CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sangap123

THE AMAZING SPIDERMAN

  [Copy link]
Post time 30-6-2012 11:23 PM | Show all posts
Reply 80# RED 666


jadi tobey dgn pelakon dlm film baru ni memegang watak yg sama lah..cuma versi yg lain pulak ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2012 11:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by RED 666 at 30-6-2012 23:50
Reply  RED 666


jadi tobey dgn pelakon dlm film baru ni memegang watak yg sama lah..cuma versi  ...
harisbee Post at 30-6-2012 23:23



yap, sama2 pegang watak peter parker @ spiderman

filem adalah versi baru dan tak ada kena mengena dengan versi tobey
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2012 12:48 AM | Show all posts
Filem: Spider-Man lagi

         
PADA 2002, Sam Raimi menghasilkan Spider-Man yang akhirnya menjadi filem trilogi francais adiwira labah-labah itu. Berbanding X-Men, jika diikutkan, sudah lama penonton tidak disajikan dengan filem bersiri skala besar adiwira sejak filem klasik Superman menjengah panggung sekitar 1970-an sehingga awal 1980-an.

Hinggalah pada 2004, Raimi membina kredibiliti kukuh jenama adiwira berkenaan yang boleh dikategorikan sempurna dan bijak buat penonton. Malah, peminat baru juga mula jatuh cinta dengan perkembangan karakter adiwira ini dalam Spider-Man 2 dan Spider-Man 3. Kini selepas lima tahun, kita disajikan lagi kisah sama tapi daripada persepsi pengarah Marc Webb.
Bagi peminat, perjalanan awal bagaimana pelajar kolej bernama Peter Parker mendapat kuasa labah-labah diceritakan sebelum ini. Begitu juga dalam siri baru ini, bermula dengan digigit labah-labah genetik.

Kemudian jatuh cinta dengan rakan sekuliah yang kebetulan membantu Parker mencari keluarganya yang hilang secara misteri, juga dengan bantuan saintis Dr Curt Connor yang pernah bekerja dengan bapa Parker.


Namun, dalam proses itu, Connor juga mencari jalan untuk mengembalikan tangannya yang kudung melalui kajian DNA cicak. Dalam proses itu, Connor bertukar menjadi makhluk jahat dikenali sebagai The Lizard.


Jujurnya, garapan baru Marc Webb berisiko tinggi, terutama apabila cuba memberi kelainan kepada jalan cerita terdahulu. Tidak banyak boleh diperkatakan dek perubahan yang dilakukan daripada segi plot agak klise.

Pun begitu, ia tidak bermakna garapan Webb gagal mencapai sasaran kerana ada momen tertentu mendapat suntikan ‘blockbuster’ pada babak awal karakter berkembang. Malah pada beberapa babak seterusnya, dia juga menyuntik aksi mendebarkan secara konstan.

Marc juga bijak merakam karakter Spider-Man tanpa terlalu terikut-ikut dengan karakter asal, baik daripada filem terdahulu mahupun komik.

Sepanjang perkembangan plot, aksi dan realisasi watak, sokongan skor muzik yang memecah setiap momen juga mencapai kelebihan tersendiri.

Malah, Marc turut mencuba sesuatu yang klise tapi berhasil tatkala menampilkan sisi seram The Lizard, lantas memberi pilihan genre aksi adiwira.

Pun begitu, masalah utama filem ini ialah skrip. Adakalanya lontaran skrip tidak konsisten dan cacamarba. Contohnya, pada babak awal, Parker menyentuh objek yang melekat pada tangannya secara tiba-tiba.

Kemudian di babak lain dia mula selesa dengan kebolehan itu tapi selepas beberapa ketika, dia seolah-olah kembali kepada ‘bodoh alang’ sama apabila menjadi pelik dapat melekatkan objek lain pula.

The Lizard dan kesan CGI lain juga tampak serabut dan tidak statik. Kelemahan karakter Gwen Stacey (Emma Stone) turut menambah kekecewaan pada jalan cerita.

Lakonan Emma seolah-olah alat untuk mencantikkan plot semata-mata daripada menonjolkan keinginan cinta terhadap karakter Spider-Man.

Oleh sebab hubungan mereka dipaparkan secara pantas, momen romantik yang sepatutnya mengikat cinta tidak menonjol.

Pun begitu, tidak bermakna filem aksi ini gagal menangkap perhatian peminat filem adiwira. Sama ada Spider-Man versi baru atau lama, ia tetap sama. Cuma cara ia dipersembahkan yang boleh menyebabkan ia filem berjaya atau tidak.



DATA:

FILEM: The Amazing Spider-man
ARAHAN: Marc Webb

PELAKON: Andrew Garfield, Rhys Ifans, Emma Stone, Martin Sheen, Sally Field, Denis Leary, Chris Zylka dan Irrfan Khan

GENRE: Aksi
TAYANGAN: 5 Julai 2012
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

SUMBER HARIAN METRO

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 02:40 PM | Show all posts
xsabar tggu 05 Julai ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 09:47 PM | Show all posts
lepas spiderman...........batman lak
superman bila lak???

love superhero!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 06:32 PM | Show all posts
Jadi btol la si Emma Stone ni pegang watak Gwen Stacey.....aku tak ikut perkembangan sangat, cuma masa baca thread ni awal2 dulu dok kata dia MJ....then bila tengok poster baru2 ni aku nampak rambut Emma is blondie seblondie nya, seingat aku Gwen Stacey yg blondie n MJ merah....pelik kenapa dia jadikan MJ rambut blonde, skali tengok kat rottentomatoes tadi rupanya mmg watak Gwen.....

aku ingat watak kecik Gwen Stacey dlm Spidey 3 dulu....muncul sipi2 je time diselamatkan kat bangunan tu......alah, watak Dr Connor aka the Lizard pun ada dlm Spidey dulu cuma tak jadi Lizard je la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2012 06:34 PM | Show all posts
Reply  RED 666


jadi tobey dgn pelakon dlm film baru ni memegang watak yg sama lah..cuma versi  ...
harisbee Post at 30-6-2012 11:23 PM



    yeah....pasal tu dia panggil reboot......bukan sequel or prequel.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 09:00 PM | Show all posts
Dlm pawagam midveli
Tgh tunggu tayangan 3D start
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2012 10:32 PM | Show all posts
nak tengok lagiiiiii...... mmg korang semua kena lupakn la spidey tobey tu..
dah tengok show kol 6 td..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 03:14 AM | Show all posts
dah tgk..
ok la jugak..
but, aku still prefer tobey maguire version.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 09:17 AM | Show all posts
knp lbh prefer versi Tobey??
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 09:38 AM | Show all posts
Bagi aku citer ni ok
x expect lebih2 sebab jalan citer cam tu je lah

Tp yg bagus sbb banyak perubahan jalan citer (polit utama) yg diubahsuai supaya ada kelainan dr yg selalu kita baca/lihat

Cuma x tahan part cintan cintun tu

Ala2 titanic pulopp
pening den nengoknya
Tapi kalau yg couple tengok seronotlah

Pas tu banyak adegan action yg macam plot Hindustan
Cam tengok pilem hindustan lakunan org putih pulopp
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 11:14 AM | Show all posts
Tobey Maguire still the best.
But, this one also not bad.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 12:08 PM | Show all posts
dh tgk smlm.. ramai nye orgg! dua2 hero saya suke.  yg ni rebel sket. leh plak pilu hati tgk time dia nak gi bangunan corp ke apa namanye? asa nak nanges... huhuhu... rase nak tgk lagi. 3D..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 02:05 PM | Show all posts
Bagi aku citer ni ok
Bagi aku citer ni ok
x expect lebih2 sebab jalan citer cam tu je lah

Tp yg bagus sbb banyak perubahan jalan citer (polit utama) yg diubahsuai supaya ada kelainan dr yg selalu kita baca/lihat

Cuma x tahan part cintan cintun tu

Ala2 titanic pulopp
pening den nengoknya
Tapi kalau yg couple tengok seronotlah

Pas tu banyak adegan action yg macam plot Hindustan
Cam tengok pilem hindustan lakunan org putih pulopp
solstice Post at 5-7-2012 09:38


amende 'pulopp' tu? nini cokelat celop tau la. hehe!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 03:13 PM | Show all posts
ermmm aku cam x berminat je nk tgk...eh bebudak leh tgk ke...takot la ada part2 yg x senonoh yg kuar...
nk tgk pon sbb anak2 jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 04:49 PM | Show all posts
dah tengok time special screening kt IMAX 3D kemarin dulu.... this version wayyy much better dr yg dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 05:03 PM | Show all posts
amende 'pulopp' tu? nini cokelat celop tau la. hehe!
NAGAmerah Post at 5-7-2012 14:05



pulopp= pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 09:21 PM | Show all posts
Reply 97# neeria


    ...

byk adegan romen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 12:37 AM | Show all posts
Reply  neeria


    ...

byk adegan romen ke?
budaktua Post at 5-7-2012 21:21


xlah..kissing je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.059613 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list