CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Padah gila kerja

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
TERNYATA banyak perkhabaran kurang menyenangkan berlegar sejak penyanyi bervokal lantang, Agnes Monica dimasukkan ke Hospital Siloam, Kebun Jeruk, Jakarta Barat, Rabu lalu.\rSempat diterpa berita terpaksa menjalani pembedahan gara-gara sakit belakang yang dideritainya, Sabtu lalu menjadi kemuncak kepada segala keresahan Agnes.\r\n\n\n\n\rPemilik album, Agnes Is My Name itu diberitakan meninggal dunia hingga menimbulkan kekalutan peminat yang mendambakan jawapan pasti.\r\r\n\n\n\n\n“Yang benar saya cuma meninggalkan hospital, ertinya saya mahu terus bernafas,” tulis Agnes dalam akaun Twitter peribadinya, sekali gus menamatkan tanda tanya pencinta hiburan Indonesia.\rMungkin disengajakan atau sekadar bercanda, khabar negatif itu disambut dingin Agnes dengan senyuman yang terlukis di wajahnya.\rKesakitan yang dideritai itu kata Agnes, memberikan pelajaran berguna buat dirinya yang selama ini terlalu mementingkan kariernya.\r“Saya belajar menahan emosi. Bayangkan untuk bangun pun saya terpaksa melalui kesulitan. Kesakitan ini memberi ruang untuk saya belajar daripada mereka yang mengambil berat,” katanya.\r\n\n\n\n\rPengalun lagu Matahari itu terpaksa akur mendapatkan rawatan di hospital menjelang pagi Rabu itu apabila tubuhnya kaku ketika mahu mengambil sesuatu di rumahnya. \rAgnes juga diserang gastrik, membuatkan dia tidak mampu bertahan lagi sehingga memaksa abangnya, Steve mengejarkannya ke hospital.\rSelepas empat hari menjalani rawatan, Agnes dibenarkan keluar hospital namun penyanyi yang popular dengan single terbaru, Paralyzed itu terpaksa menjalani rawatan fisioterapi dua kali seminggu. \r“Rawatan itu agak menyakitkan namun kesakitan itu tidak pernah membunuh saya. Saya akan menjadi lebih kuat,” katanya lagi.\rAkui gadis berusia 24 tahun itu, belakang badannya masih terasa ngilu tetapi keadaan dirinya jauh lebih baik ketika mula dimasukkan ke hospital.\r“Ketika itu saya cuma mampu tidur, tidak boleh duduk dan berdiri,” katanya yang terpaksa menerima rawatan kerana sakit di punggung.\rKesakitan itu mula dirasai anak kepada pasangan Ricky Muljoto dan Jeanny Siswono sejak dua bulan lalu. Bagaimanapun, Agnes tidak mengendahkannya kerana kesakitan itu tidak mengganggu aktiviti fizikal hariannya.\rNamun, disebabkan sering melakukan aktiviti berat, kecederaannya menjadi parah menyebabkan Agnes terpaksa dikejarkan ke hospital.\r“Saya terpaksa melupakan aktiviti berat. Begitu juga dengan seni mempertahankan diri, semuanya terpaksa ditinggalkan dulu.\r“Bagaimanapun, saya memilih untuk berenang sekurang-kurangnya empat kali seminggu. Itu sudah memadai kerana sedar, tubuh saya bukan seperti Jackie Chan,” katanya bergurau.\rAgnes berdepan kecederaan itu kerana pola kerjanya yang menuntut dirinya menghadap komputer riba berjam-jam. Jika sibuk di studio, ada ketika ia menghabiskan masa lebih enam jam di depan komputer. \rDisebabkan masalah itu, Agnes terpaksa mengubah cara kerjanya. Namun, sempat dia menyatakan kerinduannya untuk kembali menyentuh gajet kesayangannya selepas beberapa hari meninggalkan semua itu.\r“Ini paling lama saya meninggalkan laptop. Memang saya tak betah hidup tanpanya,” kata Agnes.\rDi sebalik pertarungan hebat itu, Agnes sempat terusik apabila kerja kerasnya selama ini memberikannya pengiktirafan di luar jangkaan. \rDia dianugerahkan plak, Million Award apabila album kompilasi terbaru, Agnes Is My Name dijual melebihi satu juta salinan selepas empat bulan di pasaran. \r“Terlalu ramai manusia yang cuba berselindung di sebalik ucapan ‘bijak’ mereka. Ayuh, laksanakan. Jalaninya dan jangan sekadar memaksa untuk orang percaya kerana ia tidak akan berlaku.\r“Saya memilih untuk tidak menjadi orang yang bersembunyi di sebalik kata-kata tetapi tidak melakukan apa-apa usaha untuk merealisasikannya,” katanya.\rKecederaan itu memaksa Agnes untuk membatalkan persembahannya pada konsert ulang tahun Gigi, baru-baru ini. Namun, Agnes enggan membiarkan peminatnya menanti terlalu lama.\r“Saya mahu segera pulih. Ini ujian Tuhan, mahu atau tidak saya terpaksa menerimanya. Saya sudah memohon maaf kepada Armand dan kumpulan Gigi.\r“Bukan saya sengaja memungkiri janji tetapi saya tidak berdaya. Mereka antara yang dekat dengan saya dan saling membantu. Saya terkilan tidak dapat bersama pada malam bersejarah buat Gigi,” katanya.\rINFO\rAgnes Monica\rNama penuh:Agnes Monica Muljoto\rTempat dan tarikh Lahir: Jakarta, 1 Julai 1986\rTinggi/berat: 168sm/51kg \rPendidikan: Universiti  Pelita Harapan Karawaci (Fakulti Undang-Undang)\rPencapaian: Sembilan Anugerah Muzik Indonesia, tujuh trofi Panasonic Awards dan empat trofi  MTV Indonesia Awards.\rAlbum Studio: And the Story Goes (2003), Whaddup A\'..?! (2005) dan Sacredly Agnezious (2009)\rAlbum kompilasi: Si Meong (1992), Yess! (1995), Bala-Bala (1996), Nez (2008) dan Agnes Is My Name (2011)\rSinetron: Pernikahan Dini (2001), Lupus, Kejarlah Daku Kau Ku Tangkap (2002), Cewekku Jutek (2003), Amanda (2002), Ciuman Pertama (2002), Kau yang Terindah, Bunga Perawan (2004), Cantik (2004), Ku Tlah Jatuh Cinta (2005), Pink (2006)

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.051838 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list