CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

Fernandes bidas West Ham anggap tawarannya jenaka

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Usahawan Malaysia, Tony Fernandes membidas kelab bola sepak England, West Ham selepas mereka memperkecilkan tawarannya untuk membeli pegangan dalam kelab itu sebagai “murah” dan“menghairankan”.  \rFernandes, yang memiliki penerbangan tambang murah AirAsia dan pasukan Formula Satu, Team Lotus, berkata bidaannya — diumumkan di Twitter — bukan lawak jenaka atau usaha mencari publisiti tetapi berkata ia mampu menyuntik pasukan itu selepas diturunkan dari Liga Perdana.\r\n\n\n\n\r   “Baik anda buat keputusan Sullivan dan Gold. Satu ketika anda berkata tiada tawaran dan selepas itu anda berkata ia adalah tawaran jenaka. Ia adalah tawaran baik dan pasti akan membawa masuk orang yang bagus,” kata Fernandes menerusi twitter, merujuk kepada pemilik bersama David Sullivan dan David  Gold.\r\r\n\n\n\n\n   “Gold dan Sullivan boleh berkata apa yang mereka mahu,” katanya dalam mesej berasingan. “Saya adalah peminat sejak sekian lama dan pasti membawa masuk wang, idea baik, orang baru dan kepercayaan baru.”  \rFernandes bertindak balas terhadap komen daripada Sullivan dan Gold yang mencadangkan tawarannya itu memberi penilaian rendah kepada kelab berkenaan, dan meskipun turun ke divisyen bawah akan berpindah ke Stadium Olimpik London dengan kapasiti 60,000 selepas temasya tahun depan.\r“Tony Fernandes mahu membeli 51 peratus kelab dengan nilai murah,” kata Sullivan kepada Evening Standard London.\r“Dia merasakan bahawa kami terdesak membabitkannya atau terdesak untuk nilai kecil yang ditawarkan buat 51 peratus pemilikan kelab.” - AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.641663 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list