CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Kasih Kita

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Janji menyatukan Hunny Madu dengan Anuar Zain\rSELEPAS hampir empat tahun mengerah idea demi mendapatkan hasil yang terbaik, kini Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 27, tampil bersama album terbarunya yang diberi judul Pulau Janji.\r\n\n\n\n\rPenyanyi dan juga Penyampai radio Fly FM yang mula menulis lagu sejak dari usia 12 tahun ini berkata, album penuh pertamanya itu mengetengahkan pelbagai konsep dari jazz, hip hop, rap hingga pop, menghabiskan masa kira-kira setahun di studio sebelum sampai ke tahap yang memuaskan hati.\r\r\n\n\n\n\nAntara yang menarik dalam album Pulau Janji apabila terdapat lagu menggandingkan suaranya dengan Anuar Zain dengan judul yang romantik sekali iaitu Kasih Kita. \rWanita bertubuh langsing biarpun sudah berstatus isteri ini, ternyata bersungguh-sungguh terhadap album ini. Dan, seperti kebanyakan penyanyi, dia juga turut menaruh harapan agar albumnya mendapat sokongan daripada peminat dan pendengar. \r\"Seperti judul yang diberi, Pulau Janji adalah tempat konsep di mana saya meluahkan kesemua buah fikiran termasuk hasil nukilan yang berbentuk muzik ataupun puisi. \r\"Boleh dikatakan semasa pembikinan album ini, idea saya datang mencurah-curah dan banyak lagu yang datang menerusi mimpi-mimpi saya, kemudiannya diterjemahkan ke dalam melodi atau tulisan. \r\n\n\n\n\r\"Selesainya album ini, bermakna saya sudah keluar dari lokasi khayalan saya, Pulau Janji yang diberi nama khusus buat hasil titik peluh saya ini yang dicipta untuk peminat di luar sana,\" katanya yang ditemui di Kuala Lumpur Performing Acts (KLPAC) bagi menjayakan pelancaran albumnya baru-baru ini.\rAlbum edaran Laguna Music ini memuatkan 12 lagu yang terdiri daripada tujuh lagu berbahasa Melayu dan lima Inggeris.\rKesemua lagu ini adalah hasil ciptaan dan penulisan dirinya sendiri, selain paduan idea bersama beberapa produser seperti Rafikoncept, Bo Amir Iqram, Mohd Hazri Shihabuddin dan Selvam Gana.\rTambah menarik lagi, album ini turut menampilkan lagu duet Hunny bersama dua penyanyi yang tidak asing lagi dengan kesyahduan dan kelunakan suara masing-masing iaitu Anuar Zain dan penyanyi soul, Najwa Mahiaddin.\rBukan calang-calang nama, Hunny akui dia memakan masa hampir empat tahun untuk menyiapkan lagu tersebut demi merealisasikan impiannya untuk berduet bersama idolanya yang juga penyanyi lelaki terkenal dengan lagu Sedetik Lebih itu.\r\"Lagu duet berkonsepkan balada yang diberi tajuk Kisah Kita itu adalah sepenuhnya hasil ciptaan saya khas buat Anuar.\r\"Semua pastinya tahu bahawa Anuar Zain, adalah penyanyi yang amat selektif serta cerewet dalam pemilihan lagu dan disebabkan itu saya merasai sangat bertuah dan gembira kerana abang Anuar menyukai lagu saya dan sekali gus bersetuju untuk berpadu suara bersama.\r\"Ia adalah suatu proses pembelajaran yang menyeronokkan dan juga proses yang panjang bagi menyiapkan lagu berkenaan, namun ia adalah peluang yang berharga yang saya tunggu sejak sekian lama lagi kerana sememangnya dari zaman remaja lagi, saya meminati karya seni dan barisan lagu nyanyiannya. \r\"Demi menjayakan lagu ini, buat pertama kali saya menghadiri kelas vokal bersama Lah Ahmad. Lagu ini saja mengambil masa dalam enam hingga tujuh bulan untuk menyiapkannya,\" ujarnya yang turut berduet bersama Najwa menerusi lagu \'Hey R\'.\rBagaimanapun, Hunny menolak sangkaan bahawa dia mahu menumpang populariti dua penyanyi berbakat berkenaan bagi melariskan album pertamanya itu.\rImpian seorang wanita\rSELAIN itu, menerusi Pulau Janji ini, Hunny yang juga bergelar pengacara ini mempertaruhkan dua single pertama yang berlainan bahasa, iaitu ‘Dari Masa Hadapan sebagai single pertama versi Bahasa Melayu, manakala lagu berbahasa Inggeris ialah lagu yang berjudul, Out There.\rBakat seni wanita berusia 27 tahun ini terserlah apabila turut mahu dikenali sebagai penyampai radio Fly FM, pengacara, pencipta lagu, dan penyanyi. \rMengenai kerjayanya, penyanyi yang sudah mendirikan rumah tangga setahun yang lepas ini berkata di samping bergelar isteri, Hunny juga merancang untuk memiliki anak dalam tahun hadapan.\r\"Tahun ini saya sibuk menyiapkan dan menguruskan pembikinan album Pulau Janji ini, dan kini saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Saya berterima kasih atas sokongan tiada penghujung dari suami dan keluarga, yang tidak putus memberi semangat meneruskan impian saya menghasilkan album.\r\"Seperti wanita lain, saya juga menyimpan impian untuk bergelar ibu dan dengan izin Tuhan serta adanya rezeki, saya ingin mempunyai anak. Saya tidak merancang tapi hanya menunggu rezeki dari Tuhan dan gembira dengan kehidupan saya sebagai isteri sekarang,\" katanya. \rINFO\rNama penuh: Hani Farhana Mohd Hatim\rTarikh lahir: 1 April 1984\rAsal: Kuala Lumpur\rKerjaya: Penyampai radio Fly FM, Pengacara, Pencipta Lagu dan Penyanyi\rBilangan adik-beradik: Anak kedua daripada empat adik-beradik\rPencapaian akademik: Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam dan Kewartawanan\rPencapaian dalam bidang seni: Menerima pencalonan dua tahun berturut-turut dalam Favourite Radio Show, Shout Awards.\rPendidikan: Sekolah Rendah Damansara Utama (1991-1996), Sekolah Menengah Damansara Utama (1997-2001), program berkembar di Kolej Damansara Utama (2002-2003) dan Universiti Murdoch, Perth, Australia (2004-2006)

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.962723 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list