|
AS, Mexico dilihat pilihan untuk mara ke final\rMIAMI: Selepas seminggu yang menyaksikan pegawai CONCACAF menempa tajuk akhbar berikutan dakwaan rasuah dan pertelingkahan politik, badan bola sepak rantau itu akan menganjurkan kejohanan perdana mereka, Piala Emas dengan 12 pasukan kebangsaan beraksi di 13 venue di Amerika Syarikat.\r\n\n\n\n\r Kejohanan bagi negara Amerika utara dan tengah bermula di Stadium Cowboys di Dallas esok dan berakhir pada 25 Jun di Rose Bowl Pasadena, California dengan AS dan Mexico dilihat pilihan untuk mara ke final.\r\r\n\n\n\n\n Namun dua gergasi itu akan berdepan saingan kuat dalam apa yang dilihat sebagai kejohanan menarik dengan kesemua negara membawa skuad penuh.\rHonduras, yang melayakkan diri bagi pusingan akhir Piala Dunia bersama-sama AS dan Mexico, serta Costa Rica yang terlepas tiket menerusi play-off di Afrika Selatan mampu menawarkan cabaran sukar bagi gelaran.\rEl Salvador, Jamaica dan Kanada mahu menunjukkan mereka sudah meningkat sejak kejohanan terakhir dua tahun lalu.\rKejohanan itu bermula pada 1963 sebagai Kejohanan CONCACAF dan kemudian dikenali sebagai Piala Emas. Pemenang akan mewakili rantau dalam acara pra-Piala Dunia FIFA, Piala Konfederasi.\r\n\n\n\n\rJuara bertahan, Mexico memiliki rekod terbaik dengan lapan gelaran, lima sejak 1991. AS sudah memenangi empat gelaran dalam dua dekad lalu manakala Costa Rica memiliki tiga. - Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|