan ini.

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2026 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 5-6-2026 11:31 AM
Jarang kes kena makan ular sawa dalam hutan ni kita baca kan? bukan kata takde tapi probability bend ...

Ya ..
Sebab hilang tanpa dikesan ..
Jadinya, tak tahu ntah ular sawa atau apa ..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2026 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jumpa katanya,alhamdulillah...tunggu official statement,harap betul lah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2026 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha..  Berkat doa Shrek kat Mekah.  Fiona maseh idop!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2026 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hunny_hayati at 6-6-2026 09:54 PM
borrow replied at 6-6-2026 08:53 PM
Alhamdulillah. Jumpa kt kg eh , kira sheols dtg snd ke situlah. Tak payah buat SAR pun takpe klo g ...


Terjumpa orang kampung/asli nak gi mancing kat sungai tu katanya. Cerita selebihnya mungkin kena tunggu podcast laa kot ala² geng sumud..hehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2026 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 6-6-2026 10:22 AM
Capt.bal replied at 6-6-2026 10:01 AM
Alhamdulillah dah jumpa. Tak nampak macam lemah sangat, kira power la ek naik gunung pun bawak bag k ...

Mesti ada plot twist nanti.


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2026 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 7-6-2026 02:05 AM
Kangkung1M replied at 6-6-2026 10:15 PM
Mesti ada plot twist nanti.


Yang bukan plot bukan twist adelah:

Pasni Perak tak kasi dah compressed hike.  Negeri2 laen turut menyusul..

Kaki dia bengkak aku nampak.  So dia jalan slow2 kot.  Nampak heli terbang pon bukan heli tu dengar kalo dia jerit.

Nah ramalan akak ni sorang yang betol.  Hehe..


Sesape hilang barang dah boley kontek..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2026 10:39 PM | Show all posts
Edited by borrow at 6-6-2026 10:41 PM



Dh boleh bawa plastik konjac ni ke makmal . Sapa punya , betui ka milik acik jas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2026 11:28 PM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 6-6-2026 11:56 AM
ulamalu replied at 6-6-2026 11:09 AM
Wah, plot twist betul.  Hafiz dan Hanafi kata Jaslinda ni yg x stay spt yg diarahkan, rupanya mrk  ...

Sekarang cerita tak synchronize.

Bawah ni Zack, MGP yang handle trip Jaslinda. Zack kata banyak dia nak spill, tapi netizen plak tegah.
Sumber: https://www.threads.com/@mr.ejat/post/DY3LBaQAfky?xmt=AQG0Q_2l9_3A4ybe-0vukzpkFm6a6YN_8262abiMq7lrlnAdALu5COA0Iuo9ej7VFG34ukk&slof=1

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2026 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 6-6-2026 01:11 PM
siasia replied at 6-6-2026 12:15 PM
Kat tiktok ramai yg menyanjung dia, dah level hero dan   ada yg dah inspired dgn dia bercita2 nk j ...

Nanti boleh lah Alif Syukri ajak dia buat live jual barang macam Norish Karman hari tu.



Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2026 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 7-6-2026 01:13 AM
Kalau betullah dia pakai jam suuton yg ada tech utk bagi dia jumpa jln pulang in case sesat jln ,  ...

Haha jenoh bila geng CARI dissect..  Nah video ni.  Semoge @blastoff berpuas hati dengan penjelasan makan ape minom ape sepanjang tu.

  

https://www.instagram.com/reel/D ... TBhNXhtOHYzbmpvcg==
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2026 09:07 AM | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 6-6-2026 09:21 PM
blastoff replied at 6-6-2026 08:31 PM
Kalau dia nk claim dia x pakai jam tu time hiking tuh, aku paling x caya cakap dia sebab dia sangg ...

Selama ni dia duk lepak kat pondok Orang Asal di puncak gunung. Pondok tu OA guna masa mereka memburu. Lepas tu dia pon turun ikut denai yang menjadi laluan OA pergi memburu & memancing.

Pakai jam Suunto kan, mana boleh sesat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2026 01:40 PM | Show all posts

Laluan Jaslina


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2026 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 7-6-2026 04:55 AM
pocongkiutss replied at 7-6-2026 02:04 AM
Noks ..dh ada yg cadangkan bg nama laluan Trans Jas..sewel

Video pasukan SAR sampai ke Kampung Pos Musoh untuk bawa Jaslinda ke Hospital Tapah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2026 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by borne at 8-6-2026 12:47 AM
Samerosie replied at 7-6-2026 08:23 PM
Dah jumpa nota ditinggalkan si hafiz pun dia bergerak lagi.  Nota tu katanya si jas jumpa pd 5hb.  ...

Ini beritanya:

https://youtu.be/L7TlCQDK0LU?si=HuJVRcn3GjCjd0Dc
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihirojiun.. semoga dipermudah urusan SAR
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 07:52 AM | Show all posts
Hafiz menjelaskan bahawa tulisan tertera “HAFIZ AMBIK GAMBAR AKAK DH SAMPAI” itu ditinggalkan mangsa berikutan telefon bimbit milik Jaslinda telah kehabisan bateri sejak pada peringkat awal pendakian lagi.


Kelemahan hp sekarang yang disebabkan ketamakan epal ... lepas tu mula diikuti oleh kompeni lain. Sebelum itu elok sahaja tukar2 bateri on the spot supaya taklah susah nak cas. Tp akak tu pun salah sbb power bank pun tak bawa, gagal untuk bersedia bila bateri habis padahal ada akitiviti yg melibatkan bahaya bila terpisah atau tak boleh berhubung dgn orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada je pengecas solar jual shoppe
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Jaslinda ada katakan yang kalau boleh dia hendak teruskan pendakian pada malam itu juga kerana menumpang kereta orang (pendaki lain), namun Apis melarang memandangkan waktu itu hujan


Lorrrrr mendaki sorang2 waktu malam????
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
EH..ACAP pun hilang di BATU PUTIH ke???

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia tau tak org duk cari dia? Kalau dah sampai puncak boleh x duduk diam tak pun tulis la akak dah sampai akak nak turun balik ikut etc etc.  Sekarang mcm dah menyusahkan org pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
can't take care of her personal belonging...

Malaysia kata nya 2027 baru boleh guna SOS satelite.... Negara maju sudah guna...tidak perlu extra device.. Di malaysia new gen phones.. Smartwatch and trackers guna iOS and android ada sos satelite feature but coverage/service tak dak...


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 30-5-2026 08:38 AM
Jaslinda ada katakan yang kalau boleh dia hendak teruskan pendakian pada malam itu juga kerana menum ...

Sori la nak ckp.  Akak ni serius terpaling keras kepala dan ikut kepala sndri.
Ai doa cpt2 la dijumpai samada hidup atau mati(kejam ai pnye ayat kan)

Sebab kesian sgt2 dgn team SAR
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni stetmen dah bercanggah.  Aritu malim kata Jaslinda pegi puncak sorang2.  Tapi semalam Hanafi kata Jaslinda sama2 ikot malim ke puncak cari signal. Pastu malim suroh tunggu situ.  Untok keringkan baju lenjun kene ujan (whatever that means).
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
adeqbun replied at 30-5-2026 10:29 AM
Sori la nak ckp.  Akak ni serius terpaling keras kepala dan ikut kepala sndri.
Ai doa cpt2 la diju ...

Tengok kat fb diorg upload pic abam2 bomba tengah SAR dekat hutan gunung situ mak oii seram tengok keadaan hutan situ. Dengan hutan berlumut, pastu dengan tak nampak rupa tanah dipijak dah sebab terlindung dengan akar2 pokok. Size akar tu besor2 pulak mau boleh tergelincir jatuh kot celah2 akar tu sapa pun taktau. Kesian tengok abam2 bomba bersabung nyawa semata2 cari akak ni. Akak tu pun tak boleh ke stay setempat tunggu bantuan sampai. Ni tak dok bergerak sana sini cari jalan keluar. Smpai bila2 la tak jumpa dengan team penyelamat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 30-5-2026 08:42 AM
EH..ACAP pun hilang di BATU PUTIH ke???

Yg Acap hilang di Bukit Batu Putih kat Gopeng. Yg akak Jas ni kat Gunung Batu Putih. Lain tempat. Masih dalam perak juga le.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru terbaca nitizen bodo di rb request gomen deploy maximum sar team lipat ganda usaha cari pompuan nih
'Jgn nanti menyesal lepas kehilangan' katanya
Ntah apa besar sungguh jasa terpaling pompuan nih sampai that statement dikeluarkan
Menyusahkan org ramai team sar dan family denied gembira di hari raya (though mmg job)scope kene ready 24 hr

Nak maki pompuan ni lebih2 pun tak guna juga
Doa yang baik2  hanya utk team sar dan semua yang terlibat dalam operasi ini
Hutan sgt tebal, mencabar
Moga tiada kecelakaan berlaku kpd mereka


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
AKAK DH SMPAI.... Yeeeeaaah
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 30-5-2026 10:38 AM
Sekarang ni stetmen dah bercanggah.  Aritu malim kata Jaslinda pegi puncak sorang2.  Tapi semalam Ha ...

Sama sama cari signal tapi Haslinda tak larat duduk dulu.

Sambungan episod semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 04:13 PM | Show all posts
berita awal , katanya kali terakhir Malim & Jaslinda berhubung pd pukul 7.30 pg . Klo sama2 naik ke atas , mestilah ckp pukul 10 pg ke. Sbb pagi baru deyols start naik ke puncak, dan utk sampai ke sana ambil masa 2 jam. So mcm tak naik bersama , Jaslinda yg naik dulu. Mebi juga Malim berpesan "akak klo sampai kat atas sana nanti , vla vla vla". Ntahlah adoi.

Tp nota tu agak pelik juga sbb suruh amik gambar. Ayat penuh "Hafiz amik gambar , akak dah sampai" kan.

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x kesiankan minah tu. Aku kesiankan team SAR.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mejaputih at 30-5-2026 05:39 PM
borrow replied at 30-5-2026 04:13 PM
berita awal , katanya kali terakhir Malim & Jaslinda berhubung pd pukul 7.30 pg . Klo sama2 naik ke  ...


Iols pun pelik kul 7.30pg berhubung tu kat kem tu la kan bersama yg injured tu. Pastu masa tu jugak la kot hafiz pesan dh smpi atas stay je keringkan baju jgn ke mana2. So jaslinda naik dulu. Sekali hafiz smpi dia takde. Pastu a few minutes later nmpk tulisan tu. Hafiz ulang alik ke tempat yg injured tu. Sian hafiz penat nk tolong yg injured lg, pastu duk fikir mana jaslinda pergi. Pastu bila bantuan dh smpi husband jaslinda duk salahkan hafiz.
Iols rasa tulisan tu dia nk suh hafiz amik gambar sbgi bukti dia dah berjaya smpi.tp kenapa tak tunggu je hafiz smpi boleh hafiz amik gambo dia, bkn gambo tulisan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2026 05:38 PM | Show all posts
noor2 replied at 30-5-2026 08:42 AM
EH..ACAP pun hilang di BATU PUTIH ke???

acap bukit batu putih kat Gopeng kan. Jaslinda Gunung Batu Putih kat Tapah. Klo ikut jln dr Kl : KL   → Tapah   → kampar   → Gopeng   → Ipoh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 01:34 PM GMT+8 , Processed in 2.632935 second(s), 65 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list