|
Minat kepada nyanyian terus mekar walaupun sibuk berlakon\rSEKIAN lama menyepi selepas menyertai program Mentor 3, Suriana Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Keena tampil dengan single terbaru, Cinta Luluh, ciptaan sepenuhnya komposer baru, Y Hamid.\r\n\n\n\n\rMemandangkan dirinya sibuk dalam lakonan, maka penghasilan single berkonsepkan slow rock itu sendiri memakan masa agak lama, sekitar tiga bulan.\r\r\n\n\n\n\nDia sendiri tidak mahu menolak rezeki apabila peluang berlakon lebih banyak datang kepadanya, walaupun pada hakikatnya dia lebih meminati nyanyian.\r“Saya dikenali selepas menyertai Mentor dan bakat nyanyian yang ada dalam diri saya tidak akan disia-siakan walaupun mengambil masa yang lama untuk menghasilkan single.\r“Memang lama untuk hasilkan single ini sebab nak cari lagu yang sesuai. Malah komposer ini sebenarnya diperkenalkan oleh rakan menerusi Facebook. Lepas dengar lagunya saya rasa tertarik dan terus terima,” katanya.\rKeena yang bernaung di bawah jenama Dream Music Sdn Bhd turut mengimpikan album penuh, namun dia berasakan, lebih baik dia menghasilkan single demi single terlebih dulu sebelum tampil bersama album sulung. Baginya, karier lakonan membuatkan dirinya sedikit sibuk sehingga sukar untuk meluangkan masa bagi mencari lagu yang sesuai.\r\n\n\n\n\rLagu Cinta Luluh itu kini berkumandang di stesen radio tempatan dan dikatakan mendapat maklum balas positif daripada pendengar.\r“Saya amat meminati irama rock, jadi sebarang lagu yang saya akan sampaikan ada elemen rock walaupun lagunya berentak balada atau pop,\"爇atanya yang memilih untuk bernaung di bawah label Dream Music sejak enam bulan lalu kerana syarat yang diberikan tidak ketat, malah kontrak dengan mereka juga untuk dua single saja.\rSingle terbarunya itu juga akan dimuatkan dalam album kompilasi bersama artis lain di bawah naungan syarikat berkenaan.\rKata wanita yang menjadikan warna merah dan hitam sebagai imej penampilan, dia ingin menghasilkan lagu berentak dangdut dengan suntikan rock untuk projek akan datang.\r“Lagu untuk single kedua sudah ada, cuma saya masih memilih lagi lagu yang sesuai dan kalau boleh saya ingin menyanyikan lagu dangdut tetapi dalam rentak rock,\"爕ang turut diberi peluang beraksi dengan legenda rock Wings dan Search pada konsert Double Trouble, pada 29 Mei ini di Melaka. \rIngin berjaya dalam kedua-dua bidang seni\rMESKIPUN namanya kini lebih dikenali dalam bidang lakonan berbanding nyanyian, Keena seboleh-bolehnya ingin berjaya dalam kedua-dua cabang seni itu kerana berasakan, bakat nyanyian dan lakonannya perlu berjalan seiringan.\rMenjadi artis serba boleh adalah impian gadis berusia 24 tahun ini sejak menyertai Mentor.\r“Saya mula berlakon dalam filem Cinta Fotokopi dengan memegang watak tambah dan dari situ saya aktif berlakon dalam drama Nur, Gerak Khas dan Akademi Polis.\r“Mulanya tak terfikir nak jadi pelakon pun, tetapi apabila sudah dapat tawaran, jadi saya cuba dan sehingga kini nampaknya saya terus mendapat tawaran berlakon. Syukurlah,” katanya.\rBagi gadis berasal dari Kuala Lumpur ini, rezekinya kian melimpah selepas diberikan watak sebagai Miera dalam dram muzikal Hotel Mania.\rMalah, Keena kini sibuk menjalani penggambaran filem keduanya berjudul Tokak arahan Sabree Fadil dan filem Aiman Tak Kisah terbitan Mar Energetic.\r“Jika dibandingkan, berlakon lebih sukar sebab ia mengambil masa yang lama, manakala nyanyian pula lebih singkat masanya. Selepas persembahan, terus habis.\r“Begitu pun, lakonan tetap menyeronokkan sebab saya dapat berpeluang dengan pelakon senior dan belajar menghayati watak yang dilakonkan,” katanya yang enggan dibayangi sifunya, Awie.\rINFO \rNAMA PENUH: Suriana Abdul Wahab\rUMUR: 24 tahun\rASAL: Kelantan \rKERJAYA: Penyanyi / Pelakon \rDRAMA: Nur, Akademi Polis, Gerak Khas 3, Hotel Mania, telefilem Susuk Amanda dan Durian VS Timun.\rFILEM: Cinta Fotokopi, Tokak dan Aiman Tak Kisah.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|