CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

Calon kroni pilihan APM?

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Calon kroni pilihan APM?Oleh Farihad Shalla Mahmud2011/06/10\n\n\n\n\n\n\n\nPenganjur nafi proses pemilihan dibuat atas dasar pilih kasihSEDEKAD menjadi platform untuk negara serantau Singapura, Malaysia dan Indonesia memartabatkan artis masing-masing serta memperkembangkan populariti mereka ke negara terbabit, supaya tidak digelar jaguh kampung, nampaknya belum cukup kebal untuk menghalang Anugerah Planet Muzik (APM) daripada terus dilemparkan dengan pelbagai kritikan.\rSepatutnya dalam usia sebegitu, acara anugerah anjuran Mediacorp ini sudah tidak perlu dipertikaikan kredibilitinya kerana sejak sembilan tahun penganjurannya ada juga impak positif yang berjaya diketengahkan pihak penganjur. Paling ketara, acara itu berjaya menghimpun pemuzik, karyawan, artis dan peminat muzik serantau serta menyatukan mereka.\r\n\n\n\n\rNamun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sebaik saja wakil penganjur, Amin Hussein, Pengarah Urusan Beyond Events Sdn Bhd mengumumkan senarai Top 5 APM 2011, ramai yang berkerut dahi sebagai tanda tidak berpuas hati dengan senarai finalis yang didedahkan.\r\r\n\n\n\n\nBukan saja dilihat sebagai anugerah kronisme kerana kebanyakan calon ada kaitan dengan pihak penganjur, tetapi ramai juga yang tertanya-tanya mengapa kebanyakan artis yang benar-benar popular seperti Yuna dan Mizz Nina tidak termasuk dalam senarai peringkat akhir, walhal penyanyi generasi baru itu sudah mencipta nama sehingga ke Amerika Syarikat.\rItu belum lagi persoalan mengenai senarai lagu popular Malaysia yang disenaraikan ke peringkat akhir. Walaupun menggunakan istilah popular, namun itu mungkin sekitar dua tahun dulu dan bukannya sekarang.\rPada sidang media selepas senarai Top 5 diumumkan, penganjur diminta menjelaskan persoalan yang ditimbulkan supaya APM yang ke-10 tahun ini tidak dicemari dengan budaya kronisme dan pilih kasih.\rMenjawab isu panas yang dikemukakan itu, Amin berkata, tidak wujud soal pilih kasih seperti yang dibangkitkan media. Katanya, semua senarai pencalonan akhir melalui satu proses penjurian yang sangat telus.\r\n\n\n\n\r\"Saya tidak faham mengapa senarai finalis kali ini dikatakan sebagai kroni penganjur sedangkan kami tiada artis kecuali Datuk M Nasir yang berada di bawah pengurusan kami. Itupun dia sekadar membuat persembahan saja. Apa yang kami tahu, senarai artis dicalonkan sendiri oleh syarikat rakaman.\r“Dari segi penjurian, kami memilih juri profesional daripada tiga negara itu. Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan siapa mereka kerana itu adalah urusan pihak Mediacorp. Mengenai nama Yuna dan Mizz Nina yang tiada dalam senarai, ia disebabkan mereka tidak menghantar album masing-masing untuk dinilai.\r“Mengenai isu lagu popular yang dikatakan sudah tidak relevan dengan situasi masa kini pula, ingin saya jelaskan bahawa untuk kategori itu sebenarnya, kami melihat dari segi lagu yang paling banyak dimuat turun peminat. Kami mendapatkan senarai itu daripada tiga syarikat telekomunikasi,” terang Amin panjang lebar.\rBatal kerana kesuntukan waktu\rTAHUN lalu, sepatutnya acara ini diadakan di Malaysia selepas Indonesia pada tahun sebelumnya. Namun entah di mana silapnya, APM tidak diadakan pada tahun itu. Tindakan penganjur membatalkan acara berprestij itu dilihat seperti mereka tidak serius dalam menganjurkan APM yang dianggap penting untuk memartabatkan industri muzik negara serantau.\r“Kami memang serius menganjurkan acara itu, namun apa yang berlaku tahun lalu adalah disebabkan masalah teknikal dan juga ketiadaan bajet. Disebabkan kesuntukan masa, jadi kami terpaksa membatalkan acara itu walaupun pada awalnya kami merancang mengadakan sambutan besar-besaran menjelang sambutan ulang tahunnya yang ke-10.\r“Bajet untuk menganjurkan acara itu bukannya calang-calang. Di Singapura saja, jumlah yang diperlukan adalah lebih kurang RM1 juta. Bagaimanapun, kami akan sedaya upaya untuk menganjurkan acara ini setiap tahun walaupun ada kekangan dari segi kos penganjuran,” kata Amin sambil menjelaskan senarai pencalonan tahun ini meningkat sebanyak 33 peratus.\rSebanyak 15 kategori dipertandingkan pada tahun ini dan maklumat mengenai senarai penuh pencalonan akhir boleh dilihat menerusi laman sosial https://www.facebook.com/Anguerah.Planet\rDidie pengacara baru APM\rBUKAN lagi Aznil Nawawi tetapi tanggungjawab sebagai pengacara majlis anugerah itu bakal terletak di bahu pelakon yang sering membawakan watak komedi, Didie Alias. Jika ramai yang terkejut dengan pengumuman itu, apatah lagi dengan si empunya diri. Sebaik saja diberitahu penganjur berminat untuk melamarnya menjadi pengacara APM dan digandingkan dengan pengacara popular dari Singapura dan Indonesia, Didie mengakui khabar itu cukup mengejutkannya.\r“Apabila mereka kata mahu melamar saya menjadi pengacara APM, saya terus terbayang wajah Aznil di depan mata. Memang terkejut kerana tidak sangka ditawarkan dengan tugasan yang saya anggap mencabar itu. Saya ada juga menonton APM dan saya tak nafikan, tanggungjawab saya cukup besar. Saya harap semuanya akan berjalan lancar,” katanya.\rSambung Didie yang sejak kebelakangan ini begitu terkenal dengan imej pelik ala penyanyi sensasi Lady Gaga, dia menerima jawapan melucukan daripada penganjur sebaik saja ditanya mengapa dirinya menjadi pilihan.\r“Bila saya tanya Amin mengapa mereka memilih saya, jawapan yang diterima adalah, sewaktu dia sedang memikirkan siapakah pengacara yang sesuai, tiba-tiba wajah Didie hadir dalam mimpinya. Jawapan spontan itulah yang membuatkan saya ketawa. \r“Memandangkan acara ini akan berlangsung tidak lama lagi, saya akan gunakan waktu yang ada untuk mengkaji gaya pengacaraan hos sebelum ini. Pesan penganjur, mereka tidak mahu terlalu formal dan mahu saya mengendalikan acara itu dengan penuh santai, dengan cara saya tersendiri,” kata Didie yang muncul dengan gaya rambut ala Marilyn Monroe pada majlis yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Rabu lalu.\rAPM bakal berlangsung pada 15 Julai ini bertempat di Max Pavilion, Singapore Expo, jam 8.30 malam.\rAntara artis yang mengadakan persembahan termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah, Faizal Tahir, Hady Mirza, Melly Goeslow, Rossa dan Afgan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.037806 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list