CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Donald berjaya tutup mulut pengkritik

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Bukti kemampuan jadi  pemain nombor satu dunia \rLUKE Donald yang mencatat kemenangan pada play-off di Kejohanan Golf PGA BMW Ahad lalu menjadi pemain ke-15 menduduki takhta sebagai pemain golf nombor satu dunia sejak ranking rasmi golf dunia diperkenalkan 25 tahun lalu.\r\n\n\n\n\r    Kejayaan pada play-off menewaskan rakan senegara dari Britain, Lee Westwood yang menduduki ranking pertama sebelum itu, sekali gus menutup mulut pengkritik yang mempertikaikan kemampuannya kerana tidak memenangi banyak kejohanan.  \r \r\n\n\n\n\n    Kejuaraan di kejohanan WGC-Accenture Match Play tahun ini adalah yang pertama dimenangi Donald dalam tempoh lima tahun dalam Jelajah PGA, manakala kemenangan di kejohanan Madrid Masters tahun lalu adalah kejuaraan Jelajah Eropah pertamanya dalam tempoh enam tahun.\rBegitupun, usaha Donald mengambil alih ranking nombor satu  adalah hasil prestasi konsisten dan menakjubkan sejak dua bulan lalu. Sejak gagal melayakkan diri ke persaingan akhir pada kejohanan pertamanya tahun ini di Riviera dalam siri Jelajah PGA - selepas rehat panjang di luar musim - Donald tidak pernah berada di luar daripada kedudukan 10 teratas dalam mana-mana kejohanan.\rDonald menyifatkan kecemerlangan dicapainya adalah selepas kelahiran bayi perempuannya, Elle yang memberi inspirasi untuknya sentiasa mempamer prestasi terbaik. Pemain Inggeris berusia 33 tahun itu dan isterinya, Diane menyambut kelahiran anak pertama tahun lalu dan berita buruk buat pencabarnya ialah Donald sedang menanti kelahiran anak kedua yang dijangka lahir November ini.\r“Mengimbas kembali kelahiran anak pertama saya, permainan golf saya semakin mantap dari semasa ke semasa,” kata Donald kepada wartawan selepas kemenangan dramatik yang dicatatnya Ahad lalu.\r\n\n\n\n\r\"Kemenangan itu sangat bererti,” kata Donald.  \"Ia bermakna usaha keras saya membuahkan hasil. Saya melakukan perkara yang betul. Saya mempunyai keyakinan kuat mampu untuk berada di sana dan ia berlaku.”\r“Saya punyai satu pasukan hebat di sekeliling saya. Jurulatih, Pat Goss yang sudah bersama saya selama 14 tahun, kedi saya sudah mengangkat beg golf saya selama satu setengah tahun. Saya punyai satu pasukan hebat yang merangka jadual latihan kecergasan saya dan keluarga serta rakan yang memberi sokongan kuat.” - Agensi\rPROFIL\rLuke Campbell Donald\r Tarikh lahir: 7 Disember 1977 (33 tahun)\r Asal: Hemel Hempstead, England \r Tinggi: 1.75 meter\r Berat: 73 kilogram\rMenjadi pemain profesional: 2001 \rJelajah semasa: Jelajah PGA (sertai pada 2001), Jelajah Eropah (sertai pada 2003)\rKemenangan profesional: 9 \rJumlah kemenangan Jelajah: Jelajah PGA: 3 \rJelajah Eropah: 5

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.157970 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list