CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Awas! Jalan berhantu

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Ada pihak kurang senang dengan cerita seram filem Karak \rGARA-gara menggunakan nama Karak, sebuah syarikat konsesi lebuh raya dikatakan kurang berpuas hati dengan filem kesembilan terbitan KRU Studios kerana ia bukan saja mencalarkan imej mereka tetapi juga menakutkan-nakutkan pengguna di lebuh raya berkenaan.\r\n\n\n\n\rPengarahnya, Yusry Abdul Halim bagaimanapun tidak bersetuju jika mereka dipersalahkan kerana kisah seram yang berlaku di lebuh raya atau di mana-mana jalan raya sudah diketahui masyarakat umum dan menjadi bahan cerita turun temurun. \r\r\n\n\n\n\nNamun hanya disebabkan mereka menghimpunkan kisah-kisah seram yang didengar ke bentuk filem, adalah tidak adil KRU Studios pula cuba dipersalahkan.\r“Saya yakin semua orang tahu mengenai kisah seram yang menjadi ‘urban legend’ di kalangan pengguna lebuh raya. Cerita macam ini kita dengar sejak kecil lagi, jadi rasanya tidak wajar menuduh kami menakut-nakutkan pengguna lebuh raya. Lagipun kisah yang dipaparkan dalam filem ini  tidak berlaku di lebuh raya itu saja tetapi kami menggabungkan daripada pelbagai kisah seram yang pernah kami dengar,” kata Yusry selepas sesi pra tonton filem seram pertama arahannya kelmarin.\rFilem Karak lakonan Shahir, Shera Ayob, Along Ezyendy dan Kilafairy adalah percubaan pertama KRU Studios dalam genre seram. Ia mengisahkan empat remaja yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Sepanjang perjalanan, mereka berdepan dengan pelbagai kejadian aneh sehinggalah mereka berhadapan dengan kemalangan selepas diganggu sebuah kereta berwarna kuning.\rPada 20 minit pertama, Yusry berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk dan sentiasa berada dalam debaran. Kesan bunyinya serta penggunaan imej janaan komputer (CGI) banyak membantu filem ini. Namun selepas minit demi minit iaitu sebaik saja empat sahabat baik iaitu Nik, Zura, Jack dan Ida tersesat di hutan, rentak cerita ini semakin perlahan.\r\n\n\n\n\rRamai yang berpendapat jika kisah ‘urban legend’ dikorek dengan lebih mendalam, Karak jadi lebih menarik berbanding kisah empat remaja yang tersesat di dalam hutan.\rNamun Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios iaitu Norman Abdul Halim menjelaskan, kisah yang diadaptasi daripada mulut ke mulut yang berlaku kepada pengguna lebuh raya ada disampaikan pada awal cerita iaitu kisah kereta Volkswagen kuning, ibu yang mencari anaknya serta wanita dan anak yang diserang hantu tetapi sengaja ditambah adegan dalam hutan untuk menjadikan filem itu lebih menarik.\rKatanya lagi, apa yang cuba disampaikan kepada penonton adalah sikap orang Islam yang hanya boleh menghafal ayat al-Quran tanpa mengetahui maksud. Justeru, ia memudahkan jin dan syaitan untuk menghasut mereka disebabkan kerapuhan iman.\rYusry pula menambah, dia berpuas hati dengan barisan pelakon baru yang dipilih kerana mereka layak untuk berada dalam Karak. \rKata Yusry, dia memang sengaja memilih bakat baru supaya lakonan mereka tidak dilihat klise. \rBagaimanapun, juga menafikan sengaja mengeksploitasi Kilafairy dengan menyuruhnya berkemban. Jelasnya, watak berkemban itu juga adalah kisah benar yang diceritakan oleh ibu saudaranya sendiri yang pernah melalui pengalaman seram.\r“Saya tidak berniat menggunakan Kilafairy semata-mata menarik orang ramai ke panggung,” katanya.\rBagi sesetengah pengarah, rupa hantu tidak akan ditonjolkan bagi menimbulkan perasaan lebih mendebarkan tetapi berbeza dengan Yusry apabila hantu boleh dilihat dalam hampir ke semua babak.\r“Kita mengambil konsep 80-an berdasarkan drama bersiri popular yang pernah ditonton ketika kecil iaitu Tales From The Creeps yang menonjolkan imej hantu dengan jelas.\r“Sebelum ini kebanyakan hantu ditonjolkan secara kelibat atau imbasan saja. Tetapi saya pula ingin mencari kelainan dengan memaparkan hantu dengan jelas kerana banyak penonton kata tidak puas apabila hanya terlihat kelibat saja,” katanya yang tidak mahu lagi mengarahkan filem seram kerana ingin mencuba genre berbeza.\rKila Ikut Tuntutan Skrip\rBagi bakat baru, Kilafairy berharap tidak pihak ada yang mempertikaikan adegan berkemban dalam Karak kerana dia sekadar mengikut tuntutan skrip. Dia tidak menyangka ikatan kain batiknya itu terlalu rendah sehingga menampakkan lurah pada dadanya.\r“Saya tidak menyalahkan KRU dan tidak menganggap diri di eksploitasi. Cuma tak sangka kain batik yang saya pakai akan terdedah sampai begitu sekali. \r“Sikit sebanyak memang timbul juga perasaan risau dengan tanggapan penonton. Sekali lagi saya ingin tegaskan, apa yang saya lakukan hanyalah untuk memenuhi tuntutan watak,” kata Kila yang enggan membawakan lagi watak gedik kerana tidak mahu dilihat klise.\rKatanya, dia ada menerima tawaran untuk melakonkan watak wanita gedik tetapi ditolak kerana dia mahu mencuba watak yang lebih mencabar lagi.\rSeorang lagi bakat baru dalam lakonan, Along Ezyendy, 32, masih belum begitu dikenali walhal dia sudah membintangi beberapa buah filem antaranya Budak Kelantan, Santau, Seru, Khurafat dan Belukar. \r“Saya memang banyak berlakon tetapi belum cukup dikenali. Karak pula adalah filem pertama di mana saya membawakan watak utama, jadi saya berharap filem ini akan berjaya kerana jalan ceritanya yang bagus,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.036807 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list