CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

Saya bukan perampas!

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Faezah akan dedahkan kekasih apabila tiba waktuKETIKA gosip yang menuduh dirinya sebagai perosak rumah tangga orang bertebaran dan terus menjadi bualan, tiba-tiba si empunya diri membuat pengakuan bahawa dia sudah pun bertemu arjuna hati dan bakal menamatkan zaman gadisnya secepat mungkin. \rSebuah kenyataan yang dikira berani, tulus lagi ikhlas, lahir daripada bibir bentuk limau seulas milik pelakon jelita Faezah Elai walaupun mengetahui pengakuannya itu bakal mengundang kontroversi yang mungkin tiada penghujungnya.\r\n\n\n\n\rKahwin 9 September\r\r\n\n\n\n\nTERLANJUR berani meluahkan isi hati, tertanya-tanya juga siapakah jejaka yang berjaya merebut cinta pelakon Senjakala ini? Apakah bakal suaminya itu lelaki yang sering digosipkan dengannya, ataupun jejaka lain yang selama ini memang bertakhta di hati Faezah. tetapi tidak diperkenalkan kepada mana-mana pihak?\rNamun, sejak mengumumkan berita baik itu, persoalan siapakah jejaka yang bertuah itu masih dibiarkan tanpa jawapan pasti. Tiada sebarang pengesahan yang dibuat pelakon berasal dari Pulau Mutiara ini. Sebaliknya dia terus mengunci mulut rapat-rapat apabila ditanya identiti sebenar lelaki yang bakal menjadi suaminya.\r“Tunggulah, bila tiba hari yang sesuai nanti saya akan umumkan siapakah lelaki yang bakal menjadi suami saya itu. Sebenarnya, kalau hendak diikutkan, saya tak kisah untuk mendedahkan siapakah lelaki itu. Namun sebagai menghormati permintaan keluarga pihak lelaki, biarlah identitinya didedahkan apabila tiba waktunya nanti,” kata Faezah sambil mengukir senyuman manis.\rTambahnya, sebagai seorang wanita adalah tidak manis untuknya menggembar-gemburkan perkara yang belum ada kesahihannya. Atas alasan itu jugalah dia lebih selesa berdiam diri dan tidak terlalu menghebohkan kisah perkahwinan berkenaan.\r\n\n\n\n\rTeguh sungguh pendirian gadis berusia 29 tahun ini. Walaupun cuba dikorek siapakah lelaki yang berjaya menawan hatinya itu, namun dia tetap mempertahankan amanah yang diberikan. Begitupun, apabila terlalu berahsia sangat, timbul pula rasa sangsi, apakah lelaki itu ialah pengarah yang pernah dikaitkan dengannya, sehingga Faezah tidak mahu berkongsi identiti lelaki pilihannya bersama peminat.\rApa pun, jika benar bakal suaminya itu ialah Heykal Hanafiah, seorang duda dan juga pengarah drama bersiri Asmara 2, tentunya Faezah bakal berdepan dengan cacian dan cemuhan kerana pilihannya itu seolah-olah mengesahkan semua gosip yang tersebar.\r“Tidak ada apa yang perlu saya risaukan. Saya bukan perampas dan saya sudah bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan yang timbul. Seperti yang saya katakan tadi, tunggu saja bila tiba waktunya. Apa yang boleh saya katakan, saya memilih dia sebagai calon suami kerana dia amat memahami diri saya.\r“Malah dia juga tidak pernah menyekat keinginan saya untuk terus aktif dalam bidang seni,” ujar pelakon filem Cun ini penuh yakin.\rBakal disatukan pada 9 September depan, Faezah berkata, untuk majlis belah keluarga lelaki, mereka memilih untuk mengadakan keraian di tepi pantai.\r“Sebenarnya, majlis berkonsepkan persandingan pantai ini adalah atas kehendak saya, tetapi apabila mengenangkan jumlah saudara mara saya yang ramai, saya rasakan tidak sesuai untuk sebelah perempuan meneruskan hasrat itu. Jadi, untuk sebelah lelaki, konsepnya adalah pantai, manakala sebelah perempuan adalah berkonsepkan tradisional,” katanya yang akan mengenakan rekaan Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat untuk hari bersejarahnya itu.\rHampir mahu berhenti berlakon\rSUATU waktu dulu, dia teruk dihentam media gara-gara lakonan kayunya dalam filem Otai. Disebabkan itu, Faezah cukup trauma untuk kembali berlakon dek bimbangkan kritikan pedas yang bakal dilemparkan kepadanya. \rNamun, menyedari bakat seni kurniaan Tuhan itu tidak seharusnya dipersiakan, Faezah kembali memulakan langkahnya dengan aktif di layar kaca.\rPengalaman sebagai dramatis ternyata memberikan kelebihan kepada Faezah untuk mempamerkan lakonan memberangsangkan dalam filem Cun arahan Osman Ali. Watak Kuntom yang dilakonnya dalam filem itu cukup menyerlah dan mendapat pujian ramai.\r“Saya akui sedikit trauma apabila lakonan saya pernah dihentam teruk oleh media. Walaupun hampir mematahkan semangat dan terasa seperti mahu berhenti berlakon, namun nasihat daripada kedua-dua orang tua saya membuatkan saya kembali bersemangat untuk meneruskan kerjaya saya dalam bidang lakonan,” katanya.\rDalam pada sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, Faezah juga kini giat menjalani latihan sebelum turun ke lokasi penggambaran sebuah filem epik arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba.\r“Dalam filem ini, saya memegang watak isteri kepada seorang tokoh terkenal tanah air. Watak ini memang cukup mencabar kerana tidak banyak sumber yang saya dapat mengenai watak isteri kepada seorang tokoh ini. Kalau ada sekali pun, footage yang ada tidak banyak membantu saya untuk mengenali wanita berkenaan.\r“Jadi, selain daripada pembacaan, saya cuba merealisasikan watak itu menerusi imaginasi saya,” ujarnya yang mengakui teruja kerana pertama kali diberi peluang berlakon dalam sebuah filem bergenre seperti itu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.490674 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list