View: 142|Reply: 0
|
Reviu CD: Idealisme pudar
[Copy link]
|
|
Album: Setengah Mati Merindu\rArtis: Judika\rGenre: Pop Rock\r\n\n\n\nEdaran: Sony Music Entertainment\r\rPERNAH diberitakan bakal menjadi vokalis Dewa 19, perpindahan naib juara Indonesian Idol ke Sony Music juga memperlihatkan pemuda dari Sumatera ini mengorbankan idealisme muziknya. Jejaka yang popular dengan lagu Rayuan Gombal itu terpaksa tunduk kepada kehendak pasaran, lantas Setengah Mati Merindu membawa dimensi baru dalam nyanyiannya.\r\n\n\n\n\n\rProduksi terbaru Judika ini menawarkan perisa yang beragam, daripada pop rock, R&B malah pop Melayu. Judika ternyata lebih memahami apa yang dimahukan peminat, selepas album perdananya, One yang dilancarkan pada 2006 cuma mampu dinikmati segelintir kecil peminat.\rSetengah Mati Merindu, ciptaan Ade Domino dan susunan muziknya digarap Tohpati dipilih sebagai single pertama. \rMengorbankan idealisme muzik dan cara nyanyiannya yang cenderung kepada nada tinggi, Setengah Mati Merindu dihasilkan untuk lebih mendekati peminatnya.\rJudika turut memberikan sentuhannya untuk lagi seperti Andai, Aku Yang Tersakiti dan Ku Tak Mampu. Dia turut merakamkan semula lagu yang pernah dipopularkan Harry Moekti, Satu Kata.\r\n\n\n\n\rMeskipun mengetengahkan pengisian yang beragam, Judika masih mengekalkan identiti rock yang sinonim dengan dirinya. \rSuntikan itu jelas terkesan pada permainan gitar serta gaya penyampaian Judika yang masih kental dengan nuansa rock yang membentuk dirinya sebagai penyanyi. \rMenerapkan sedikit elemen pop leleh, identiti Judika belum hilang sepenuhnya. Judika bertuah kerana memiliki karakter vokal yang tersendiri, lantas tidak menyukarkan penggemar untuk menebak siapa penyanyinya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|