View: 189|Reply: 0
|
Kelantan raih dua emas bina badan
[Copy link]
|
|
SKUAD bina badan Kelantan merangkul dua daripada tiga emas yang dipertaruhkan apabila memenangi kategori 60 kilogram (kg) dan 60-70kg di South City Plaza, semalam.\rDua emas itu masing-masing dihasilkan Wan Mohd Adib Wan Mohd Azhar dan Muhammad Khusairi Sibam apabila menambat hati 10 juri yang mengadili pertandingan sulung dalam temasya SUKMA 2011 Kuala Lumpur.\r\n\n\n\n\r Pingat perak bagi bawah 60 kg dimenangi peserta Johor, Mohamad Na\'im Ponngoh manakala Mohd Azwan Mazlan (Wilayah Persekutuan) memenangi gangsa. \r\r\n\n\n\n\n Bagi kategori 60-70kg pula, pingat perak dimenangi Mohd Afiq Ab Malek (Negeri Sembilan) manakala Bahrlinza Noki Nakee Bahar (Selangor) memenangi gangsa.\rJurulatih Kelantan, Mohd Aqimi Baharudin, berkata dua emas itu adalah di luar jangkaan memandangkan Kelantan hanya mensasarkan satu pingat emas dari acara yang pertama kali dipertandingkan itu.\r“Kami tidak sangka mendapat dua emas hari ini (semalam). Saya gembira dengan pencapaian atlit dan berharap skuad bina badan Kelantan dapat menambah beberapa lagi emas pada temasya SUKMA akan datang,” katanya.\rSementara itu, Wan Mohd Adib berkata, dia berbangga kerana emas pertamanya itu sekali gus memperbaiki pencapaian peribadinya di kejohanan Mr Malaysia tahun lalu apabila memperoleh tempat ketiga.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|