“Alhamdulillah, Allah sudah tetapkan keputusan. Insya-Allah ini yang terbaik untuk kami.”
“Saya minta supaya tiada lagi perkara negatif timbul selepas ini. Biarlah semuanya berakhir dengan baik.”
Aslam berkata demikian ketika ditemui selepas selesai prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam masa sama, Aslam turut meminta orang ramai supaya tidak lagi bercakap buruk mengenai rumah tangganya, terutama kerana perkara itu turut melibatkan isterinya, Umisya Mazlan serta anak-anak.
“Saya harap keputusan mahkamah kali ini dan selepas semua perbicaraan kami lalui, adalah yang terbaik untuk kami berdua.”
“Saya juga mohon orang ramai berhenti berkata buruk atau negatif kerana perkara ini turut melibatkan isteri saya, Umisya serta anak-anak.”
Aslam turut menitipkan doa buat Marissa agar terus melangkah ke hadapan dengan lebih baik selepas ini.
“Insya-Allah saya doakan yang terbaik untuk Marissa. Saya juga mohon semua doakan yang baik-baik. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran untuk kami dan semua.”
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Ahmad Aslam, Muhammad Ammar Yaser mengesahkan pasangan berkenaan bukan lagi suami isteri selepas mahkamah membuat keputusan berhubung status perkahwinan mereka.