CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105|Reply: 0

Jadi Bualan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
1. Gambit buat gempar lagi\rBARU saja kecoh mengenai namanya digugurkan daripada pementasan teater muzikal 60-an, Kenangan Mengusik Jiwa, pelakon baru Gambit Saifullah sekali lagi menarik perhatian penggemar dunia hiburan tempatan menerusi klip video lagu Marilah nyanyian Prema Yin yang diarahkannya. \r\n\n\n\n\r    Klip video yang turut menampilkan pelakon Shahz Jaszle itu dikatakan memaparkan babak berunsur seksual. Ramai pihak yang mengecam dan menyelar kewujudan klip video lagu itu termasuklah Sasterawan Negara, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala). \r\r\n\n\n\n\n    Gambit dalam kenyataannya sebelum ini mahu memasarkan klip video itu ke pasaran luar negara terutama Amerika Syarikat. \rKatanya lagi, klip video itu dibikin sedemikian rupa bagi memenuhi piawaian antarabangsa. Gambit membikin klip video itu juga bukan untuk memuaskan hati penonton atau peminat, sebaliknya atas kepuasan sendiri. \rGambit, Prema dan Shahz masing-masing sudah mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar baru-baru ini untuk mempertahankan pendirian mereka. Gambit juga dikatakan enggan memohon maaf kepada pihak tertentu kerana menulis dengan perkataan kasar di laman sosial, Twitter. Apa yang dilakukannya  sekadar membalas serangan peribadi yang dibuat oleh segelintir penulis blog terhadapnya.\r2. Ledakan Neelofa \r\n\n\n\n\rPELAKON baru, Noor Neelofa Mohd Nor atau nama glamornya, Neelofa ini terus menjadi sebutan ramai dalam industri hiburan sejak kebelakangan ini. Bakat lakonannya dikatakan belum pun teruji apatah lagi dipuji kerana masih dianggap hijau dalam persada seni. \rNamun, kecantikan, keseksian, pesona dan aura yang dimiliki pemenang Dewi Remaja 2010 ini mula disifatkan sebagai ‘The Next Big Thing’ dalam liga seni tempatan. Tidak hairan, dia mula menjadi perhatian hingga menjadi pilihan ramai untuk diabadikan wajahnya di muka depan sama ada ruangan hiburan akhbar arus perdana mahupun majalah hiburan. \rNamun, di sebalik itu, pelakon drama Kitab Cinta arahan Badarauddin Azmi (Bade) itu mula dicemburui ramai hingga gosip kurang molek mula bertandang di kanvas seninya. Mulanya dia dituduh sebagai perampas dan pemusnah kebahagiaan cinta Shahz Jaszle dan Maria Farida yang sudah pun kecundang. \rKemudian, gadis berdarah campuran Melayu-Arab itu pula dituduh sebagai pelakon baru yang tidak berdisiplin. Terbaru, dia dikaitkan turut terpalit dengan hubungan intim bersama VIP dan kerabat diraja. Malah, Neelofa dikatakan terlalu gemar menjaja kisah terbabit kepada pihak dalam industri hiburan untuk membolehkan dirinya menjadi bahan gosip, sekali gus pantas dikenali ramai. \rMenariknya, lelaki yang dimaksudkan itu dikatakan pernah menjalinkan cinta dengan beberapa orang artis popular tempatan. Bagaimanapun Neelofa dalam kenyataan terbarunya menafikan semua itu. \r3. Fasha vs Iqram Dinzly\rTUMPUAN kali ini bukan siapa gerangan kekasih yang kembali bertakhta di hati Fasha Sandha. Biarpun ada yang mula menebak gerangan lelaki itu, Fasha nyata lebih selesa mengunci mulut. Namun, apa yang menjadi perhatian sepanjang minggu lalu ialah keluhan dan luahan Fasha mengenai sikap seorang pelakon muda menerusi laman Twitter miliknya. \rRamai beranggapan pelakon yang dimaksudkan pemilik salun Chinta itu merujuk kepada Iqram Dinzly. Apatah lagi, mereka dikatakan bergandingan sebagai pelakon drama Dewa Chintaku yang sedang menjalani penggambaran di Port Dickson, Negeri Sembilan. \rBagaimanapun Fasha dalam beberapa status Twitternya tidak menjelaskan siapa pelakon dimaksudkan itu.  Fasha mendakwa pelakon muda itu tidak berdisiplin apabila datang lewat empat jam ke lokasi hingga dirinya menunggu begitu lama. Fasha mendakwa waktu call time untuk semua pelakon terbabit ialah jam 8 pagi dan dirinya sudah sampai jam 7.45 pagi, tetapi pelakon lelaki itu sampai waktu tengah hari. \rMenurut Fasha, dia tidak bermaksud untuk memperbesarkan isu itu. Apa diluahkannya di laman sosial popular itu hanya sekadar luahan perasaan. Mengenai soal masa, pelakon jelita itu memang cukup dikenali dengan sikap yang amat menghargai dan menghormati waktu. Fasha dan pelakon yang dimaksudkan itu (kononnya Iqram) bagaimanapun kini dikatakan sudah berdamai.\r4. Siapa cinta baru Nora Danish?\rSELEPAS timbul isu yang dikatakan tidak mahu lagi berimej seksi atau memakai pakaian yang ada unsur seksi sekembalinya daripada mengerjakan umrah dua bulan lalu, pelakon Nora Danish kini juga mula diperkatakan ramai peminat mengenai soal cinta terbarunya. Ramai peminat mula bertanya siapa lelaki biasa yang mula bertakhta di hatinya selepas berpisah dengan Jejai. \rSebelum lelaki biasa yang dimaksudkan Nora, dia sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang kerabat dari Terengganu. Tapi cerita itu berakhir begitu saja. Malah, Nora sendiri tidak kenal siapa kerabat raja yang dimaksudkan itu. Yang penting, hati Nora kini kembali berbunga-bunga. Ibaratnya doa untuk dipertemukan jodoh seperti dimintanya ketika berdoa di Tanah Suci Makkah seperti memberi bayangan ia sudah dimakbulkan. Cuma, identiti lelaki terbabit masih kabur gerangannya. Nora masih cuba berahsia. Harapnya hubungan itu akan berakhir ke jenjang pelamin. Nampak gayanya, anak Nora, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram akan dapat bapa baru selepas ini. \rMengenai cerita yang bertebaran kononnya Nora nak berubah imej dari segi berpakaian, hakikatnya pelakon itu berkata, kenyataan itu bukan terpacul daripada mulutnya sendiri. Nora sendiri pelik bagaimana cerita itu boleh tersebar sedangkan dia tidak pernah memberi apa-apa kenyataan. Mungkin, Nora tetap mahu seksi lagi selepas ini?\r5. Shahir, Rozita sakit!\rJUARA Akademi Fantasia 8, Shahir Zawawi dilaporkan mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selepas terjatuh di bilik air di kampung halamannya di Kampar, Perak. Pelakon filem Karak itu ditimpa musibah itu Sabtu lalu. \rDilaporkan, ketika ini Shahir sedang bercuti di kampung halamannya dan terpaksa menyambung cuti lagi untuk berehat sebelum kecederaan itu sembuh sepenuhnya. \rDi sebalik kisah itu, wanita yang rapat dengan Shahir dan dikaitkan sebagai pasangan bercinta, Rozita Che Wan, juga dikatakan sedang berada di sebuah hospital di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini, kerana mengalami demam kuning. Barangkali Rozita terlalu sibuk bekerja hingga ditimpa sakit. Atau, mungkin emosinya terganggu dek gara-gara Shahir tidak mahu mendedahkan kisah sebenar cinta mereka. Semoga kalian berdua cepat sembuh ya!

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.099840 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list