View: 912|Reply: 0
|
Saman antara UMNO/BN dgn UMNO/BN
[Copy link]
|
|
Bekas jurugambar NSTP kemuka saman fitnah
2011/06/23KUALA LUMPUR: Bekas jurugambar The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mengemukakan saman fitnah terhadap Jabatan Penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan dua pihak lain berhubung berita disiarkan stesen televisyen itu dua tahun lalu yang didakwa memfitnahnya.
Khoo Heng Leong yang juga dikenali sebagai David Khoo memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada 24 Mei lalu melalui peguamnya M Manoharan, dengan turut menamakan pembaca berita RTM, Norhaslina Ibrahim dan Kerajaan Malaysia selaku defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Heng Leong berkata, pada jam 6 petang dan 8 malam 22 Ogos 2009, RTM1 menyiarkan berita yang disampaikan Norhaslina dan perkataan dibacakan dalam berita itu berserta dengan visualnya adalah satu fitnah terhadap dirinya serta berniat jahat.
Heng Leong berkata, perkataan dan visual ditayangkan bagi tontonan umum itu membawa maksud beliau menipu dan menganiaya seorang wanita warga emas beragama Islam dengan menghilangkan diri dengan bayi wanita itu ketika ibunya sedang menjalani hukuman penjara tiga bulan bagi kesalahan mengahwininya, seorang lelaki bukan Islam secara tidak sah.
Plaintif menegaskan, beliau tidak pernah mengenali wanita itu dan bukan suaminya seperti didakwa, malah tidak pernah mengahwini atau melarikan anaknya.
Katanya, berikutan penyiaran berita itu, reputasinya terjejas bukan saja daripada pandangan orang awam malah dalam pekerjaannya selain terancam dari segi kehidupan, kekeluargaan dan agamanya.
Mahkamah Tinggi menetapkan 13 Julai ini bagi sebutan kes.
Source: Berita Harian
TV3 suku...Berjaga-jaga ya |
|
|
|
|
|
|
| |
|