CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Pak Pandir di DBP

[Copy link]
Post time 24-6-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dipentaskan percuma selama dua hari bermula esokRAMAI mengenali karektor Pak Kaduk dalam cerita rakyat, seorang lelaki yang memiliki sikap gopoh-gapah dan tidak pandai membuat keputusan.\rMalah, sikap yang dimiliki Pak Kaduk itu dapat dilihat dalam kehidupan seharian sehingga membawa kepada pementasan teater, Menang Sorak Kampung Tergadai.\r\n\n\n\n\rTeater jenaka berunsur satira yang dipentaskan pada esok dan Ahad ini (26 Jun) menceritakan mengenai Pak Kaduk yang sentiasa bernasib malang akibat kelalaian diri sendiri adalah sebuah naskhah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).\rIa dipentaskan sempena dengan ulang tahun ke-55 penubuhan DBP.\r\n\n\n\n\n\rMelalui naskhah ini, beberapa fragmen diangkat dan diselang-selikan dengan situasi semasa yang secara umumnya adalah satu kritikan sosial kepada masyarakat pada hari ini. \rPengurus Projek teater itu, Sharrul Rizal Hashim berkata, teater Menang Sorak Kampung Tergadai pernah dipentaskan di DBP Wilayah Timur tahun lalu dan mendapat sambutan menggalakkan.\r“Melihat kepada sambutan yang menggalakkan itu, kami berbesar hati membawa naskhah terbabit untuk di pentas di sini sempena ulang tahun DBP.\r“Selain berhibur dengan karektor Pak Kaduk, penonton dapat menyelami isi kandungan dan jalan cerita yang hendak disampaikan untuk diterapkan dalam kehidupan seharian,” katanya.\rKarya Zack Zaidin yang diolah semula dan diarahkan oleh Hassan Ali itu dipentaskan di Auditorium DBP, Jalan Dewan Bahasa di ibu negara secara percuma.\rTeater terbabit akan menampilkan penyanyi lagu rakyat, Roslan Madun yang berperanan sebagai pencerita selain penggunaan props yang minimum serta rumah kampung bagi menggambarkan suasana itu nanti.\r“Kita menjangkakan pementasan ini mendapat sambutan yang hebat daripada khalayak di Kuala Lumpur memandangkan persembahan berlangsung selama dua hari dan secara percuma.\r“Ada dua dimensi dalam pementasan ini iaitu suasana zaman dulu dan kini yang akan diselang selikan serta dihubungkan antara keduanya dengan gurindam oleh Roslan,” jelasnya.\rPementasan selama sejam 15 minit itu turut menampilkan aktivis teater dari Wilayah Timur, Husain Ismail sebagai Pak Hussin, Abdul Hadi Yusoff (YB) dan Mohamood Ismail (Orang Kaya).\rManakala watak Pak Kaduk dijayakan oleh bakat baru, Mohd Asri Anwar yang turut dibantu, Nurul Fathiah Sabri (Mak Kadok), Mohd Hafizie Roslan (Jiman), Mohd Ensan Ramli (Pegawai), Nik Muhammad Syamim (Karupan) dan Osman Daud (Wak Londeh).    \rOrang ramai yang ingin menyaksikan pementasan terbabit bolehlah mendapatkan pas percuma dengan menghubungi Malissa Ab. Malik melalui talian 03-21483671.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.060096 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list