CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Terkilan dituduh menipu

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
BEKAS penyampai XFM, Nana, menafikan segala desas-desus mengatakan dia meninggalkan stesen radio itu semata-mata untuk menyertai Hot FM. Tindakan itu terpaksa dilakukannya di laman sosial Twitter, berikutan isu itu sendiri seakan menjadi semakin hangat. \rNana yang dihubungi Hip Jumaat lalu melahirkan rasa terkilan dan sedih apabila beberapa pihak termasuk teman sendiri menuduhnya menipu.\r\n\n\n\n\r\"Saya tidak tipu. Memang saya keluar XFM atas sebab saya mahu jaga anak saya sendiri. Saya berhenti kerja bukan sebab saya mahu bekerja dengan Hot FM. Saya ditawarkan bekerja dengan mereka pun hanya selepas saya berhenti daripada radio terdahulu,\" jelas Nana.\r\r\n\n\n\n\nBelum menandatangani sebarang perjanjian, bagaimanapun Nana mengaku dia menerima tawaran daripada pihak Hot FM. Tindakan itu pun dilakukannya setelah dimaklumkan dirinya hanya perlu bertugas selama empat jam saja, pada hujung minggu.\r\"Saya terima tawaran ini juga sebab saya masih boleh membesarkan anak saya sendiri,\" katanya sambil memberitahu, niat menerima lamaran daripada stesen radio terbabit mendapat restu suami.\rNana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, turut menjelaskan, suaminya Mohamed Raqeem Brian bersetuju untuk menjaga anak mereka yang kini berusia tujuh bulan, secara bergilir-gilir.\r\"Suami juga izinkan saya bekerja. Ketika itu, dia akan menjaga anak kami kerana dia bercuti pada hujung minggu. Saya harap tidak ada pihak yang salah faham lagi selepas ini dan terus menganggap saya berhenti semata-mata mahu menerima tawaran daripada Hot FM,\" katanya.\r\n\n\n\n\rKetika ditanya apakah bekas majikan turut memberi tawaran yang sama seperti Hot FM, yang membolehkan dia bekerja hanya pada hujung minggu, wanita ini menjawab ringkas.\r\"Tidak. Saya bagi tahu saya mahu berhenti untuk menjaga anak dan mereka bersetuju,\" tegasnya.\rKatanya lagi, sedikit pun dia tidak pernah terlintas untuk menipu sesiapa, malah dia sanggup bersumpah atas nama keluarga, anak dan suami, yang dia hanya menerima tawaran itu selepas berhenti daripada stesen lama. \rJelasnya, mungkin pihak Hot FM ada terbaca di akhbar dirinya sudah berhenti daripada XFM, lantas berminat menawarkan dirinya bekerja dengan mereka pula.\rNana yang sentiasa ramah ini turut memberitahu, tawaran daripada Hot FM itu diterima kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tanggungan suami dan menambah pendapatan diri.\r\"Sekarang saya tidak bekerja dan tidak terikat. Jadi saya tiada pendapatan. Dengan bekerja pada hujung minggu, sekurang-kurangnya saya dapat membayar duit ansuran kereta, melabur dalam ASB dan lain-lain lagi. Bila saya bekerja, ada juga duit poket,\" katanya yang tidak mahu terlalu bergantung pada pendapatan suami.\rKetika diajukan soalan adakah tawaran daripada stesen radio yang beroperasi di Sri Pentas, Bandar Utama itu lebih lumayan daripada XFM, Nana tangkas menafikan.\r\"Bayaran saya adalah seperti pekerja sambilan yang lain. Tidak ada yang lumayan kerana saya hanya bekerja selama empat jam seminggu,\" katanya yang kini giat menyediakan kertas kerja bagi sebuah rancangan televisyen.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.392941 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list