CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10164|Reply: 39

Orang Kanaq (Malaysia)

[Copy link]
Post time 29-6-2011 08:24 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan selamat sejahtera adik ucapkan buat semua forumers ..Adik bukak thread ney nak bincang2 sikit tentang orang Kanaq neyh..Ada tak sesapa yang pernah dengar tentang orang Kanaq neyh?
Adik rasa jarang atau tak pernah kot kita dengar tentang orang Kanaq neyh..Tapi tadi time adik belek2 buku dekat dalam perpustakaan mini kat rumah..Yelah,kan tahun neyh adik amik SPM..Kene wat revision..Terjumpa plak artikel tentang orang Kanaq neyh kat dalam majalah Dewan Masyarakat bulan Mac tahun lepas..Nak kongsi sikit ye mod?


ORANG KANAQ: MINORITI TERAKHIR?


Menurut Iskandar Carey dalam bukunya Orang Asli : The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia 1976 , Orang Kanaq berasal dari Kepulauan Riau,Indonesia yang berhijrah dan tinggal di perairan Johor.So,lebih kurang jugak kan dengan orang Bawean (Boyan),Batak,Bugis,Banjar,Jawa dan lain-lain tue kan?Bangsa yang berhijrah..


Suatu ketika dahulu , Orang Kanaq sebahagian daripada suku kaum Orang Laut yang tinggal dan berumah di dalam sampan serta hidup secara nomad di laut,pulau,persisiran pantai,dan kuala sungai.Walau bagaimanapun, kini mereka sudah tinggal di kawasan darat serta memiliki kawasan perkampungan sendiri.


Di Malaysia neyh,selain daripada Orang Kanaq,suku Kaum Seletar jugak dikategorikan sebagai Orang Laut.Di Johor,terdapat beberapa buah kampung yang menjadi penempatan suku kaum Seletar,antaranya Kampung Orang Asli Stulang Laut,Kampung Orang Asli Bakar Batu,dan Kampung Orang Asli Telok Jawa-Semuanya terletak di kawasan Johor Bahru...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2011 08:45 PM | Show all posts
Jika diteliti fakta sejarah awal Kerajaan Kesultanan Melayu terutamanya pada era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, kelompok Orang Laut neyh bukan sembarangan orang taw!Mereka merupakan pahlawan barisan hadapan armada laut Melaka yang sangat digeruni musuh.Oleh sebab kemahiran luar biasa tentang selok-belok lautan,maka Orang Laut diberikan keistimewaan mengawal sempadan perairan,mengusir lanun,memimpin para pedagang,dan menjaga pelabuhan.Mereka merupakan "mata-mata" kepada sultan di lautan.
Bahkan , Panglima Awang atau dikenali sebagai "Enrique of Malacca" yang menjadi tawanan perang dan jurumalim kepada Ferdinand de Magellan yang mengelilingi dunia pada tahun 1521 dipercayai berasal daripada kelompok Orang Laut.Kewujudan Enrique dalam ekspedisi mengelilingi dunia yang diketuai oleh Magellan disahkan oleh Antonio Pigafetta pada tahun 1525 dalam catatannya ,Primo Viaggo Intorno al Mondo(First Voyage Around The World).Pigafetta merupakan pelaut Sepanyol yang turut sama mengikuti ekspedisi itu dan bertindak sebagai jurutulis Magellan.

Setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka akibat serangan penjajah Portugis pada tahun 1511,Orang Laut berperanan penting membantu Sultan Mahmud Shah mendirikan Kesultanan Johor-Riau di Kota Tinggi,Johor.

Kesetiaan Orang Laut terhadap institusi kesultanan tidak pernah berbelah bagi.Hal ini dibuktikan dalam karya agung Sejarah Melayu yang ditulis pada abad ke-16 melalui catatan peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud Syah II yang dibunuh oleh Laksamana Bentan pada 1699.Pelantikan Bendahara Johor,Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johor-Riau tidak dipersetujui oleh Orang Laut kerana mereka mengesyaki keluarga Bendahara Johor terlibat dalam konspirasi pembunuhan tersebut.Akhirnya,Orang Laut berjaya membantu Raja Kecil merampas kuasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 08:58 PM | Show all posts
Walaupun diorang,Orang Kanaq neyh asalnya sebahagian daripada kelompok Orang Laut,tapi kerajaan Malaysia telah mengkategorikan mereka sebagai sebahagian daripada Orang Asli.

  Orang Asli di Semenanjung Malaysia terdiri daripada 18 suku kaum orang Asli.Orang Asli merupakan kelompok minoriti di negara ini.Walaupun Orang Asli dikategorikan sebagai golongan bumiputera,mereka agak terlewat menerima pembangunan kerana kelompok ini lebih selesa hidup secara tradisional dan tinggal di hutan.

   Orang Asli terbahagi kepada 3 kaum iaitu :

   - Melayu-Proto
   - Negrito
   - Senoi


   Kaum Melayu-Proto mencakupi suku kaum Temuan,Semelai,Jakun,Orang Kanaq,dan Seletar.Kaum Negrito pulak mencakupi suku kaum Kensiu,Kintak,Lanoh,Jahai,Mendriq dan Bateq.Manakala, Kaum Senoi pulak mencakupi suku kaum Che Wong,Mah Meri,Jahut,Semoq Beri dan Temiar.

  Daripada keseluruhan 18 suku kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia,Orang Kanaq merupakan suku kaum orang asli yang paling sedikit jumlah populasinya.Sekitar 1940-an, jumlah Orang Kanaq mencecah 150 orang tetapi jumlah ini semakin berkurangan apabila bancian Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada Disember 2009 mendapati bahawa terdapat hanya 87 Orang Kanaq di negara kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 09:04 PM | Show all posts
Reply 3# 7teen

salam,
menarik.

tahun lepas (rasenye?), sy ada dgr lecturer antropologi rase nye,
nak wat kajian pasal org kanaq ni.
tp sy tak brape ingat dah ape die sampaikan aritu.
ehhehehee..
tp, sy rase die kaji kat johor, then, die kate, org kanaq ni kebanyakan di pindahkan ke gombak.
(sy pun dh ingat2 lupe..ntah btol ntah tak)

hikhikhik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 10:47 PM | Show all posts
Reply 4# manuskrip_lama

Wah!Baguslah kalau ada orang nak buat kajian tentang diorang neyh..Tapi kan menurut catatan Aninah Janang time diorang pi kat kampung Orang Kanaq neyh..

Dari suasana hingaq terus jadi sunyi sepi..memang agak anti-sosial..Tak surelah plak adik nak komen camnerk..
Harap2 kajian tue akan berjaya~
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 01:37 AM | Show all posts
tak pernah dengar la plak mungkin aku yg malas baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2011 07:56 AM | Show all posts
Reply 5# 7teen


  owh.
ehhehe..

7teen g la wat kajian.
hikhikhik..


berminat?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 02:43 PM | Show all posts
intrestingggggg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 02:43 PM | Show all posts
intrestingggggg
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 02:44 PM | Show all posts
tak pernah tau pun kewujudan nama kaum yg macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 05:21 PM | Show all posts
Reply 6# archilless

ya, sama la tu... org seletar tu dulu duduk seletar tu la.

ada perumpamaan lama..."tak pakai selipar, kaki ayam macam orang seletar"  in 90s mmg org seletar tak pakai selipar. aku ingat lagi depa pi opis MBJB kaki ayam, depa dok piket pasal tanah depa kena amik dulu...


skang org seletar dah pakai selipar
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 05:22 PM | Show all posts
wikipedia kata orang kanaq la ni dok kat kampung mawai, kota tinggi... less than 100 populasi dorang. takkan x kawin atau beranak kot?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 05:54 PM | Show all posts
wikipedia kata orang kanaq la ni dok kat kampung mawai, kota tinggi... less than 100 populasi dorang ...
nazurah Post at 30-6-2011 17:22


Kakak,diorang neyh bukan tak kahwin lah....Ada sebab lain..

Menurut kajian daripada pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kota Tinggi,90 peratus daripada Orang Kanaq mampu memahami dan bertutur dalam bahasa Melayu , meskipun mereka bertutur dengan bahsa Kanaq yang mana berlenggok yang kasar dalam kehidupan mereka sehari-hari.

Ternyata Orang Kanaq merupakan suku kaum yang sangat pemalu.Ketika bersembang dengan orang luar, mereka tunduk atau memandang ke arah lain..Adik rasa memang diorang pemalu bukan sebab diorang low self confidence okey?

Uniknya,Orang Kanaq yang hanya terdapat di Kota Tinggi dan Kampung Selangi Mawai merupakan satu-satunya penempatan bagi Orang Kanaq.

Menurut Sharifuddin, Orang Kanaq memiliki identiti sosial yang berbeza dengan suku orang asli yang lain."Orang Kanaq menutup hubungan mereka dengan orang luar dan hal ini menyebabkan tidak berlaku pertembungan budaya dan norma dalam kalangan Orang Kanaq.Jadi Kanaq hanya untuk Orang Kanaq".jelas Sharifuddin...


Lagipun..ada banyak peraturan dan pantang sebelum orang luar dapat kahwin ngan orang Kanaq neyh..Mungkin sebab tue lah,diorang tak ramai sangat..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 06:25 PM | Show all posts
Orang Kanaq hanya selesa hidup dalam komuniti mereka.Sharifuddin mendapati bahawa Orang Kanaq menanggap masyarakat luar sebagai ancaman kepada mereka.Meskipun Orang Kanaq hari neyh merupakan generasi kelima keturunan mereka, tetapi tradisi hidup mereka masih di takuk lama.

Hal neyh demikian kerana Orang Kanaq menganggap masyarakat luar melanggar budaya dan cara hidup mereka.Menurut Tok Batin Mutalib, sukunya diancam pengaruh negatif masyarakat luar sehingga menyebabkan ada dalam kalangan pemuda Kanaq terdedah dengan pelbagai masalah sosial seperti penagihan dadah,arak dan menjadi "mat rempit".

"Mereka bawa masuk dadah dan arak ke kampung kami.Sekarang anak-anak kami sudah pandai hisap rokok,ambil dadah dan minum arak."kata Tok Batin Mutalib sambil menggaru-garu kudis di lengannya.

Sebelum itu,Tok Batin Mutalib menjelaskan bahawa pemuda Kanaq tidak banyak terdedah dengan pengaruh luar.Mereka bergaul sesama satu sama lain antara mereka sendiri.Rutin kehidupan mereka ialah mengambil upah memotong buah kelapa sawit,memancing dan berburu.Untuk rekod,satu-satunya sumber pendapatan Orang Kanaq ialah mengusahakan ladang kelapa sawit FELCRA dengan anggaran pendapatan yang diperoleh sekitar rm300 hingga rm500...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 06:30 PM | Show all posts
Reply  7teen


  owh.
ehhehe..

7teen g la wat kajian.
hikhikhik..


berminat?
manuskrip_lama Post at 30-6-2011 07:56


Boleyh sajew..Asalkan semuanya perbelanjaan awak tanggung.,.Boleyh??Kalau boleyh nak bawak ramai2..ngan reporter..wartawan surat khabar..
TV3..Media Prima..Biar feymes sikit diorang neyh..
So,tak akan ada orang kat Malaysia yang tak tahu tentang diorang neyh..So,amacam??
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 07:33 PM | Show all posts
kan ada 80 orang tu...kawin la depa sama depa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 08:20 PM | Show all posts
Reply 16# 7teen

ceh..
hahaha..

tu ade org suh kawin ngan dorg,
g le kawin.
lg kewl.

baru btol2 antropologis.
hikhikhik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 10:01 PM | Show all posts
Reply  7teen

ceh..
hahaha..

tu ade org suh kawin ngan dorg,
g le kawin.
lg kewl.

baru b ...
manuskrip_lama Post at 30-6-2011 20:20


Aku baru 17 tahun lah..Apa yang pi kahwinnyerk??
Kau lah pi kahwin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 10:50 PM | Show all posts
Tuk Batin Mutalib sebenarnya tidak melarang anak gadis dan pemuda Kanaq untuk berkawan dengan masyarakat luar, tetapi menurutnya sesiapa sahaja yang datang ke kampungnya, haruslah menghormati cara hidup orang Kanaq.
'Hendak berkawan atau berkahwin dengan anak gadis kami mesti mintak izin ibu bapa.Jangan mempermainkan kami"ujar Tuk Batin Mutalib.

Orang Kanaq mengenakan beberapa syarat kepada orang luar yang mahu berkahwin dengan kelompok mereka.Antara syarat tersebut adalah:


  - Memahami dan boleh bertutur bahasa Kanaq
  - Pandai memasak masakan orang Kanaq
  - Pandai memancing
  - Mengenal jenis buah-buahan di hutan Gunung Panti yang berdekatan dengan Kampung Selangi Mawai.


Jadi,kepada yang berminat silakan mencuba nasib anda...Selamat berjaya!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 10:59 PM | Show all posts
Sekiranya syarat2 tersebut tidak ditepati atau dipenuhi , orang Kanaq percaya perkahwinan dengan orang luar itu hanya mendatangkan musibah.Kepercayaan ini bertambah kuat apabila sebelum ini pernah berlaku tiga perkahwinan Orang kanaq dengan orang luar.Perkahwinan tersebut dianggap membawa musibah apabila suami kepada seorang gadis Kanaq meninggal dunia.

Oleh sebab Orang Kanaq menganggap kematian sebagai malapetaka besar, maka mereka percaya bahawa berkahwin dengan orang luar hanya mendatangkan musibah.Kepercayaan tersebut dikuatkan lagi apabila gadis Kanaq yang berkahwin dengan orang luar itu tidak mendapat zuriat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.617583 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list