CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Waspada didekati lelaki

[Copy link]
Post time 30-6-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
SUSUK tubuhnya yang kecil molek dan wajahnya yang awet muda menyembunyikan usia sebenar pelakon bernama Wan Sharmila Wan Muhamad ini. \rMungkin mereka yang tidak mengenali aktres yang mula dikenali sejak membintangi drama Kisah Kaisara ini tidak tahu bahawa dia pernah bergelar isteri dan kini memegang status janda.\r\n\n\n\n\rHampir dua tahun memegang status yang amat digeruni ramai wanita, pelakon yang petah berbicara ini bagaikan seorang yang tidak punya masalah. \r\r\n\n\n\n\nPerwatakannya sentiasa ceria, seceria persalinan yang digayakan ketika menghadiri sidang akhbar drama lakonannya untuk slot Lagenda, Si Jundai.\rDedah anak jati Johor Baharu, Johor ini, dia tidak pernah memikirkan tanggapan orang mengenai status yang dibawa. Kadang kadang dia hampir terlupa pernah berkongsi hidup dengan lelaki bernama Fazli Baharom.\rDalam pada dia lupa seketika dengan status yang dipegang, jauh di sudut wanita berusia 30 tahun ini masih terbit keinginan untuk kembali berumah tangga. Bagaimanapun sehingga ke saat ini katanya, dia masih belum bertemu calon yang sesuai untuk dijadikan lelaki yang layak untuk bergelar suami.\r“Status yang saya pegang ketika ini tidak pernah menyukarkan hidup saya. Malah ada kalanya saya terlupa pernah berkahwin sebelum ini. Bagi saya, status yang saya pegang sekarang tidak pernah membezakan saya dengan wanita lain. \r\n\n\n\n\r“Kegagalan rumah tangga yang dibina selama empat tahun tidak pernah membuatkan saya serik untuk berkahwin lagi. Memang terlintas di fikiran mahu berkahwin dan ingin lekas menimang cahaya mata tetapi sehingga ke hari ini saya masih belum berjumpa dengan lelaki yang sesuai untuk dijadikan calon suami.\r“Memang saya mengaku berkawan dengan ramai lelaki tetapi kebanyakannya lebih kepada teman tapi mesra. Saya tidak kisah lelaki itu muda atau tua, jika itu jodoh saya, saya terima,” kata Wan yang menyerahkan semuanya kepada takdir.\rMemegang watak Sarah dalam drama bersiri Si Jundai, Wan berkata biarpun dia membuka ruang untuk lelaki mengenali dirinya namun jauh di sudut hatinya tetap timbul keraguan sama ada jejaka yang mendekati dirinya betul-betul menginginkan atau sekadar untuk suka-suka. \r“Saya suka berkawan tetapi pada waktu yang sama saya bimbang dipermainkan. Memang saya ingin berkahwin tetapi bila waktunya, saya sendiri tiada jawapannya. Buat sementara waktu, biarlah dulu. \r“Alhamdulillah keluarga tidak mendesak terutama ibu. Ibu bukan jenis yang suka memaksa, dia juga tidak suka bercakap banyak. Mungkin ibu tahu isu itu sensitif, jadi dia hanya menyerahkan segala keputusan di tangan saya.\r“Kalau boleh biarlah bakal suami saya nanti orang biasa saja. Saya tidak mahu berkahwin dengan artis dan paling penting lelaki itu perlulah pandai membimbing saya menjadi seorang isteri dan wanita yang betul,” katanya yang mengakui masih lagi baik dengan bekas suami.\rMasih bersahabat biarpun berpisah\rMUNGKIN dia serta bekas suaminya Fazli lebih sesuai bergelar sahabat berbanding suami isteri. Biarpun tidak lagi tinggal sebumbung dan tidur sebantal, dia dan Fazli ada ketikanya masih berhubung dengan bertanya khabar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Malah dia juga masih lagi berlakon di bawah syarikat produksi yang turut dinaungi suaminya, Radius One. \rBerbicara pula mengenai kerjaya seninya, wanita yang mula membabitkan diri dalam bidang lakonan sejak empat tahun lalu berkata, wataknya sebagai Sarah di dalam drama arahan Fairuz Loy menuntutnya menguasai tarian tradisional. \rBagaimanapun ini bukanlah drama pertama Wan yang memerlukan dia menari, sebelum ini juga dia pernah terbabit di dalam drama bersiri Tari Tirana. Selain dirinya, Si Jundai turut dibintangi oleh Nabila Huda, Azam Pitt, Faralyna, Tasha Shilla, Rahim Omar dan Rozita Che Wan.\r“Saya tidak pernah berlakon dalam drama sebegini, yang mana saya dikehendaki menari dan dirasuk dalam masa yang sama. Memang agak sukar juga untuk membawakan watak ini kerana saya tidak mempunyai pengalaman dirasuk tetapi saya berusaha membawanya dengan baik. \r“Oleh kerana terlalu menghayati watak menari sambil dirasuk, saya tidak sedar yang diri saya tercedera apabila dikehendaki berjalan di atas kaca. Kononnya saya berjalan atas kaca tetapi sebenarnya ia membabitkan gula batu. Mungkin ada gula yang berketul sehingga saya tidak perasaan kaki saya luka,” katanya yang kini turut melebarkan sayapnya dalam bidang pengacaraan pula.\rDia yang pernah mengacarakan program Klik-Klik Asia di saluran RTM bakal muncul sekali lagi di saluran yang sama bagi mengacarakan program Pentas Dikir. Mungkin ada yang beranggapan bergelar pengacara di RTM tidak glamor, tetapi bagi wanita ini, dia menerima tawaran berkenaan disebabkan minat. Malah dia sendiri yang bersusah payah menghadiri sesi uji bakat dianjurkan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.043890 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list