View: 66|Reply: 0
|
Eto’o bantu Inter julang Piala Itali
[Copy link]
|
|
ROME: Samuel Eto’o merobek gawang Palermo sebanyak dua kali untuk menjelmakan kemenangan 3-1 Inter Milan pada final Piala Itali kelmarin, sekali gus menamatkan musim mengecewakan dengan menjulang satu piala.\rPenyerang Cameroon itu meledak gol hampir sama pada minit ke-26 dan 76 selepas menerima hantaran Wesley Sneijder.\r\n\n\n\n\r Palermo yang memburu kejuaraan Piala Itali pertama mereka, merapatkan jurang menerusi tandukan Ezequiel Munoz (m-88) tetapi pertahan Argentina itu kemudian dibuang padang. Pemain gantian Inter, Diego Milito menambah jaringan pada masa tambahan untuk membolehkan Nerazzuri merakam kejuaraan ketujuh dalam Coppa Italia.\r\r\n\n\n\n\n Leonardo, menjulang piala pertamanya sebagai jurulatih Inter, memuji anak didiknya selepas meraikan kejayaan di Stadium Olimpico - gelanggang sama AC Milan dinobat juara liga tiga minggu lalu.\r“Ia musim sukar yang dipenuhi kecederaan, tiga jurulatih dan sistem permainan berbeza,” kata jurulatih berasal dari Brazil itu. “Mereka mempunyai alasan untuk berputus asa tetapi mereka berjuang hingga ke akhir. Mereka berhak menutup musim ini dengan senyuman.”\rJurulatih berusia 42 tahun itu turut memuji lawannya yang terus dilanda kemarau kejuaraan selepas tiga kali beraksi di final. “Palermo bermula baik. Mereka bermain dengan penuh bertenaga dan betul-betul mahukan gol awal,” kata Leonardo. “Sukar buat kami untuk mengawal situasi, tetapi kami berjaya mendapatkan gol dan mengawal permainan pada akhirnya.” – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|