View: 130|Reply: 0
|
Pasal Mak Dara atau Nyonya?
[Copy link]
|
|
Pasal Mak Dara atau Nyonya?Oleh Farihad Shalla [email protected]/07/01\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTeater Mak Dara Nyonya akan dipresembahkan di MATIC bermula 6 Julai\rBAGI mereka yang pernah menyaksikan teater Nyonya sewaktu pertama kali menemui khalayak tujuh tahun lalu, jangan terkejut apabila menonton Teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan di MATIC, Jalan Ampang mulai 6 hingga 12 Julai depan.\r\n\n\n\n\rWalaupun masih mengenengahkan kehidupan kaum Nyonya di Indonesia, namun untuk pementasan kali ini, penerbitnya, CTRA Production menyuntik elemen kelainan apabila menggabung jalin cerita asal dengan kehidupan seorang ikon iaitu Ibu Halimah atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Dara.\r\r\n\n\n\n\nMengapa perlu jalan cerita mereka disatukan dalam teater? Apakah kaitannya Mak Dara dengan Nyonya sehingga judulnya juga diubah menjadi Teater Mak Dara Nyonya? Persoalan itu berlegar-legar dalam fikiran ketika menyaksikan pratonton teater itu yang berlangsung di Panggung Eksperimen Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) Selasa lalu.\rNaskhah arahan Rosminah Tahir ini menyaksikan wujudnya monodrama yang membabitkan Juhara Ayob bermonolog ketika membawakan watak Ibu Halimah atau Mak Dara. Kemudian pemerhatian pula dialihkan kepada set Nyonya. Kemunculan mereka secara bergilir-gilir dan mengetengahkan masalah masing-masing membuatkan ramai yang terkeliru, apakah sebenarnya yang cuba disampaikan menerusi teater ini?\rTatkala pementasan yang memakan masa hampir tiga jam itu, Rosminah yang pernah mengarahkan teater muzikal Tun Mahathir sebelum ini menjelaskan mereka mempunyai alasan tertentu apabila membuat perubahan seperti itu.\r“Sebenarnya, kedua-dua mereka berdepan dengan masalah sama. Penderitaan Mak Dara bermula apabila kehidupan dan kebahagiaannya diragut oleh suaminya sendiri. \r\n\n\n\n\r“Itu semua adalah satu terjemahan bahawa begitulah caranya mereka yang berkuasa merampas hak milik orang lain. Jadi selepas mendengar sendiri cerita penderitaan Mak Dara lalu terbitlah idea kami untuk menggabungkan kisah hidup mereka di dalam teater ini,” kata Rosminah sambil menyifatkan ia adalah satu mesej halus yang cuba disampaikan kepada penonton teater ini nanti. \rMenyaksikan lakonan mereka terutama keluarga Nyonya di Indonesia, kebanyakan aksi barisan pelakonnya dilihat begitu berlebih-lebih terutama membabitkan mimik muka ketika menyampaikan sesuatu dialog itu.\rAksi itu dapat dilihat terutama membabitkan watak Keponakan A, B dan C yang dilakonkan oleh Norzizi Zulkifli, Sarimah Ibrahim dan Misha Omar. Bukan saja mimik muka, malah pergerakan tangan dan jari jemari mereka juga.\r“Selalunya golongan Nyonya digambarkan dengan penuh kelembutan terutama dari segi pergerakan mereka. Namun kali ini, kami tukar kerana mahu menonjolkan luahan sebenar perasaan nyonya-nyonya berkenaan. Mereka juga mempunyai perasaan untuk meluahkan gejolak jelas jiwa mereka.\r“Dalam teater ini saya mewakilkan watak Zizi untuk kaum Melayu, Misha kaum India dan Sarimah untuk kaum nyonya kacukan. Itulah gambaran watak yang mereka tonjolkan,” jelas Rosminah lagi.\rSebagai teater yang memaparkan kisah benar, apakah pihak produksi tidak risau jika apa yang mereka persembahkan itu akan menyentuh sensitiviti sesetengah pihak? \rRosminah menjelaskan, apa yang mereka paparkan sudah pun mendapat kebenaran dari tuan punya diri.\rSekadar mahu dijadikan iktibar\rPADA majlis pratonton itu, anak kepada Ibu Halimah iaitu Syed Gadaffi Syed Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Habib turut serta menyaksikan sekali gus mengimbas kembali peristiwa sedih yang menimpa ibunya. Menerusi monolog yang disampaikan, Habib juga adalah antara anak yang turut menerima tempias penderitaan selepas ibunya diceraikan bapanya gara-gara berkahwin lain.\rHilang tempat bergantung, terpaksa menumpang di rumah orang dan tidak dapat meneruskan persekolahan gara-gara kesempitan hidup membuatkan dia lebih matang dari usia sebenarnya. Ada ketika, air mata bergenang kerana di hadapannya bagaikan wayang yang berputar menayangkan kembali kesusahannya pada masa lalu.\r“Apabila saya menyaksikan lakonan semula Juhara menceritakan penderitaan kami anak-beranak, saya rasa penat. Penat kerana diri terasa kembali kesusahan yang saya alami. Sebenarnya, ada banyak lagi kisah sedih yang boleh dijadikan cerita tapi disebabkan kesuntukan masa, jadi kami hanya ambil peristiwa penting saja,” katanya.\rMungkin ada yang beranggapan, apabila Ibu Halimah mengizinkan kisah hidupnya dipentaskan, ramai yang beranggapan itu tidak ubah seperti membuka pekung di dada sendiri.\r“Bukanlah niat kami menceritakan keburukan sendiri tetapi hanyalah sekadar menjadikan iktibar atas apa yang menimpa kami,” katanya yang kini seorang usahawan berjaya apabila menjalankan perniagaan jamu jenama Mak Dara bersama ibunya itu. \rTeater komedi sinikal ini turut menyaksikan lakonan mantap Sherry Syed Abdullah sebagai Nyonya, Zaifri Husin sebagai Tuan dan Fara Fauzana sebagai isteri.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|