CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

GHAZAL UNTUKMU

[Copy link]
 Author| Post time 27-7-2011 01:51 PM | Show all posts
Bila semua characters dah diperkenalkan, saya akan stop tempek ye...kena la tunggu buku..heheh sorry semua, tapi ni pun mula2 saya nak tepek 5 bab awal, tapi sbb sayang kat semua saya akan tempek hingga bab 10 saja. ;)

Love
DETOX.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2011 02:02 PM | Show all posts
Reply 81# detox

akak...
byk2 pon xper...
beli ttp beli jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 03:27 PM | Show all posts
huwaaaaaa...  dah tak dok n3 lagi ler pas ni yer... bape lama la baru kuar novel nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 04:20 PM | Show all posts
Reply 83# asyriqa

tak sure lagi, bila buku keluar....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 04:29 PM | Show all posts
Reply  asyriqa

tak sure lagi, bila buku keluar....
detox Post at 27-7-2011 16:20



     adess rindu2 rinduan la dbuatnye .... kena siapkan cepat2 tau detox buku ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 04:37 PM | Show all posts
Reply 85# juliet80


sebenarnya cerita ni dah complete, tapi publisher minta dipanjangkan sbb tak cukup ! eheheheheh....
so skrang tengah tambah hopefully it will be better dan akan siap soon. (target lepas raya siap le)


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2011 06:30 PM | Show all posts
sila la wat panjang2 bagi puas baca... macam 3 jantung hati tu... dari panjang dah jadi pendek...tak berapa tebal novelnye... walaupun best sangat tapi tak berapa puas hati sbb banyak yg kena potong...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 10:19 PM | Show all posts
lambat lagi la blrh bc buku ni.. sabar2...

**Camane nak baca  3 jantung hati versi original? Tak puas nak bc yg cetak punya.. pendek sgt... huhuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 08:00 AM | Show all posts
best ... best... sure belinya. nanti inform bila dah keluar
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 08:12 AM | Show all posts
Reply 86# detox

akak..
same publisher ker?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 08:31 AM | Show all posts
takde dah ke ?????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2011 02:09 PM | Show all posts
Reply 91# yaya4075


    ada...kejap ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2011 02:13 PM | Show all posts
Sharing another excerpt

Envelop di buka. Sekeping kad dihiasi gambar hati berwarna merah. Isinya dibaca dengan pelbagai rasa. Nota itu ditulis begitu indah sekali. Segala apa yang mereka lalui di tulis membuatkan semua memori yang mereka kongsi bersama terkepung di dalam hati mereka. Nota itu bukan nota sedih, nota itu tidak bertujuan untuk meluruhkan tangisan lelaki itu. Nota itu adalah nota terakhir seorang kekasih buat kekasihnya. Nota itu hanya untuk mengingatkan semua kisah terindah mereka.

Harith menarik nafas yang panjang selesai membaca hingga ke titik akhir. Dia memerhati tasik yang berbayang-bayang kala mentari makin menghilang. Ayat terakhir bergema dalam mindanya, begitu indah dinukilkan. Here, we share the journey, we share the smiles, we share the love. This is a note of temporary good bye as we will gather again; our journey completed, our smiles blissful, our loves unite, forever in the hereafter. Harith senyum. Semua kesedihan terus lumpuh kerana dia tahu, dia sudah perolehi kebahagian yang abadi.

***

Nota pada Harith dari siapa ? jeng jeng jeng...hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 02:15 PM | Show all posts
ala.......saspennya......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2011 02:19 PM | Show all posts
Bab 7       

TAMAN di belakang rumah Suraya Majid semakin surut dengan orang yang tadi penuh. Acara sambut menantu walaupun hanya untuk saudara dan teman-teman rapat tetap meriah dan mewah. Konsep garden wedding memang nampak romantis sangat, senyum lebar terpamer pada kedua-dua wajah pengantin. Harith nampak gembira sekali. Ya dia pernah melaluinya dulu bersama Lili tapi merasai sekali lagi bersama orang yang di cintai amat berbeza. Hatinya penuh dengan bunga. Bunga cinta.

“Ili…..glad that you can make it…” Harith tersenyum, gembira Lili sudi juga datang bertandang. Bapanya awal-awal lagi sudah boikot, dan ibunya terpaksalah ikut sekali. Abang dan kakaknya juga sedang melancarkan perang saudara. Semua tidak mengerti tindakan Harith. Sampai abang  sulungnya mengecop Harith lelaki miang sibuk nak berbini baru.

“Ya, I am glad too..” suara Lili tenggelam. Dia senyum sedikit dan apabila pengantin perempuan berkumpul bersama mereka Lili masih mempamer senyum. Matanya curi-curi melihat Suraya. Cantik ! Dia sangat cantik !
“Congrats…” tangan di hulur, dan sebungkus hadiah dibalut pembalut putih dengan riben kertas crepe berwarna kuning cair bertukar tangan.
“Terima kasih…” kata si pengantin perempuan dengan mata yang bulat. Cantik sangat !
“Oh just a small gift…”

Harith menghilang diri. Pandai betul. Dibiarkan isteri dan bekas isteri mengenali diri masing-masing. Selama ini hanya nama mereka saja disebut-sebut.

“I banyak dengar cerita pasal you.” Mula Suraya sambil menarik kerusi. Matanya melihat ke pinggan Lili yang berisi nasi kabsah sesenduk dan daging seketul.

Aku kan ‘penasihat’ pada si Harith masa dia hendak menawan kamu dulu !

“Oh….I hope tak ada cerita yang buruk pasal I …” Lili ketawa sedikit dan matanya mengerling Harith yang bersembang dengan Zali.  Dia kenal Zali. Sebenarnya dia kenal semua kawan Harith, tentulah kan !
“No..none. Harith bagitahu you are an excellent photographer..and..”
“And a lousy cook !” sambung Lili cepat.

Suraya tergelak.

“Dia tak cakap tu, but indirectly dia cakap dia lagi suka makan kat mamak !” Suraya senyum. Dia memang manis. Mungkin juga mereka boleh berkawan baik kalau dia bukan isteri Harith !

Lili mengunyah daging. Sambil mengunyah, otaknya ligat menjana. Apa aku buat kat sini. Makan nasi kenduri bekas suami sambil mendengar celoteh isteri pada bekas suami dan pura-pura tersengih mendengar jenaka dia. Oh ! Ini sangat menyedihkan! This is totally pathetic !

“Terima kasih, Lili sudi datang…” suaranya mendatar. Ada getaran di hujung.

Lili menelan daging yang sudah lumat. Menanti apakah sambungan yang akan dicantumkan dari bunga-bunga kata yang hendak diluahkan dari bibir comel yang bercalit gincu berwarna merah darah. Warna itu menyerlahkan lagi kulit putih gebu wanita yang anak matanya berwarna coklat.

“Doakan kami ye…”

Terasa daging yang sudah hancur lumat terlekat di kerongkong. Doakan kami ? Mata Lili membulat. Cepat dia mencapai gelas berkaki halus dan meneguk air sirap limau.

Suraya mengebam bibir. Dia tahu dia salah cakap. Minta janda Harith mendoakan mereka. Memang tak patut betul.

Dia hilang kata-kata. “Moga kita boleh jadi kawan…” akhirnya dia melontarkan itu, cuba menutup kelancaran lidahnya.

Dia memang mahu berkawan dengan Lili. Dia tidak mahu bermusuh. Dia kenal Harith, malah dia bercinta dengan Harith lebih dahulu dari Lili jatuh cinta dengan Harith. Ya dia akui, Lili kenal Harith lebih dahulu. Kenal sahaja, tiada cinta. Apa yang dia tidak tahu adalah, Lili telah pendam cintanya pada Harith terlebih dahulu !

Lili tidak tahu hendak berkata apa. Dia meneguk air sirap limau lagi. Jangan sombong Lili. Encik Alias tak pernah ajar awak jadi sombong.

“Ya…friends ..” dia meletakkan gelas berkaki halus itu dan tangannya ditekup atas tangan Suraya.

Entah mengapa bila menatap wajah pengantin yang lembut di hadapannya, hati Lili juga turut jadi lembut. Kalau tadi di dalam kereta dia mengandaikan apa yang akan bakal berlaku di majlis itu. Manalah tahu jadi macam cerita Madu Tiga. Si Latifah naik berang kejar pengantin. Memang haru.

“Thanks…lega saya…” ada sebutir air mata jernih terbit di hujung matanya.
“Jodoh saya dengan Harith takat itu saja. He loves you…very much !” Lili senyum cuba melindungi rasa yang terhiris dalam hati.

Suraya diam, genggaman tangan mereka makin kuat. Harith yang konon-konon rancak berbual dengan Zali sesekali memandang. Hatinya berkocak melihat dua wanita itu bergenggaman tangan. Dia berdoa moga Lili bertemu dengan seseorang yang benar-benar mencintainya.

“Thanks Lili.”
“I doakan you dan Harith kekal hingga akhir hayat.”

Kali ini dia ikhlas. Dia akhirnya ikhlas melepaskan Harith pergi. Lili mengukir senyum dan hatinya turut tersenyum. Moga Harith bertemu dengan kebahagiaan yang dia cari dan dambakan. Suraya memeluknya erat, semacam memohon restu. Lili tidak berbuat apa, dia tidak dapat membalas pelukan itu. Tangannya penuh kuah daging kuzi !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2011 02:24 PM | Show all posts
SURAYA mengesat air matanya. Hadiah dari Lili amat bermakna. Sebuah album yang merakamkan gambar-gambar Harith. Gambar candid yang lucu dan amat mempersonakan. Harith juga tidak menjangka akan kejutan itu. Sesungguhnya dia tidak sedar bila lensa Lili menjadikan dirinya target.

“I tak sedar pun masa dia ambil ni !” katanya sambil menunjuk pada sebuah gambar yang di ambil di waktu remang-remang senja. Harith sedang bercangkung menghidu bunga mawar yang pertama kali mekar. “Tapi I ingat, that was the first bloom, she’s so excited dan tunggu I dari pagi to show off bunga ros tu.” Harith tersengih dan menggeleng kepala.

“She’s a sweetie !” puji Suraya sambil mengelus gambar Harith.

Matanya tertumpu pada sekeping gambar. Harith di patio sedang termenung menongkat dagu dan matanya tertumpu pada seekor burung yang hinggap pada ranting pokok ceri.

“Menung apa la masa ni ?”
“Ingat kat you lah !”

Suraya tersenyum. Album ditangan di tarik Harith. Gambar-gambar yang penuh takrifan tersendiri dibiarkan di hujung katil. Sebenarnya jauh di dalam hati Harith dia terasa dengan gambar-gambar itu. Gambar itu dirakam ketika waktu dia sedang merindui Suraya. Dia langsung tidak nampak Lili. Dia leka dengan angan-angan yang dia cipta. Zalimnya aku !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2011 02:27 PM | Show all posts
LILI pejam celik pejam celik mendengar voice message yang berterusan.

“Call me back” pesanan dari Mama.
“Sabtu ni jom cycling kat Putrajaya” pesanan dari Saffy.
“Kenapa off handphone. Call me back.” Pesanan dari Khairuddin, penerbit majalah Nature.
“Salam. Saya Hafez. Up for charity cause ? Ada old folks home perlukan our attention. Call me at 019 876 5432,  if interested.” Pesanan itu di ulang semula. Macam menarik.

Dia mendail nombor itu.

“Salam. Lili Alias ?” suara itu pantas memberi respon dan seakan sedang menanti panggilannya.
“Ya..Salam…” jawab Lili terkejut kejap.
“Maaf….” Mungkin dia dapat mengesan ‘keterkejutan’ Lili itu. “Saya Hafez. Saya dapat nombor puan dari Khairuddin. Saya perlukan seorang yang pandai tangkap gambar…”
Lili tersengih, ok aku pandai ‘tangkap gambar’ dan…
“dan saya perlukan orang yang boleh buat kerja free !”
Ok….aku memang freelancer ! Lili tergelak.
“Maaf, memang tak ada siapa nak buat kerja free…” suara Hafez macam kecewa. Kenapa lah tiada yang sudi buat kerja atas nama kebajikan.
“Maaf, Encik Hafez, saya tak bermaksud……apa yang Encik Hafez nak saya bantu. Sekiranya kena dengan masa saya, saya okay saja…”

Hafez melepaskan nafas lega. Betullah kata Khairuddin, Lili ni boleh di bawa berunding, soal bayaran bukan menjadi hal utama, tidak ramai orang yang bersikap macam itu. Sekarang semuanya duit, no money no talk !  Hafez terus memuntahkan apa yang dia hajati. Tiada ruang langsung untuk Lili menyampuk. Jadi terpaksalah Lili berkata, ya, ya dan ya. Sesekali menyampuk dengan em, ok…great !

“So okay ?” tanyanya, barulah dia memberi ruang untuk Lili berkata-kata.
“Okay ……”
“Cantik !”

Lili meraup muka, tak sempat lagi nak sambung cakap. Gelojoh betul la si Hafez ni. Lili ketawa dalam hati lagi. Dia kenal ramai kawan-kawan yang suka buat kerja amal. Memang kebanyakan mereka sangat bersemangat, dan tentulah juga ketrampilan mereka laju dan cekap. Tapi Hafez ni gila kalut !

“Jadi saya jumpa esok di tempat tu ? Saya sms alamat ye.”
“Okay. Tapi ..”
“OK, saya akan sms, dan kita jumpa jam 10 ! Terima kasih Lili. Moga Allah merahmati kamu.” Dan dengan itu talian dimatikan.
“Sama-sama. Amin.”

Lili pejam celik pejam celik. OK !

Telefon di tangan bergegar lagi dengan ring tone Stay nyanyian Bonnie Bianco dari filem Cinderella 87.
“Salam.”
“Salam.”
“Thanks for the gift. It was excellent and all the shots are absolutely awesome !” suara Harith berbisik-bisik.
“Harith, don’t ever call me…” Telefon terus dimatikan dan disorok bawah bantal.

Kalau Harith tidak telefon, dia sudah okay. Lagipun majlis perkahwinan yang dihadiri lebih dua minggu sudah makin dapat dilupakan. Tapi malam-malam begini, bila ring tone yang khas untuk Harith berbunyi, ianya mengembalikan nostalgia. Mengingatkan dia waktu-waktu dulu, ketika dia sangat mengharapkan Harith pulang dan mengusir rasa sepinya.

Lili bangun, dia perlukan sesuatu untuk redakan kesedihan. Tub mandi di isikan dengan air sejuk campur air panas. Biar suam. Walau sering diingatkan oleh Mamanya untuk tidak mandi di malam hari, dia terpaksa berdegil untuk malam itu. Dia perlukan mandian suam-suam. Dia mahu air suam itu mengusir rasa sedih. Dia mahu tenggelamkan semua rasa pada Harith yang kejap-kejap timbul, walaupun dia sudah ikhlaskan pemergian Harith.
       
Setengah botol haruman lavendar dipicit ke dalam tab yang separuh penuh. Wap hangat mengaktifkan lagi sel-sel wangian itu, buih-buih halus merimbun terbit saat dikocak airnya. Dia rasa tenang, dan sewaktu kulitnya menyentuh air itu seluruh fikirannya tenggelam dan dia sekarang sendirian di sebuah taman tema dengan belon berwarna dan badut yang berlagak lucu. Belon-belon itu bertukar menjadi belon gergasi dan membawa dia terbang ke langit biru, sayup menghijau pemandangan dibawah. Lili tersenyum dan terus menutup mata. Dia semakin tinggi dan tinggi membelah langit. Indah kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:27 PM | Show all posts
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa .................sedihnya lili ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 04:58 PM | Show all posts
sedihnya.....sob...sob....sob... sedihnya.....sob...sob....sob... sedihnya.....sob...sob....sob... sedihnya.....sob...sob....sob...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 05:56 PM | Show all posts
Lili dah ada yang meminatinya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 1.007624 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list