CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9189|Reply: 159

Antara Demonstrasi Dengan Demokrasi, Mana Lebih Bersih?

 Close [Copy link]
Post time 3-7-2011 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Muntz at 3-7-2011 23:26

CARA SUNNAH MENGHADAPI PEMERINTAH ZALIM DAN FASIK

Hadith Nabi Muhammad s.a.w dan keputusan Ijma' Ulama Imam2 Besar rujukan umat Islam seperti Imam an-Nawawi rahimahullah, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, Imam Abu ‘Abdillah al-Qurthubi rahimahullah dll.

"Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu." [HR Imam Bukhari dan Imam Muslim].

"Dari Wail r.a. berkata: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yan...g menahan hak kami dan mereka meminta hak mereka dari kami? Baginda menjawab: (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka apa yang mereka kerjakan dan atas kamu apa yang kamu kerjakan." [HR Imam Muslim].

“Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya akan berlaku selepas peninggalanku sikap pemerintah yang merampas harta kamu dan berbagai-bagai perkara yang kamu ingkari. Para sahabat bertanya: Apakah yang engkau perintahkan pada kami wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Tunaikanlah kewajipan kamu dan berdoalah kepada Allah untuk mendapatkan hakmu.” [HR Imam Bukhari dan Imam Muslim].

“Dengarlah dan taatilah penguasa di waktu susah dan senang, di waktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat.” [HR Ibn Hibban].

“Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah melakukannya dengan terang-terang (di khalayak ramai di hadapan umum) dan hendaklah dia mengambil tangannya (bersemuka empat mata sahaja). Jika pemimpin mahu mendengar maka itulah yang diinginkan dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipannya”. [HR Imam Bukhari]

Kata Imam Abu ‘Abdillah al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H):

“Apa yang dipegang oleh kebanyakan dari para ulama’ bahawasanya sabar dalam mentaati pemerintah yang zalim lebih utama dari keluar memberontak kepada mereka, kerana memisahkan diri dan keluar memberontak itu akan menukarkan keamanan kepada ketakutan, dan tertumpahnya darah yang disebabkan oleh tangan-tangan orang yang bodoh dan hanya akan menyebarkan kefasadan (keburukan) dalam kalangan umat Islam dan di atas muka bumi.” (Tafsir al-Qurthubi, 2/109).

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

“Dan makna hadis ini adalah, jangan kamu menentang kekuasaan ulil amri (pemimpin) dan janganlah kamu membangkang melainkan apabila kamu melihat kemungkaran yang nyata daripada mereka, yang kamu ketahui bahawa perkara tersebut termasuk tunjang-tunjang Islam (min qowaa’idil Islaam). Apabila kamu melihat seperti itu, maka ingkarilah dan sampaikanlah yang benar di mana pun kamu berada.


Adapun memisahkan diri keluar dari ketaatan kepadanya dan memusuhi (atau memerangi) mereka, adalah haram berdasarkan ijma’ muslimin (umat Islam), walaupun pemimpin tersebut termasuk orang-orang yang fasiq lagi zalim.” (Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari, 13/8).




p/s - Akhir zaman , lebih ramai umat Islam yang mengikuti seruan Yahudi dari mengikuti ajaran Islam yang sebenar.
Single Polls, Total 42 Users voted
11.90% (5)
73.81% (31)
14.29% (6)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2011 12:54 PM | Show all posts
PANDUAN MENGHADAPI KEZALIMAN MANUSIA

Tolaklah kezaliman manusia
dengan membaiki diri
Mengadulah kepada Allah selalu
Dan cara bertindak

berserahlah kepada Allah

Memohon ampunlah kepada Tuhan
sebanyak-sebanyaknya
Akuilah bahawa berlakunya penzaliman itu
Disebabkan dosa-dosa kita


Jangan memaki-hamun
dan menghina si penzalim
Tapi doakanlah mereka
agar mereka mendapat petunjuk

Sabarlah di atas kezaliman mereka
Cepat membaiki diri,
cepat pulalah Tuhan menyelesaikannya
Kezaliman manusia,
jangan membalas penzaliman dengan penzaliman

Akan berlaku nanti penzaliman itu
bertambah besar dan merata negara
Ia adalah hukuman dan pembalasan
terhadap rakyatnya yang derhaka

Oleh itu para ulama
dan pemimpin masyarakat
Ajak rakyat bertaubat banyak-banyak
Baiki diri, bersihkan hati atau jiwa

Doakan si penzalim agar diberi hidayah
oleh Tuhan yang mencipta
Bukan secara menghasut-hasut
rakyat menumbangkannya

Cara itu boleh menimbulkan huru-hara di dalam negara
Yang akan mendapat kesusahan semua rakyat jelata
Ertinya kita telah melakukan penzaliman
kepada manusia pula

Berhati-hatilah
bertindak terhadap penzalim
Kerana tersilap langkah
Nanti kita pun juga menjadi penzalim
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 01:16 PM | Show all posts
jap aku x paham.

demokrasi ala islam ni mcm mn?

nanti keluar pulak demokrasi ala kristian, demokrasi ala buddha, demokrasi ala hindu plk...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 01:22 PM | Show all posts
Nice sharing...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 01:44 PM | Show all posts
Nice sharing...
Hafiez2 Post at 3-7-2011 13:22


Seluruh perjalanan hidup mengikut syariat Islam . Yakni dalam erti kata yang lain mengikuti Sunnah ( Cara Hidup ) Nabi .

Apa2 jua yang Nabi Muhammad lakukan berserta dengan sahabat2 baginda dengan Mencintai , Takut Dan Gerun Pada Allah ,serta saling berkasih sayang sesama manusia , itulah yang dikatakan demokrasi cara Islam .

Yakni mengikuti Sunnah Nabi dan bukan dengan mengikuti sunnah Yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 01:51 PM | Show all posts
Seluruh perjalanan hidup mengikut syariat Islam . Yakni dalam erti kata yang lain mengikuti Sunn ...
AboNawas Post at 3-7-2011 13:44


Sekarang ni, dunia penuh dengan Kekeliruan, ramai yang tertipu....
Tujuan/niat yang baik, tapi disusuli dengan tindakan yang melanggar syariat dan sunnah adalah sia-sia....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2011 02:00 PM | Show all posts
baru ku tau SPR tu pemerintah....wajib taat SPR.....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:02 PM | Show all posts
skrg ni ramai yg munafik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2011 02:13 PM | Show all posts
Sebab itu kena kembali kepada ajaran agama Islam yang sebenar .

Tak boleh ikut akai tapi kena ikut ajaran agama .
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:21 PM | Show all posts
yang suka demonstrasi ni kan org kafir...org islam x perlu berdemonstrasi...sebab kita disarankan berjemaah ....cuba lihat di mekah..tu manifestasi kekuatan orang islam...tu laa demo org islam terbesar di dunia.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:22 PM | Show all posts
Sebab itu kena kembali kepada ajaran agama Islam yang sebenar .

Tak boleh ikut akai tapi kena ik ...
AboNawas Post at 3-7-2011 13:13


Kalo  tak  boleh guna   akai       dlm   beragama   ..  jadik  mereng     ler   pak  Abu   
ke   pak    Abu       jenis      dah  mereng   ...      maklum    terlamapau   banyak   wat   kicap  dan   sos    cili   ...
guna  akal   dlm  beragama   ..  baru  betul   ......   waras
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 02:24 PM | Show all posts
APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian


Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban


Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin

Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran

Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,

Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan


Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang

Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan


Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan

Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan

Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan

Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan

Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan... ?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 02:29 PM | Show all posts
yang suka demonstrasi ni kan org kafir...org islam x perlu berdemonstrasi...sebab kita disarankan berjemaah ...
abgboroi Post at 3-7-2011 14:21


Jemaah macam mana tu ? Jemaah pak najib ker atau jemaah anwar berahim ? Atau jemaah nik aziz atau jemaah lim kit siang alias karpal singh ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:31 PM | Show all posts
Jemaah macam mana tu ? Jemaah pak najib ker atau jemaah anwar berahim ? Atau jemaah nik aziz ata ...
AboNawas Post at 3-7-2011 14:29



    asalkan islam.....di mekah org bukan islam ajer x boleh masuk...tak kisah laa ko jemaah mana pun...youre welcome there....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 02:33 PM | Show all posts
asalkan islam.....di mekah org bukan islam ajer x boleh masuk...tak kisah laa ko jemaah ma ...
abgboroi Post at 3-7-2011 14:31



    Abg boroi ikut jemaah mana ? Saya pun berminat nak ikut sama .
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:38 PM | Show all posts
Abg boroi ikut jemaah mana ? Saya pun berminat nak ikut sama .
AboNawas Post at 3-7-2011 14:33



jemaah biasa ajer...bukan abu nawas dah ada jemaah sebelum ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2011 02:40 PM | Show all posts
mana lagi bersih,,,dah tentu bersih 2.0

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2011 02:42 PM | Show all posts
Kalo  tak  boleh guna   akai       dlm   beragama   ..  jadik  mereng     ler   pak  Abu     : ...
mahathirGX Post at 3-7-2011 14:22


Kira berapa banyak yang pakai akal dan tolak agama menjadi manusia yang lurus ? Haku tengok kat negara Barat dan Jepun , kalau tak mereng kenapa ramai professor yang ada Phd pun ramai yang bunuh diri ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:43 PM | Show all posts
mana lagi bersih,,,dah tentu bersih 2.0
kucingTomey Post at 3-7-2011 14:40



    aku tgk kat facebook bersih...3000 nak pergi...3000 lebih lagi tak nak pergi...kedudukan agak rapat sekarang ni...lagi satu yang masih x bagi jawapan lagi laa ramai...terutama dari org PAS...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 02:44 PM | Show all posts
Reply 19# abgboroi


    hoh,,org pas pemalas,,lepak kedai kopi ja..sesekali turun la ...lepak kl pulok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.078106 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list