CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

Dengarnya... Peminat kecewa babak penting Marshanda dibuang

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
DUA tiga hari lepas Cik Normah menerima panggilan daripada peminat fanatik sinetron Sejuta Cinta Marshanda yang tidak puas hati dengan stesen televisyen TV3. Sakit juga telinga Cik Normah mendengar bebelan si pemanggil yang tidak puas hati kerana orang stesen itu katanya sesuka hati memotong beberapa babak hingga episod akhirnya menjadi tergantung.\rSakit betul hati si pemanggil itu tadi, katanya sia-sia mengikut sinetron itu selama berbulan-bulan tetapi kesudahannya entah apa-apa. Walaupun si pemanggil itu berstatus suri rumah, tetapi dia jenis yang celik IT. Akibat tidak puas hati dengan kesudahan sinetron itu, dia pun carilah di laman YouTube, kot-kot ada insan baik hati yang memuat naik drama itu di laman berkenaan.\r\n\n\n\n\rNasibnya memang baik, ternyata sinetron yang mempunyai ramai peminat itu ada di laman berkenaan. Apa lagi dia pun ambillah peluang itu untuk menontonnya. Alangkah terkejut si pemanggil apabila mendapati apa yang ditonton dengan yang dipaparkan oleh TV3 jauh berbeza.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, banyak betul yang TV3 potong, hinggakan babak paling penting iaitu penemuan surat beranak Marshanda oleh kembarnya, Sheila, turut dipotong. Jadi bengang bukan kepalang si pemanggil itu dibuatnya.\rSusah payah katanya dia mengikuti drama dari seberang itu selama berbulan-bulan. Maklumlah drama Indonesia manalah main belas-belas episod. Sekali tayang berpuluh-puluh malah hingga ratusan pun ada. Jadi dia sakit hatilah apabila TV3 buat macam itu. Yang kasihan adalah makcik-makcik yang tidak tahu mengenai IT. Patutlah Cik Normah dengar emak Cik Normah pun bersungut kerana tidak faham penyudah drama itu, rupa-rupanya banyak yang dipotong. Kasihan Cik Normah kepada emak kerana dia memang peminat tegar drama berkenaan. Malah Cik Normah percaya makcik-makcik lain juga mesti berperasaan serupa. \rJadi kepada pihak TV3, lain kali kenalah beringat, jangan hampakan penonton anda. Ingatlah sikit, tanpa penonton setia, rating TV3 tidak akan setinggi sekarang, kan? \rJangan marah Cik Normah sebab Cik Normah cuma tolong sampaikan luahan peminat saja.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.119290 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list