CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8860|Reply: 117

Keluarga 'sandwich' hadapi tekanan

[Copy link]
Post time 30-6-2011 07:36 AM | Show all posts |Read mode
Keluarga 'sandwich' hadapi tekanan
Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@bharian.com.my
2011/06/30Satu daripada empat keluarga di empat negeri berdepan masalah emosi kerana wang

KUALA LUMPUR: Sebanyak 111,401 atau satu bagi setiap empat keluarga di ibu kota didapati menghadapi tekanan emosi dan mental yang teruk kerana tergolong dalam keluarga 'sandwich' kerana kemampuan kewangan mereka terhad.
  Sindrom keluarga ‘sandwich’ adalah istilah digunakan bagi pasangan yang perlu menanggung anak sendiri disamping terpaksa menjaga ibu bapa mereka, iaitu tiga generasi duduk dalam satu rumah.
  Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati selain Kuala Lumpur, masalah itu turut serius di Selangor, Perak dan Terengganu.

  Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata saiz isi rumah keluarga di Kuala Lumpur yang rendah iaitu purata empat orang setiap keluarga turut menyebabkan beban untuk menjaga ibu bapa mereka terpaksa dikongsi jumlah anak yang sedikit.

  Beliau berkata, situasi itu akan menjadi lebih serius dan membimbangkan terutama bagi pasangan muda yang tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menguruskan keperluan anak dan ibu bapa serentak.

  "Cabaran itu tidak boleh diambil ringan kerana tuntutan keluarga dan kerjaya memberi tekanan emosi dan mental sekiranya khidmat sokongan keluarga tidak disediakan pihak berwajib," katanya kepada pemberita selepas taklimat Dasar Keluarga Negara di sini, semalam.
  Turut hadir, Pengerusi LPPKN, Tan Sri Napsiah Omar.

  Sehubungan itu, Aminah menyarankan kerajaan supaya menyediakan khidmat sokongan lebih komprehensif seperti mempermudahkan peraturan bagi pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas, selain mengkaji semula dasar yang tidak mesra keluarga di tempat kerja.

  Katanya, semua dasar kerajaan berhubung isu kekeluargaan perlu diambil kira dalam setiap perancangan dan pembangunan bagi memperkasakan ketiga-tiga generasi keluarga sandwich itu.

  LPPKN kini mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan mengenai Dasar Keluarga Negara (DKN).

  Aminah berkata, cadangan dan maklumat yang diperoleh sepanjang sesi jelajah di seluruh negara itu akan disampaikan kepada kerajaan sama ada bagi menambah baik dasar sedia ada atau menggubal dasar baru.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Keluarga_sandwich_hadapitekanan/Article

Pendapat aku---->kalau nak suruh org beranak ramai2, apa kata majikan sama2 bg kenaikan gaji yg hebat kepada pekerja, termasuklah kpd kakitangan perkhidmatan awam & pekerja2 am di syarikat swasta....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 08:26 AM | Show all posts
kadang2 kesempitan wang sbb sibuk nk penuhi keinginan bukan2, cam hiburan, bergaya tak kena tmpt, belanja tak ikut kemampuan. pas tu keperluan dikemudiankan....bnyk jumpe org melayu cam ni, walaupon bukan semua mcm tu. ada yg btol2 susah, kalau yg jenis mmg sanggup bersusah payah utk keperluan asas anak2 aku salute....

tapi ada setengah dah tau anak ramai, byk benda nk kena tanggung, nk gak pulun pakai astro bagai, pelajaran anak2 ntag ke mana....kdg2 rasa malas nk tolong kalau jumpe golongan mcm ni....

jgn ada yg marah sudah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 08:30 AM | Show all posts
Ibu bapa adalah tanggungjawab kepada anak2, jika dahulu ibu n bapa boleh menjaga anak2 yang ramai, tetapi keadaan sebaliknya berlaku bila hari tua mereka anak2 tidak dapat menjaga kerana masalah kewangan etc.  Pada pendapat saya Insallah jika kita rajin & berusaha bagi meningkatkan taraf hidup kita boleh ubah keadaan hidup kepada yang lebih baik, sekaligus dapat menjaga ibu & bapa hingga ke akhir hayat mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 08:34 AM | Show all posts
biase nye family yg kurang mampu ni rezeki anak lebat...
family yg berkemampuan ni lak yg payah benor nk dpt anak...
camane.... hhhmmm... kuasa Allah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 08:34 AM | Show all posts
kadang2 kesempitan wang sbb sibuk nk penuhi keinginan bukan2, cam hiburan, bergaya tak kena tmpt, be ...
bukanomi Post at 30-6-2011 08:26



pesal perlu marah ? memang betul pun...bila harga barang naik, komplen, bila ada kedai jual barang dgn harga murah , komplen, astro dah macam jadi necessity plak, padahal rancangan dok ulang-ulang-ulang....
tgk org pakai baju 300-400 hengget, pon nak juga...
makpak tinggal sekali, tp balik kampung 2 minggu sekali, tetap & wajib...
last-last tinggal 200 hengget je dlm tgn, mana tak stress...
(penah tgk sendiri ni)...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 08:48 AM | Show all posts
cuba kira ya... gaji suami isteri total sebulan baru rm4.5k. then byr kereta sorang sebijik, agak2 dekat rm1.2k - rm1.3k. pastu tolak lagi bayaran taska/upah jaga anak, sewa rumah/instalment rumah kt bank. susu anak lagi (nak pulak susu sekarang bukan main2 harga dia............) then diaper anak lagi...... tu kalau sorang anak baru, kalau 2 org, kalau 3 org? cukup ke belanja satu famili? makan minum suami isteri, petrol pegi balik kerja. bagi parents masing2 lagi.....

kalau aku, mmg x sanggupla nak beranak ramai. iye, aku x sangkal, setiap anak ada rezeki yg tuhan dah peruntukkan. aku dh tgk sendiri utk anak aku. tapi aku rasa, kalau 2-2 sibuk bekerja, tanggungjawab asuh anak tu letak kt bahu penjaga sama ada di taska atau di rumah orang, silap2 anak tu kenal org2 lain tu lebih baik dr dia kenal kita pun.

kalau suami kaya (atau ada pendapatan yg bagus, dpt tanggung semuanya) bolehlah isteri berhenti kerja, jaga anak sepenuh masa. mmg boleh beranak ramai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2011 08:48 AM | Show all posts
kekadang yg aku heran de mak bapak yg dah tua tu bukannye xde kg n tanah...cuma xnak blek kg...dak dok gak bersesak kat umah flat tu..bukan xde tanah kosong kat kg tu...byk pe rumah hantu k limah aku tgok....xde org pun nak duduk...sayang je tinggal...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 08:51 AM | Show all posts
cuba kira ya... gaji suami isteri total sebulan baru rm4.5k. then byr kereta sorang sebijik, agak2 d ...
MommyRayyan Post at 30-6-2011 08:48

buat ape la nak byr keta mahal2.... sptutnya gj mcm tu byr keta bln2 dlm rm500 cukup la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 08:53 AM | Show all posts

Ingatkan famili ni bisnes jual sandwich
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 08:55 AM | Show all posts
Ingatkan famili ni bisnes jual sandwich
houdini Post at 30-6-2011 08:53

aku terpkir kluarga tin sardin...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:08 AM | Show all posts
kekadang yg aku heran de mak bapak yg dah tua tu bukannye xde kg n tanah...cuma xnak blek kg...dak d ...
chiquititamichi Post at 30-6-2011 08:48



    org2 tua mana ada kudrat umur 70-90 utk urus diri (pegi pasar/bank/etc) duk sorang2 kena rompak pula, tambah rumah kg jauh2 diselangi kebun, anak2 semua kerja di tempat lain, kena duduk dgn anak2 boleh tgk mak bapak depan mata,sakit ka terjatuh ka. samping tu boleh jaga cucu jimat masa dan kos nursery
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:10 AM | Show all posts
kekadang yg aku heran de mak bapak yg dah tua tu bukannye xde kg n tanah...cuma xnak blek kg...dak d ...
chiquititamichi Post at 30-6-2011 08:48



    duduk kampung sorg2 nnt kene rompak plak.....

org tua la senang jadi sasaran perompak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 09:14 AM | Show all posts
Reply 8# dino


    kata dh bli kereta sebelum kawin
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:15 AM | Show all posts
antara result dari Program Bancian tahun lepas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 09:16 AM | Show all posts
Reply 11# ninja boy


    itu kalau makpak mau tinggal dgn anak2. kalau jenis makpak mau tinggal sendiri, tapi disuruhnya pulak kita balik jenguk dia yg nun jauh di sana tu selalu, tak pun, sekali2 balik, balik la lama sikit. kekadang aku x paham, lama mana makpak nk kita dok umah dia? seminggu ke? adakah mereka ingat kita ni bisnes sendiri? atau fulltime househusband ataupun fulltime housewife yang x bekerja yg mau dok di kampung berlama2an? suh dtg umah anak2 xmau.   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 09:17 AM | Show all posts
Reply 14# R2D2


    yg paling best bila purata isi rumah cuma 4 orang sefamili. maknanya ramai yg pilih utk beranak dua je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 09:19 AM | Show all posts
famili wa keluarga pasta
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:19 AM | Show all posts
hentikan ulang siaran ini semua, kita sedar atuk nenek dulu bersusah payah membesarkan ramai anak 10 (dulu tidak merancang keluarga) orang dgn bekerja kg memiliki kebun. then anak atuk membesar ada yg berpendidikan dan ada yg tidak bersekolah, akan bekerja di zaman 70 an berkahwin memiliki rumah yg murah banding sekarang, akan menyara 3-6 anak (merancang keluarga juga). anak membesar (tahun 2005 ke sekarang) jejak usia 25 terus kawin dan then beranak pula di zaman sekarang yg berkos tinggi. zaman sekarang semua org mahu memiliki kereta, laptop,astro, melancong,pendidikan bagus etc yg x dapat dimiliki atuk nenek dulu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:22 AM | Show all posts
Reply  R2D2


    yg paling best bila purata isi rumah cuma 4 orang sefamili. maknanya ramai yg  ...
MommyRayyan Post at 30-6-2011 09:17

mak sedara kite anak 13 org tuh... bleh kata2 susah la zaman dulu2.... tp sbb anak2 semua cerdik2.... makanya skrg hidup senang ya amat.... maknanya... nak ubah hidup kite ni dgn ilmu jer la... most yg berjaya asalnya susah....  klau tak pernah rasa susah maybe tak berjaya kot hiks
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 09:24 AM | Show all posts
seb baik abah aku keje lg..ade kebun,kolam.aku balik kpg drg yg kasi duit kat aku..sbb aku x mampu nak kasi duit kat drg...aku kasi mak aku 50,mak aku kasi kat anak aku 50..same je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.162054 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list