CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 2

Tidak berselindung

[Copy link]
Post time 28-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Eira mengaku hubungan dengan Azad semakin intim\rSELEPAS mengenali hati budi masing-masing selama tiga tahun, pasangan yang semakin intim bercinta Eira Shazira dan Azad Jazmin tidak menolak dakwaan mereka kini sedang menantikan hari bahagia. \r\n\n\n\n\rGara-gara dilanda pelbagai gosip yang bukan-bukan sepanjang perhubungan mereka, secara tidak langsung menjadikan diri mereka semakin matang melalui perjalanan hidup.\r\r\n\n\n\n\nKeserasian mereka semakin menyerlah apatah lagi kedua-dua pelakon yang pernah bergandingan bersama sebagai suami isteri  dalam filem Ngangkung itu akan mengumumkan cerita gembira kepada semua peminat apabila tiba masanya nanti.\rMeluangkan masa untuk ditemu bual bersama Hip Jumaat lalu di Taman Tasik Titiwangsa, jelas memperlihatkan keintiman mereka. Sesekali terdengar panggilan ‘Yang’ bererti sayang yang diucapkan Eira kepada jejaka berkulit hitam manis itu.\rSebaik ingin menyelak helaian demi helaian memori indah mengenai perhubungan mereka, Eira pada mulanya tidak begitu selesa apabila diajukan mengenai perkara itu, bukan malu, namun kebetulan juga Azad ketika itu berada di hadapannya. \rNamun selepas diminta Azad untuk meninggalkannya, barulah Eira mula mengatur bicara mengenai perhubungan mereka.\r\n\n\n\n\rMenurut Eira, semuanya bermula daripada kegilaannya menonton filem hindustan dan menggemari aktor kacak Abhishek Bachchan.\r“Saya adalah peminat Abhishek Bachchan dan mula-mula mengenalinya saya agak tertarik dengan air mukanya yang seperti Abhishek Bachcan,” katanya yang juga tertarik dengan lelaki yang tinggi dan berkulit gelap seakan hero bintang Bollywood itu.\rKata Eira lagi, perhubungan mereka yang dianggap kawan rapat di awal perkenalan akhirnya berjaya menambat hati kecilnya untuk mengenali dengan lebih rapat bekas peserta realiti Audition terbitan ntv7 sekitar 2006.\r“Hubungan kami bermula dengan kawan, sepanjang tiga tahun saya senang dengan dia kerana dia banyak berfikiran positif daripada negatif terutama sokongannya terhadap kerjaya saya. \r“Saya nampak dia sudah lalui pelbagai dugaan dalam hidupnya, misi kini adalah menumpukan kepada kerjayanya dan masa depannya dengan serius,” katanya yang menyenangi karakter komedi Azad yang sering membuatkan dirinya dihargai.\rEira mengakui, sebagai sifat semula jadi yang dimiliki semua golongan Hawa, cemburu itu tetap ada di sebalik hati kecilnya.\r“Orang kata cemburu itu tetap ada, tetapi   terkawal, kebetulan kami menceburi bidang yang sama, berfikiran positif dan kepercayaan perlu ada dan untungnya kami kerana sejak dulu kami sering berkomunikasi dan berbincang dalam apa saja hal.\rApabila ditanya mengenai perhubungan mereka yang mengharapkan berakhir ke jenjang pelamin, Eira hanya mendiamkan diri untuk beberapa saat sebelum meneruskan kata yang dianggap klise sebagai ketentuan takdir.\r“Perkara itu saya tidak dapat untuk menentukan di mana berakhirnya perhubungan ini. Walaupun jawapan saya nampak klise,  kami berusaha untuk menjaga hubungan ini sebaik mungkin,” katanya.\rBegitu juga dengan Azad yang mengakui, walaupun kebenarannya mereka sedang bercinta, namun fokus utama mereka adalah untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka sebelum memikirkan lebih jauh.\r“Hubungan saya dengan Eira ini adalah hubungan bekerja, dari mata orang, memang nampak kami ini bercinta, kami bernaung di bawah satu bumbung bersama, kerap berlakon bersama, menjalani rakaman lagu bersama maknanya kami memang banyak masa bersama. \r“Keserasian yang dapat saya rasakan sejak hari pertama lagi mengenalinya, cuma nampak lebih ketara selepas setahun. Insya-Allah sekiranya kami dijodohkan akan bersama saya tidak menolak.\r“Memang ada kami berbincang untuk masa depan, namun buat masa sekarang ini kami terikat dengan syarikat dan mereka menasihati kami seelok-eloknya jangan kahwin lagi sebab mereka sudah melabur dan kami tidak mahu mementingkan diri sendiri,” kata Azad. \rNabil kawan dalam lakonan\rEIRA menolak dakwaan sedang menantikan jejaka yang lebih baik untuk melamarnya sekiranya didatangi dalam masa terdekat nanti. \rPun begitu, dalam perhubungan mereka yang semakin intim, sekali lagi gosip dilemparkan kepada Eira yang kononnya Eira kini juga sedang intim dengan penyandang tempat ketiga program Maharaja Lawak, Nabil Ahamd.\r“Saya tidak tahu dari mana datangnya cerita itu, mungkin kami sama-sama bujang. Saya faham, Nabil pun selalu digosip dengan pelbagai isu. Terus terang kami memang rapat disebabkan terbabit sama dalam penggambaran drama You Saka Pergi Jauh-Jauh.\r“Memang saya terkejut apabila ada orang nampak saya sedang berpegang tangan ketika sedang menuju ke gerai makan, itu semuanya tidak benar belaka, jika di dalam penggambaran drama itu adalah kami berpegang tangan, tetapi di luar tidak akan saya berbuat macam itu. Lagi pun saya tahu yang Nabil pun sudah ada yang punya.\r“Saya kenal keperibadian Nabil yang memang cepat ramah dengan sesiapa saja, namun jika benarlah kami bercinta takkan Azad bersama saya sekarang ini,” katanya yang tetap menafikan gosip yang keluar di dalam Bintang Popular, Berita Minggu, Ahad lalu.\rMuncul dengan album sulung\rPASANGAN bercinta ini juga sedang berdebar menantikan saat indah apabila album sulong mereka bakal diterbitkan dalam masa terdekat ini. Mereka berdua yang kini bernaung di bawah FG Music (FGM) akan mengembangkan satu lagi sayap seni dalam bidang nyanyian.\rEira akan muncul dengan albumnya berjudul Di Hati Ini, manakala dua single Azad Suara Rindu dan Meniti Waktu juga akan diperdengarkan tidak lama lagi.\rMenurut Eira, pembikinan albumnya itu mengambil masa setahun, malah melakukan persiapan rapi dengan mengikuti pelbagai kelas seperti nyanyian, vokal dan tarian.\r“Saya sebenarnya kini sedang berdebar-debar, saya juga belum tahu bagaimana untuk membahagikan masa selepas ini, apa yang pasti ia akan dilalui juga. \r“Untuk jadi penyanyi, mental kita harus kuat kerana kita akan berada di atas pentas berseorangan, berbeza dengan lakonan. Saya tidak berani untuk bercerita panjang sebab saya terlalu baru,” katanya yang mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Siti Hajar dan kelas menari bersama Shazlan. \rBagi Azad pula, dua singlenya yang dihasilkan penyanyi yang popular menerusi lagu Kau Pergi Jua, Adam Ahmad berjudul Suara Rindu kini sedang hits di dalam Youtube. Malah lagu itu juga menjadi lagu tema untuk drama bersiri Cinta Balkis terbitan TV3.\r“Alhamdulillah, ramai yang memberikan maklum balas yang positif lagu itu, lagu itu akan melalui proses ‘mastering’ dan dijangkakan akan keluar selepas raya tahun ini. Begitu juga dengan lagu Meniti Waktu ciptaan Adnan Abu Hassan akan keluar selepas raya tahun ini.\r“Kami juga merancang untuk melahirkan album duet atas permintaan peminat di laman sosial. Begitu juga dengan perancangan FG Music ingin melihat kami bergabung. \r“Selepas pelancaran album Eira, kami memang rancang untuk menerbitkan single duet bersama dulu dan Insya-Allah albumnya akan disusuli selepas itu,” kata Azad.\rINFO\rNAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi\rTARIKH LAHIR: 19 Julai 1984\rTEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur\rADIK-BERADIK: Anak kedua daripada enam beradik\rKARIER: Pelakon dan penyanyi\rTEATER: Lorong 2/90 dan Bangsawan Lela Manja\rFILEM: Bisikan Remaja, Ngangkung, Aku Bukan Tomboy\rDRAMA: Puluhan antaranya Gerak Khas, Sembilu, Ibu Kota Cinta, Kaca, Lesen, Meniti Bara, Senja Kala, Dosa Haniza, Seteguh Kinabalu, Elly, Ku Milikmu, Embun Mutiara & Cinta Balqis. \rNAMA: Azad Jazmin \rTARIKH LAHIR: 11 Februari 1976 \rTEMPAT LAHIR: Seremban, Negeri Sembilan \rADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik \rTELEMOVIE: Dendam Adam \rDRAMA: Cinta Balqis, Tanya Sama Hati, Anak Mami Mek Ani, Adnan Sempit The Series, Chef Jo. \rFILEM: Nana Tanjung 2, Sifu dan Tongga, Ngangkung, Kongsi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2011 11:29 AM | Show all posts
ade aku kesah...klu cm FS ke nk gk amek tau..he..he..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2011 03:28 PM | Show all posts
{:1_126:}aduyaiii panjangg gila karangan naikk juling mata membaca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.090428 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list