CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 0

Def Gab C Masih bernafas

[Copy link]
Post time 6-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Segar, bertenaga bersama NeolithicCINTA Sakti, Ibu Kota Cinta dan Marilah Maria adalah antara lagu yang mengangkat nama Def Gab C dalam persada muzik kita, terutama untuk genre pop rock. \n\n\n\nMalahan lagu Cinta Sakti itu sendiri seolah-olah memang memberikan sakti kepada kumpulan ini dengan sifat lagu itu yang catchy dengan rentak rock n roll menjadikan ia cepat diterima oleh pendengar. \n\n\n\n\nVokal Asheed tatkala menyanyikan lagu Cinta Sakti ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Loloq memang cukup tersendiri dan agak sukar untuk ditiru oleh orang lain. Nama Def Gab C itu sendiri sudah cukup unik dan seharusnya boleh bertahan lama sekiranya mereka terus berkarya dengan menghasilkan lagu atau single terbaru setiap tahun, kalaupun bukan sebuah album penuh. Namun, agak sayang sekali, riwayat kumpulan ini bagaikan tenggelam timbul. Ada masanya seolah-olah sudah mati selepas gemilang dengan lagu Marilah Maria, Ibu Kota Cinta selain meledak dengan Cinta Sakti. Dan, kini mereka bagaikan bernyawa semula menerusi kemunculan semula album berjudul Neolithic. Hakikatnya, anggota kumpulan ini menegaskan sepi tanpa berita dalam arena rock bukan bererti perjuangan sebagai pemuzik sudah terhenti dengan begitu mudah, walaupun pelbagai dugaan menimpa. \n\n\n\nMinat yang mendalam dalam dunia seni muzik ini, memangkin semangat supaya terus melangkah ke hadapan, pada masa yang sama memberi imbuhan kepada industri hiburan tempatan.Selepas dua pembikinan album mereka bersama syarikat rakaman Life Records tidak berhasil, Def Gab C tidak mahu memandang ke belakang dan bangkit mencari jalan lain.Hampir lima tahun menyepi tanpa sebarang pembaharuan, kini mereka mahu mahu tampil dengan imej lebih segar dan bertenaga menerusi Neolithic. Ditemui ketika berkunjung ke Studio Hip baru-baru ini, masing-masing kelihatan bersemangat mempromosikan album mereka, setelah sekian lamanya tidak menjalankan aktiviti promosi dengan muncul di dada akhbar hiburan.Asheed atau Mohd Ashid Ahmad, 38 berkata mendiamkan diri bukan bermakna kumpulan ini sudah terkubur, malah mereka giat dengan pembikinan lagu malar segar khas buat peminat dunia hiburan tempatan.\"Kami sedar bahawa makin lama, kami makin tenggelam tanpa lagu dan album baru. Diakui pelbagai masalah yang dihadapi selama lima tahun ini, di mana tiga album yang diusahakan, hanya satu album saja yang dipasarkan. “Mungkin nasib baik kurang menyebelahi kami, di mana dua albumnya yang diusahakan bersama syarikat rakaman yang lalu tidak dipasarkan. Tapi kami tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan meneruskan perjuangan muzik kami dengan mencari jalan yang lain demi peminat yang disayangi.\"Kini dengan usaha sama dengan syarikat rakaman, Universal Music Malaysia dan Music Valley, kami kembali dengan album baru yang memuatkan enam lagu baru dan empat lagu lama yang pernah hits suatu ketika dulu. Empat lagu lama tersebut iaitu Cinta Sakti, Marilah Maria, Ibu Kota Cinta dan Merah direkod balik dengan susunan muzik yang agak berbeza tapi tidak begitu ketara,\" katanya.Selain Asheed, kumpulan yang sudah ditubuhkan sejak 1996 ini dianggotai oleh Zahardi Zulbairi (Eddie), 38, Nasyanto Nasib (Ahtonk), 33, dan ahli baru Azhar Abd Ghani (Cha\'a) turut hadir sama ke sesi temu bual ini.Cha\'a suntik semangat baruPenambahan Cha\'a, secara tidak langsung menyuntik semangat serta memberi nafas baru dalam susunan muzik mereka. Cerita Eddie, pemain gitar bass, akui barisan lagu baru mereka kedengaran agak berlainan dan lebih segar berbanding sebelum ini dengan kemasukan Cha\'a yang hadir dengan pembawaan yang tersendiri, pada masa yang sama memikul tugas sebagai pemain gitar.\"Seorang demi seorang, selepas Lee Space meninggalkan kumpulan ini pada 2003, disusuli dengan Jemboo yang menyertai kumpulan Maharaja untuk meneruskan kariernya, membuatkan kami mengambil langkah untuk mencari anggota baru. \"Dari situ, Cha\'a, bekas anggota kumpulan Flop Poppy, dicalonkan antara pengganti yang bersesuaian. Selepas kami menyatakan niat kami untuk mengambilnya, kami bernasib baik kerana dia bersetuju dan sejak awal tahun ini, Cha\'a secara rasminya menganggotai Def Gab C. “Dengan kehadiran Cha\'a, kumpulan ini diinspirasikan oleh gaya yang lebih segar, terutamanya dari segi idea, bunyi dan susunan muzik. Def Gab C tidak mungkin akan terkubur begitu saja, dan kami akan terus memperjuangkan muzik kami biarpun ahli silih berganti,\" ujarnya pula.Diakui oleh Cha\'a juga yang ingin tampil kelainan, penyertaannya dalam kumpulan Def Gab C, memberikan semangat yang baru buatnya, kerana komitmennya lebih dihargai dengan pendedahan yang lebih luas dalam menghasilkan lagu sebagai satu kumpulan. Selain itu, dengan konsep lebih agresif yang dibawa oleh Def Gab C, Cha\'a merasakan ia lebih dekat dengan dirinya berbanding dengan kumpulannya sebelum ini yang membawakan konsep pop rock.Sebalik itu, dalam usaha mempromosikan album terbaru mereka ini, Def Gab C akan turun padang menjelajah ke sekitar negara khusus bagi mendekati peminat tempatan mereka yang sekian lama menanti kemunculan lagu baru mereka ini, di samping mencari peminat baru. Memberi keutamaan kepada industri hiburan tanah air sendiri, Def Gab C akui mereka tidak terkejar-kejar untuk ke luar negara, kerana bagi mereka dikenali di negara sendiri sudah cukup berharga.Menyingkap kembali, sepanjang hampir 15 tahun pembabitan mereka dalam dunia hiburan tempatan, sudah lapan buah album yang dihasilkan, iaitu Cita Rasa pada 1997, Skala (1999), Remifasolatido (2001), Merah (2002), Raw (2004), RWD0106 (2006) dan yang terbaru ialah Neolitik. Terdapat enam lagu baru yang diselitkan di dalam album Neolitik ini iaitu, Kurniaan, Cinta Di Mana, Walaupun, Rinai, Suara Hati dan Tunggu Aku, di samping empat lagu lamanya yang hits hingga kini.Melihat kepada pencapaian kumpulan ini pula, Def Gab C pernah meraih Anugerah Kumpulan Rock Terbaik dan Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001, serta Anugerah Ceria Media (2001).INFO: Album NeolithicMemuatkan 10 lagu - enam lagu baru, empat lagu lama1. Kurnia (Lagu & Lirik: Asheed) 2. Cinta Di mana (Lagu & Lirik: Mala)3. Walaupun (Lagu & Lirik: Cha’a)4. Rinai (Lagu: Harun Ahmad, Lirik: Master G)5. Merah (Lagu: Asheed, Jemboo, Edie/ Lirik: Asheed) 6. Cinta Sakti (Lagu: M Nasir/Lirik: Loloq) 7. Suara Hati (Lagu: Eddie, Asheed, Cha’a, Atong/Lirik: Asheed) 8. Marilah Maria (Lagu & Lirik: Master G) 9. Ibu Kota Cinta (Lagu: Benny Ardjuna/Lirik: Bob)10. Tunggu Aku (Lagu: Eddie/Lirik: Asheed)

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.330282 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list