CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78|Reply: 0

Hadi yakin bantu Terengganu

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PENJARING terbanyak Terengganu , Abdul Hadi Yahya sedikit lega kerana kecederaan kaki kirinya kian beransur pulih menjelang pertemuan dengan Kelantan di Kuala Terengganu dalam saingan Liga Super, Isnin ini.\rPenyerang itu memberi jaminan untuk melakukan yang terbaik bersama rakan sepasukan agar Kelantan dapat ditumbangkan di depan penyokong setia bagi menebus kekalahan kepada Kedah 0-1 yang menyebabkan Kelantan mengambil alih tangga teratas liga.\r\n\n\n\n\r   Abdul Hadi berkata, kecederaan yang dialaminya ketika bertemu Pahang minggu lalu menyebabkan dia sukar bergerak untuk melakukan rembatan tepat ke gawang lawan.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya sudah bersedia untuk mengalas tugas sebagai penggempur dan yakin dapat menjaringkan gol bagi membantu Terengganu mencatat kemenangan,” katanya.\rNamun Abdul Hadi yang kini menyertai latihan skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan di Hong Kong, terkilan kerana rakan gandingan Ashaari Samsuddin tidak dapat bersama memperkuatkan jentera serangan berikutan penggantungan satu perlawanan akibat tiga kad kuning.\r“Saya semakin serasi dengan Manaf Mamat di depan dan kehadiran Ashaari yang memahami corak permainan kami memudahkannya membuat umpanan tepat,” kata Abdul Hadi.\rDengan 15 gol dikumpul setakat ini, Abdul Hadi berkata dia mahu menambah angka itu tetapi tetap mengutamakan kejayaan pasukan berbanding matlamat peribadi.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.034425 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list