|
View: 332|Reply: 7
|
Ziko dakwa kemenangan Argentina 'diatur', pengadil tidak berlaku adil - "Tahniah kepada Argentina untuk satu lagi Piala Dunia, nampaknya"
[Copy link]
|
|
|
ATLANTA: Penyerang Mesir, Mostafa Ziko tidak dapat menahan emosi apabila mendakwa kekalahan negaranya 3-2 kepada Argentina dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia adalah 'diatur'.
Bintang 'The Pharaohs' itu menyifatkan beberapa keputusan pengadil, Francois Letexier sebagai tidak adil ketika juara bertahan bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menang di Atlanta.
Ziko turut menjadi mangsa keputusan kontroversi apabila golnya dibatalkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) atas dakwaan berlaku kekasaran dalam gerakan yang membawa kepada jaringan itu.
Mesir juga merasakan mereka sepatutnya diberikan sepakan penalti selepas Mohamed Salah dijatuhkan dalam kotak penalti beberapa saat sebelum Enzo Fernandez menjaringkan gol kemenangan menerusi tandukan pada masa kecederaan.
" engadil tidak bagus dan tidak adil. Ketidakadilannya sangat jelas. Dia menekan kami sejak awal perlawanan. Dia tidak mahu kami menang.
" erlawanan ini seperti sudah diatur. Kami mendahului 2-0 tetapi dia terus memberikan tekanan kepada kami.
"Tahniah kepada Argentina untuk satu lagi Piala Dunia, nampaknya," kata Ziko.
Ziko sebelum itu meledak gol kedua Mesir menerusi serangan balas pantas pada minit ke-67 sebelum Argentina bangkit menerusi jaringan Cristian Romero, Lionel Messi dan Fernandez.
Bagaimanapun, Ziko enggan mengiktiraf kebangkitan lawan sepenuhnya.
"Kami tidak pernah menganggap perlawanan sudah berakhir. Kami tahu kami menentang juara dunia dan antara pasukan pilihan.
"Tetapi jika mereka menang semata-mata atas keupayaan sendiri, perasaan kami tentu berbeza," katanya. -AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
memang babi lah dah gol baru nak check VAR
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Zion proxy!! 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 8-7-2026 09:53 PM
Boo Argentina. Semoga tak masuk final, kalau masuk final pun semoga kalah. 
I takde fav team, asalkan bukan Argentina |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak pastikan darling FIFA masuk final
Corrupt top bottom selayaknya dicaruti 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Final: France-Argentina... kahkahkah....satu dunia kena "game" dgn ZIOfifa
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|