View: 104|Reply: 0
|
Dua atlit keracunan makanan akui ambil makanan luar
[Copy link]
|
|
DUA atlit lawan pedang Johor yang mengalami keracunan makanan Sabtu lalu, mengakui punca sebenar mereka mengalami masalah itu kerana mengambil makanan dari luar, bukannya daripada Perkampungan Sukan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).\rPerkara itu disahkan Timbalan Pengerusi Pengelola Sukan Malaysia (SUKMA) XIV, Datuk Ab Jalil Abdullah selepas mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SUKMA XIV Kuala Lumpur, Datuk Zolkples Embong melawat atlit SUKMA di Kolej Pendeta Zaa’ba, UKM, semalam. \r\n\n\n\n\r “Jika benar ada kes keracunan makanan di sini (UKM), pastinya atlit lain juga akan mengalami masalah sama. Saya ada bertemu dan mereka memberitahu mengambil makanan di luar perkampungan sukan.\r\r\n\n\n\n\n “Diharap atlit lain tidak meragui tahap kebersihan makanan di sini kerana setiap hari Kementerian Kesihatan memantau kualiti makanan yang dihidangkan,” katanya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|