CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

Saling menghargai

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Santai JomChat rapatkan Aizat dengan peminat\rSUKANEKA, permainan air, sesi jamming, acara makan malam, karaoke dan paling bermakna gotong royong membersihkan pantai membuatkan program Santai JomChat Bersama Aizat cukup bermakna.\r\n\n\n\n\rDua hari berkampung di Sri Pena, Port Dickson seakan tidak memadai untuk pelantun lagu Kau Aku memperuntukkan masa bersama 16 peminat setianya yang menyemarakkan lagi acara anjuran Harian Metro dan IDOTTV Sdn Bhd itu.\r\r\n\n\n\n\nSeperti diluahkan empunya nama Muhammad Aizat Amdan, percutian berkenaan begitu bermakna apabila dikelilingi mereka yang tegar menyokong langkahnya sejak menyertai dulu hingga kini.\rLebih bermakna, sekali pun sibuk dengan persiapan Konsert Jelajah Borneo di Sarawak dan Sabah, ia bukan halangan sebaliknya saat bersama peminat dianggap sebagai pembakar semangat.\rNyata penyanyi berusia 22 tahun itu punya visi dan misi melebarkan langkahnya selain berkongsi lagu ciptaan kepada pendengar tanpa dibatasi sempadan masa atau lokasi.\r“Perancangan projek ini dimulakan Mei lalu. Memang sukar meyakinkan penaja kerana sudah pasti korporat melihat sesuatu dari sudut bisnes. Syukur hasil siri perbincangan dan pembentangan kertas kerja, ada yang sudi bekerjasama.\r\n\n\n\n\r“Usaha ini juga antara kaedah menyatukan seluruh masyarakat. Ikut jadual konsert di Kuching pada 16 Julai manakala di Kota Kinabalu, 27 Julai. Namun sebelum itu kita menjelajah di bandar lain selain ke udara di radio CAT FM,” katanya.\rApa pun, sepanjang dua hari anak muda berbakat besar di arena seni suara dan penciptaan lagu hingga meraih pelbagai anugerah sepanjang empat tahun bergelar penyanyi seakan lupa kepada kesibukan sebaliknya riang bersantai dengan peminatnya.\rWalaupun tidak dapat bersama rombongan yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur menaiki bas persiaran SinarMas Travel dek komitmen tugas, dia mengejar masa untuk memastikan sempat mengikuti sukaneka pada jam 5 petang.\rAizat bersama kira-kira 12 ahli keluarganya termasuk ayah dan ibu yang cukup sporting menyertai acara dirancang membuatkan setiap program dipenuhi hilai tawa malah kepuasan jelas terpancar pada wajah peminat dek layanan penyanyi kesayangan mereka.\rDaripada penyokong setianya, masing-masing menegaskan Aizat tidak seperti didakwa segelintir pihak - kurang mesra atau sukar memberi komitmen - sebaliknya punya ciri positif yang membuatkan mereka terus setia berada di belakangnya.\rAkui Aizat, mungkin sikap pemalunya disalah anggap hingga timbul cerita kurang mesra. Seperti Santai JomChat Bersama Aizat, ditemani deruan ombak dan bisikan angin malam, perasaan dibuai syahdu tatkala satu persatu dendangannya menusuk pendengaran malah acara karaoke pula diteruskan di ruang Sri Pena sebagai penyambung sesi jamming itu.\rAnggota keluarga Aizat yang menaja acara menyeronokkan itu turut diminta menyumbangkan lagu dan benar bagai dijangka, dia mempunyai darah seni yang diwarisi daripada ibu bapa dan sanak saudaranya!\rKeesokan hari, Aizat mengorbankan waktu tidur di hujung minggu demi mengotakan janji melaksanakan kerja amal mengutip sampai sepanjang pantai. Kelibat mereka yang muncul seawal jam 8 pagi mengenakan baju T sedondon ungu yang tertulis nama Aizat pada bahagian hadapan mengundang tumpuan pengunjung pantai popular itu.\rSebelum bas bergerak pulang, rombongan masih sempat menghabiskan masa bersama-sama dengan menikmati juadah makan tengahari dan pastinya sekali lagi gambar kenangan dirakamkan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.045363 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list