CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 0

Pelakon cerdik hidupkan cerita

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Mak Dara Nyonya janjikan persembahan tak kering gusi\rDI atas pentas, berdiri tiga wajah popular - Sarimah Ibrahim, Misha Omar dan Norzizi Zulkifli. Berkebaya rona terang menyala lengkap bersanggul lintang, namun bukan kostum yang memancing mata untuk mengikuti aksi mereka, sebaliknya lontaran dialog nyonya Indonesia yang sarat dengan jenaka membuatkan khalayak tidak kering gusi.\r\n\n\n\n\rYa... Teater Mak Dara Nyonya yang menggabungkan monolog serta mainan emosi mampu diterjemahkan tiga pendukung watak keponakan atau cucu saudara bersifat tamak haloba bagi menonjolkan isu perebutan harta datuk mereka daripada isteri muda si datuk bergelar Nyonya yang selama ini dianggap pengikis, sedangkan ironinya masing-masing punya agenda sendiri.\r\r\n\n\n\n\nWalau hanya satu babak dipertontonkan kepada media yang hadir pada majlis sidang media sebelum ia dipentaskan pada 6 hingga 12 Julai ini, di Matic Jalan Ampang, ia sudah cukup memberi gambaran betapa meriahnya dan cukup merugikan jika terlepas mengikuti persembahan yang sekali lagi mendapat sentuhan Rosminah Tahir selaku pengarah.\rMelengkapkan lagi ‘kekecohan’ ialah penampilan Sherry Syed Abdullah sebagai Nyonya yang begitu ‘kena’ dengan watak. Jika selama ini tugasnya lebih kepada belakang tabir, apabila diberi peluang beraksi, penampilannya memang tidak mengecewakan malah memberi nafas terhadap teater yang sudah dipentaskan sebanyak empat kali itu.\rPenerbitnya, Siti Rohayah Attan berkata, pengguguran nama seorang pelakon yang sepatutnya membawakan watak utama disebabkan masalah disiplin mempunyai hikmah apabila barisan yang ada kini termasuk penyampai Hot FM, Fara Fauzana, dilihat sebagai kombinasi sempurna sekali pun berlaku pertukaran watak pada saat akhir.\r“Seperti yang saya katakan, pelakon yang ada di pentas sekarang begitu gila-gila membuatkan karektor mereka begitu menjadi walau hanya dalam tempoh dua hari latihan. Seperti Misha dan Sarimah yang pernah bekerja di bawah saya, mereka menjiwai watak, begitu juga Sherry yang cukup kena menonjolkan imej Nyonya selaku wanita yang mengambil kesempatan daripada kekayaan suami.\r\n\n\n\n\r“Apa yang pasti, pemilihan barisan pelakon memang kena pada setiap watak dan paling penting, mereka cerdik dalam lakonan membuatkan segala-galanya berjalan lancar. Saya yakin latihan intensif hingga hari pementasan nanti mampu menyerlahkan Mak Dara Nyonya dalam versi lebih segar,” katanya mengenai pementasan terbitan CTRA Production.\rPenyanyi Pulangkan, Misha, yang membawakan watak Keponakan C mengakui teruja sebaik saja diajukan tawaran beraksi dalam pementasan ini sekali pun terpaksa mengenepikan beberapa undangan lain kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap teater terbabit.\r“Cabarannya sangat besar apabila dialog agak panjang membuatkan saya perlu bekerja lebih keras terutama dalam menghafal. Selain memahami kisah ini sepenuhnya, saya akui pasukan yang bagus dan sekepala membuatkan setiap babak dilalui dengan mudah apabila masing-masing saling ‘memberi’ serta mengetahui karakter lawan.\r“Jika tidak dibayar sekali pun saya rela bekerja dengan pementasan ini kerana peranan yang diberi cukup berbeza daripada watak pernah saya jayakan, malah impian saya untuk berkongsi pentas dengan Juhara Ayob turut direalisasikan. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu, begitu juga Norzizi yang sudah berada dalam dunia pengarahan teater. Rakan lain termasuk Sarimah, Fara serta pasukan produksi juga banyak membantu,” katanya yang mengakui ia proses pembelajaran yang sangat berharga.\rRezeki Norzizi\rBAGI Norzizi, hebahan mengenai Mak Dara Nyonya yang dibaca di dada akhbar mendorongnya menghubungi Rosminah bertanyakan jika ada kekosongan kerana menyifatkan pementasan itu punya tarikan tersendiri. Namun terselit rasa kecewa apabila dikhabarkan setiap watak sudah ada pendukungnya.\rPanggilan yang diterima beberapa hari selepas itu membuatkan senyuman pelakon, pensyarah dan penggiat teater itu berbunga semula kerana dimaklumkan watak Keponakan A adalah miliknya.\r“Ada sesuatu mengenai teater ini yang membuatkan saya terpanggil untuk menyertainya, apatah lagi selepas bercuti daripada berlakon sejak beberapa tahun lalu untuk menumpukan perhatian terhadap pengajian. Sekembali dari London, saya lebih kepada kerja pengarahan. Jika berlakon pun sekadar watak kecil tetapi Mak Dara Nyonya seakan menarik saya untuk membintanginya.\r“Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata terutama bayi enam bulan yang masih menyusu badan, serta pensyarah di universiti, saya perlu bijak membahagikan masa untuk keluarga, kuliah dan latihan. \rKudrat mungkin tidak terjangkau namun saya mencabar diri demi pementasan ini. Sangat menyeronokkan malah saya sendiri tidak sabar menanti harinya,” katanya yang pernah menonton teater berkenaan di Istana Budaya.\rJika pementasan terdahulu memfokus pada kisah Nyonya, teater yang turut meraih kerjasama Jamu Mak Dara, Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Istana Budaya dan Festival KL 2011 itu pula menonjolkan dua cerita berbeza, iaitu menggabungkan kisah hidup nyonya dan ibu Halimah selaku pengasas Jamu Mak Dara.\rDiolah dengan indah tanpa mengganggu versi asal, kronologi hidup Mak Dara yang pernah bergelar Ratu Kebaya sebanyak 12 kali juga agak menyedihkan apabila dari sebuah istana, dia hidup merempat hingga pernah berteduh beratapkan kotak. Tetapi berkat didikan anak-anaknya, wanita cekal itu terus berdiri membina semula kehidupannya.\rSeperti Nyonya, Mak Dara dipersembahkan secara santai apatah lagi seorang lagi nama popular di arena teater, Juhara Ayob dipertanggungjawabkan menghayati peranan terbabit yang pastinya tidak semudah disangka kerana dipenuhi monolog selain emosi dalaman yang hanya calang-calang pelakon mampu membawakan watak sebegitu.\rINFO\rORANG ramai yang mahu mengikuti pementasan ini, tiket boleh didapati pada harga RM32, RM52 dan RM82 dengan membuat tempahan di www.tiket2u.biz atau hubungi 03-41478600 atau 017-2004249.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.041637 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list