|
Pernah lari dari rumah, mohon perlindungan polis di Jakarta SelatanSELAMA tujuh bulan kehilangannya menimbulkan pelbagai tanda tanya. Spekulasi demi spekulasi terus berputar, seakan tidak menemui titik penyelesaian.\n\n\n\nNamun apakah kepulangan bintang remaja Indonesia, Arumi Bachsin ke pangkuan keluarganya, Jumaat lalu akan meleraikan segala misteri?\n\n\n\n\nArtis berdarah kacukan Palembang-Belanda itu pernah menimbulkan gempar apabila lari daripada rumah dan memohon perlindungan polis di Jakarta Selatan pada 11 Mei 2010.Arumi memberikan alasan tidak tahan dikongkong keluarga mengambil keputusan membawa diri. Bagaimanapun, kehilangannya itu tidak lama apabila dia kembali berdamai dengan kedua orang tuanya.Arumi sekali lagi membuat industri hiburan Indonesia gempar apabila lari daripada rumah pada pertengahan November lalu dan sejak itu, pelbagai spekulasi berputar.“Bukan hanya saya dan keluarga tetapi semua orang harus melihat apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran. Ambil yang baik, manakala kekeruhan itu lupakan saja.\n\n\n\n“Saya mahu membuka lembaran baru, memilih untuk menjadi manusia yang lebih baik berbanding semalam,” kata Arumi sebaik dipertemukan dengan keluarganya.Melihat peristiwa itu sebagai proses yang mendewasakan dirinya, Arumi akur, komunikasi dengan orang tua penting tatkala diri bergelut pelbagai kekalutan.Proses itu katanya, tidak mudah untuk dijalani apatah lagi dirinya berdepan pelbagai bebanan kerja pada usia masih muda iaitu 15 tahun.Lantaran tuntutan untuk pantas popular, disusuli pelbagai tawaran membuatkan Arumi tertekan dan berasa dirinya diperalatkan ibunya, Maria Lilian Pech untuk mencari wang.“Saya gembira kerana kini semuanya menjadi seperti sedia kala. Jika saya tidak melalui pengalaman ini, mungkin jalan cerita hidup saya mendatar dan biasa.“Ini adalah proses pendewasaan, bukan saya sendirian tetapi juga peminat sebaya supaya menilai diri. Setiap kesulitan, Insya-Allah akan ada jalan keluarnya jika berkomunikasi secara sihat,” kata Arumi.Tanpa menjelas lanjut apa dilakukan sepanjang tujuh bulan itu, Arumi sekadar memberitahu dia menghabiskan masanya dengan bersiar-siar dan melakukan aktiviti lasak.Pada masa sama, bintang sinetron Bukan Cinderella dan Azizah itu turut memohon maaf kepada peminatnya atas perlakuannya hingga menimbulkan pelbagai laporan bersimpang siur.Arumi menjelaskan, biarpun industri hiburan pernah membuat jiwanya memberontak namun dia tidak akan sesekali meninggalkan dunia yang dicintainya itu.“Dunia ini membesarkan saya. Saya sendiri memilih untuk berada dalam bidang hiburan dan sehingga ini, cinta terhadap industri hiburan masih tumbuh.“Saya tidak pernah jemu, sebaliknya ingin terus mencari pengalaman kerana ia terlalu mahal untuk manusia seperti saya yang sedang mengenal erti hidup,” katanya.Kembalinya pelakon filem Putih Abu-Abu Dan Sepatu itu sekali gus akan merungkai pelbagai misteri kerana kehilangannya turut dikaitkan dengan kehadiran pihak ketiga.Keluarga Arumi mengesyaki, tindakan gadis itu meninggalkan mereka didorong oleh hasutan pelakon kelahiran Malaysia, Muhammad Suhaemi atau Miller.Hubungan Arumi dan Miller mula berputik apabila mereka membintangi bersama sinetron, Dia Bukan Anakku namun dibantah keluarga gadis itu yang melarangnya mempunyai teman lelaki sebelum mencecah usia 17 tahun.“Pasti semuanya akan terbongkar nanti, cuma kami tidak mahu terburu-buru. Biarkan semuanya berjalan lancar dulu kerana lambat laun, perkara itu akan terhurai juga,” kata ibu Arumi.Maria turut mendedahkan, Miller ada bertandang ke kediaman keluarga mereka di Gandul Cinere, Depok, Jawa Barat pada awal pagi Sabtu lalu untuk memohon maaf.“Dia datang jam 3 pagi tetapi saya tidak membuka pintu kerana kehadirannya itu agak mengejutkan. Saya sempat menelefon polis untuk memohon perlindungan,” katanya.Kedatangan Miller secara tidak langsung kata Maria, merungkai segala persoalan yang menjadi tanda tanya kepada mereka sekeluarga selama ini.Maria mengesyaki, Arumi melarikan diri dari rumah kerana terpengaruh dengan pujukan Miller.“Jika tidak mengapa harus dia datang ke rumah pada awal pagi hanya untuk memohon maaf? Sudah jelas selama ini siapa yang cuba bermain api dalam isu ini,” katanya.INFO: ArumiDilahirkan di Jakarta, Indonesia pada 19 Februari 1994. Bakat baru ini pantas menjulang namanya selepas terlebih dulu diperkenalkan dalam bidang peragaan sejak berusia 12 tahun. Puteri pasangan Rudy Bachsin dan Maria Lilian Pesch ini memulakan karier hiburan dengan membintangi iklan komersial. Arumi pernah menjadi model produk kecantikan rambut, Elith dan Miraton.Arumi yang bercita-cita menjadi pakar psikologi ini membintangi sinetron seperti Kahwin Muda, Bukan Cinderella, Azizah dan Chelsea.Artis berdarah Palembang-Belanda ini pernah membintangi filem Bestfriend pada 2008. Auranya itu membawa Arumi untuk memegang watak utama menerusi Putih Abu-Abu Dan Sepatu. Tahun lalu, dia berlakon filem 18+.Seorang pelajar yang pintar kerana Arumi pernah dimasukkan dalam kelas cemerlang ketika di bangku sekolah menengah. Bagaimanapun, kesibukan membuatkan Arumi memilih untuk belajar di rumah.Dia juga mencuba nasib sebagai pengacara menerusi acara hiburan, Hip Hip Hura.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|