View: 223|Reply: 0
|
‘Ledakan Postiga pulih imej Ronaldo di laman sendiri’
[Copy link]
|
|
LISBON: Penyerang Portugal, Helder Postiga menjaringkan gol pada awal babak kedua untuk memastikan kemenangan 1-0 di tempat sendiri ke atas Norway kelmarin sekaligus meletakkan pasukannya di tangga teratas Kumpulan H Euro 2012 menerusi perbezaan gol.\rPostiga mudah menolak masuk pada minit ke-53 hasil hantaran lintang Nani untuk meletakkan Portugal di depan Denmark, yang mencatat kemenangan 2-0 di Iceland, dan Norway dengan kesemua tiga pasukan kini mengumpul 10 mata daripada lima perlawanan.\r\n\n\n\n\r “Ia adalah perlawanan yang bagus tetap bukanlah yang hebat. Kemenangan kami tidak boleh dipertikaikan,” kata jurulatih Portugal, Paulo Bento.\r\r\n\n\n\n\n Norway membuat dua percubaan dalam tempoh lima minit pertama tetapi Portugal kemudian menguasai permainan menerusi rembatan Raul Meireles yang tersasar selepas tujuh minit dan Cristiano Ronaldo memaksa Rune Jarstein melayangkan badan untuk menepis keluar sepakan percuma melencong beberapa detik kemudian.\rBarisan dari Scandinavia itu bergelut tetapi sekali lagi menggemparkan Portugal selepas 16 minit apabila Bjorn Riise mengetuai serangan balas dan mengumpan kepada Erik Huseklepp, yang meledakkan rembatan rendah tetapi dapat ditepis Eduardo.\r“Pada awal permainan, kami mahu menguasai mereka dan kami melakukannya sungguhpun tidak boleh mengekang sepenuhnya serangan balas lawan,” kata Bento. – Reuters\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|