View: 204|Reply: 0
|
SUKMA XIV KL: Syafiqah terima kasih bantuan Nurul Ain
[Copy link]
|
|
JOHOR mencatat sejarah tersendiri apabila memenangi emas pertama temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2011 menerusi acara judo kata wanita berpasangan di Sports Arena, Kompleks Majlis Olimpik Malaysia (MSN), semalam.\rMembuka langkah kanan, gandingan Siti Nur Syafiqah Husin, 16, dan Nurul Ain Atiqah Rosli, 19, mengumpul 795 mata untuk mengatasi pasangan Selangor, Low Er Zhen-Low Er Yie yang dibezakan 11 mata.\r\n\n\n\n\r Pingat gangsa dikongsi Terengganu menerusi Nor Safrina Rahman-Nor Hidayu Muliar (780 mata) dan Wilayah Persekutuan, Vicki Lai Tze Jane-Low Penny (729 mata).\r\r\n\n\n\n\n “Kami tidak sangka menang emas kerana sasaran awal ialah sebarang warna pingat. Kami bersyukur dan gembira dapat membantu Johor memperoleh emas pertama,” kata Nurul Ain yang memenangi gangsa pada SUKMA 2010 di Melaka ketika bergandingan dengan Khairiah Malek.\rSiti Nur Syafiqah pula tidak percaya penyertaan julung kalinya di SUKMA memberikan emas dan berterima kasih kepada Nurul Ain yang banyak membantu dan memberi kata-kata semangat.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|