CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Barisan juara Sepanyol tewaskan AS

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
FOXBORO, Massachusetts: Penyerang dari Villarreal,  Santiago Cazorla menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama untuk membantu juara dunia, Sepanyol membelasah Amerika Syarikat 4-0 kelmarin dalam perlawanan bola sepak antarabangsa, kelmarin.\rCazorla menemui sasaran pada minit ke-28 dan 41, kedua-duanya ketika dia tidak dikawal di dalam kotak penalti untuk menyempurnakan hantaran lintang perancang tengah Manchester City, David Silva.\r\n\n\n\n\r   Alvaro Negredo menerima umpanan daripada Xabi Alonzo dan meluru laju melepasi pertahanan Amerika untuk menewaskan penjaga gol AS, Tim Howard pada minit ke-32.\r\r\n\n\n\n\n   “Ia tidak seteruk separuh masa pertama,” kata Howard.\r“Apabila berdepan pasukan terbaik dunia, mereka boleh membuat anda kelihatan bodoh.”\rPercubaan Fernando Torres dari tengah kotak penalti pada minit ke-73 yang terkena tiang dan melantun masuk memberikan gol terakhir selepas Borja Valero menembusi pertahanan dan memberi umpanan tepat kepada penyerang Chelsea itu.\rIa adalah kekalahan besar buat AS sejak Mexico menewaskan mereka 5-0 pada final Piala Emas CONCACAF 2009.\r“Apabila mencabar diri dengan pasukan terbaik, anda perlu menerima hakikatnya,” kata jurulatih AS, Bob Bradley.\rEdisi kejohanan Amerika Utara yang dianjurkan dua tahun sekali itu membuka tirai Ahad ini dengan Amerika bermain perlawanan pertamanya menentang Kanada di Detroit. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.036531 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list