CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Dengarnya: Farid bakal Menteri Penerangan?

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Dengarnya: Farid bakal Menteri Penerangan?2011/06/10\n\n\n\n\n\n\n\nKETIKA ini rambut Cik Normah beralun dan berombak manja dibelai angin yang bertiup kencang menyampaikan cerita kononnya Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Farid Ridzuan, akan meninggalkan MPB selepas kira-kira enam bulan beliau ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).\rJangan terkejut, Datuk Seri Farid kita yang memang meletup ini bukan diberhentikan daripada MPB, sebaliknya jawatan lebih hebat dikhabarkan bakal diamanahkan kepadanya. \r\n\n\n\n\rCik Normah tak tahu sejauh mana kebenaran gosip berkenaan, tetapi kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Sekarang ini sudah kecoh desas-desus mengatakan Farid antara calon yang akan dilantik sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Entah betul, entah tidak, memang Cik Normah tidak dapat nak pastikan, tetapi itulah cerita yang sampai ke telinga Cik Normah. \r\r\n\n\n\n\nAmboi! hebat sungguh Abang popular yang seorang ini. Daripada dikurniakan gelaran Datuk Seri hasil sumbangannya dalam bidang penyiaran negara dan kini bakal bergelar Menteri pula. Cik Normah memang tumpang gembira sekiranya berita itu benar belaka.\rKalau betul Farid menjadi orang nombor satu di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), bermakna RTM, FINAS, Istana Budaya akan berada di bawah tanggungjawabnya. Bagus juga tu, sekurang-kurangnya bolehlah Farid membawa perubahan baru terutama kepada RTM. \rBukannya apa, Cik Normah tengok RTM bagaikan agak sukar sikit untuk berkembang. Kalaupun usia sudah mencecah senja, janganlah kita hendak menjadi suram. \rSebaliknya, apabila usia makin meningkat, RTM pun kenalah lebih produktif, agresif sesuai dengan pengalaman yang dimiliki. Ini tidak, ia seakan-akan suram dan muram saja.\rCik Normah memang tak sabar nak tengok Datuk Seri Farid mengubah struktur RTM. Kalau tak semua, dapat ubah sebahagian pun jadilah. Biarlah RTM tidak lagi digelar stesen penyiaran yang sudah senja. Bila lagi nak berubah kalau asyik di takuk lama saja kan?

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.247084 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list