CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

Swansea lakar sejarah layak ke Liga Perdana

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
LONDON: Swansea City muncul kelab pertama Wales beraksi dalam liga tertinggi Inggeris sejak 1983 apabila menundukkan Reading 4-2 pada final playoff di Wembley, kelmarin.\rDua hari selepas Barcelona mengecewakan Manchester United di stadium sama untuk menjuarai Liga Juara-Juara, hatrik Scott Sinclair, termasuk dua penalti, dan gol Stephen Dobbie menjelmakan kemenangan buat Swansea dalam perlawanan yang memberi ganjaran bernilai 90 juta pound (RM450 juta) untuk kelab itu.\r\n\n\n\n\r   Swansea, yang menamatkan saingan liga Divisyen 1 di tangga ketiga di belakang Queens Park Rangers dan Norwich City, mendahului 3-0 sebaik tamat babak pertama, hasil permainan seiras Barca, tetapi Reading bangkit menerusi gol sendiri Joe Allen dan tandukan Matt Mills.\r\r\n\n\n\n\n   Bagaimanapun, Sinclair menyempurnakan sepakan penalti keduanya ketika permainan berbaki 10 minit, yang melegakan lebih 40,000 penyokong setia Swansea di dalam stadium dan memacu kelab itu ke saingan tertinggi buat pertama kali selepas tersingkir pada 1983.\r“Ia satu penghargaan buat kelab, penyokong amat menakjubkan dan penting bagi kami membalas kepercayaan mereka dengan kejayaan ini,”  kata pengurus Swansea, Brendan Rodgers yang pernah menjadi pengendali Reading tetapi dipecat pada 2009.\r“Perlawanan ini cukup hebat, kami tidak bermain seperti yang kami lakukan sepanjang musim tetapi pada satu ketika, kami menunjukkan kualiti sebenar. Saya fikir kami, Norwich dan QPR akan menaikkan nama Liga Kejuaraan.”\rKejayaan itu menyempurnakan kebangkitan kelab selatan Wales itu yang sembilan tahun lalu hampir dibubarkan dan setahun kemudian memerlukan kemenangan pada hari terakhir musim untuk mengelak tersingkir ke liga bawahan bola sepak Inggeris.\r\n\n\n\n\rSejak itu, mereka mula menunjukkan peningkatan, berubah gelanggang dari stadium lama Vetch Field di Teluk Swansea ke Stadium Liberty dan memanjat naik tangga liga dengan corak permainan menarik.\rSwansea adalah kelab Wales pertama beraksi dalam Liga Perdana Inggeris sejak liga itu diperkenalkan pada 1992 dan pemain meraikan hari bersejarah itu dengan memakai baju yang tertera nama bekas pemain, Besian Idrizaj yang meninggal dunia pada usia 22 tahun, musim lalu. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.293367 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list