CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

Litar Putrajaya digemari pelumba

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
SELURUH kontinjen Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2011 memberi reaksi positif terhadap litar baru di Presint 3, Putrajaya yang menjadi tuan rumah buat kali pertama bersempena Hari Belia Negara, hujung minggu lalu.\rPusingan 4 menjadi saksi kepada satu persaingan sengit di antara pelumba yang berusaha mendominasi litar sepanjang 1.146 meter dengan akhirnya dua penunggang Harian Metro TEQ SCK Honda Racing, Norizman Ismail dan Mohd Affendi Rosli menamatkan kelas CP130 di kedudukan 1-2.\r\n\n\n\n\r   Sementara itu, Mohd Emir Firdaus Hasan (M-Seki Liberty Honda Racing) dan Mohd Hafiza Rofa (Faito YSP Racing) masing-masing  menguasai kategori CP115 dan Wira.\r\r\n\n\n\n\n   Selain aksi mendebarkan, pusingan keempat itu turut mencatat kejayaan tersendiri apabila menerima penyertaan paling ramai dengan sejumlah 173 peserta dalam kategori CP130, CP115, Wira, Cabaran Honda Wave Junior, Piala Yamaha EgoLC PETRONAS dan Persendirian mengambil bahagian.\rApa yang lebih menarik, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut meluangkan masa bersama pelumba manakala Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta timbalannya, Datuk Razali Ibrahim hadir menyerikan kejuaraan itu.\r“Pusingan 4 adalah perlumbaan cukup menarik. Hampir setiap pasukan dan pelumba gemar litar ini kerana ia menggabungkan aspek teknikal dan pecutan, sekali gus membawa cabaran baru buat mereka,” kata Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM), Ron Hogg yang berpuas hati dengan penganjuran kali pertama di litar baru itu.\r“Persaingan merebut kejuaraan juga semakin mendebarkan kerana tiada seorang pelumba pun mampu muncul juara lebih daripada sekali dalam kategori CP130. Ini membuktikan tahap kemampuan di kalangan pasukan di paddock semakin meningkat dan ini pasti menjanjikan saingan lebih hangat pada Pusingan 5 di Teluk Intan, 25 dan 26 Jun ini,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.132217 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list