CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: detox

GHAZAL UNTUKMU

[Copy link]
Post time 16-8-2011 01:13 PM | Show all posts
Reply 140# detox


   
lagu rakyat camni mmg kena dgn watak Gibran
sesuai utk nyanyi depan CM sambil petik gitar
smiley imagine Gibran mcm Bront Palarae
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 01:53 PM | Show all posts
best la cite ni....
Detox..xleh beli online dari u ker...hehehehe...
xde kulit buku pun xpe..... Yg penting citer nye menikam jiwa....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 02:43 PM | Show all posts
Reply  detox


   
lagu rakyat camni mmg kena dgn watak Gibran
sesuai utk nyanyi depan CM sam ...
sang_arjuna Post at 16-8-2011 13:13


amboi dah start dah perang hero bakal berlaku....heroin sapa lak??

erkkk..tingat kat datin nadira...aka cik chengkeh kita....jaman kisah hang nadim...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2011 10:12 AM | Show all posts
lili = fazura. comel ! ehehehehehehhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2011 10:16 AM | Show all posts
salam pagi semua. Hari ni dah 17 hari berpuasa. Hari Nuzul Quran. Check balik diri kita, sudah kah kita baca Al-Quran hari ni ?

seperti mana yang saya dah janji untuk letakkan 10 bab awal, hari ini sampailah kita pada bab ke 10.

Selamat membaca, dan harapnya cerita Lili dan Gibran ini akan lahir juga. Harap Allah sentiasa memberi saya ilham untuk terus menambah cerita ini dan agar rakan2 yang membaca dapat sedikit sebanyak manfaat dari cerita yang tidak seberapa ini.

Cerita ini mengisahkan tentang persahabatan, tentang hidup yang sementara, dan tentang menghargai orang tua kita.

Saya bukanlah pujangga kata yang punya bahasa terlalu indah, saya hanyalah tukang cerita yang mahu berkongsi cerita.

terima kasih semua.

Love,
Detox@Nisyah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2011 10:17 AM | Show all posts
BAB 10

HARI yang sibuk. Pagi dia ada photo shoot dengan sekumpulan model untuk iklan sebuah produk coklat yang baru menembusi pasaran di Malaysia. Model-model yang kurus melidi dengan warna rambut tidak asli dilitup peroksida berwarna blonde memeningkan kepala Lili. Gengsi betul seorang-seorang. Macam diva layaknya walhal baru sahaja jadi model untuk iklan coklat. Sudah dua jam dia masih tidak dapat hasil yang baik. Entah apa yang tidak kena pun Lili tidak tahu.
“Lili, what’s wrong ?” sergah Damon, pengurus projek.
“This lady kena out, she’s ruining the whole thing. She refused to complement with others instead tried to do her own pose which is totally out !” jarinya menunding seorang model dan matanya tajam merenung gambar yang terpamer di skrin laptop. Dia sudah kenal pasti penyebab hasilnya tidak berapa menjadi. Damon melihat ke skrin. Dia menghela nafas.
“So what do you suggest ?”
Lili mengangguk. Bukan dia tidak sedar. Perempuan ‘gedik’ itu ada ‘sesuatu’ dengan si Damon.
“IF you want nice results, I don’t want her …”
“But my client wants her…”
“Then tell her to harmonize with others and do as what I directed…”
Lili bangun dan keluar dari studio. Malas hendak bertekak dengan Damon. Biarlah dia uruskan hal model yang seorang itu. Dia menghampiri vending machine dan memasukkan duit-duit syiling. Sekotak susu perisa coklat tergolek keluar. Dia duduk di bangku luar dan menikmati susu coklat yang dingin sambil melihat kereta lalu lalang. Bangku kayu yang agak tinggi membolehkan dia membuai kakinya.
Matanya tertangkap Suraya. Sudah dua bulan Harith dan Suraya hidup bersama, tentu hari-hari mereka penuh ketawa dan canda. Sudah dua bulan juga aku menjanda, keluh Lili, dia melepaskan nafas sedikit. Tapi hari-hari aku juga tidak seteruk mana. Aku sudah pun boleh ketawa. Dia memerhati Suraya yang di seberang jalan. Gayanya menunjukkan seorang wanita intelek yang penuh elegant. Malam semalam dia dapat sms dari Suraya, ingin bertemu. Lili membalas kalau dia agak sibuk sepanjang minggu itu. Sekarang tanpa disangka, Suraya sedang menuju ke arahnya. Ala, not now ! Dia menyedut susu coklat sampai berbunyi dan mahu masuk ke dalam tapi Suraya lebih cepat.
“Hai..” sapanya lantas duduk di sebelah. Senyumnya melebar.
“Hai.”
“Tak sangka betul dapat jumpa you kat sini…”
Semalam balasan sms dari Suraya ada nada kecewa bila dia mencadangkan hari Isnin hadapan baru boleh bertemu. Bukan lama sangat, lima hari saja lagi.
“Ya, ada shooting ….” Jawabnya sambil memaling ke arah pintu studio.
“Petang ni you free, sorry, I know you are so busy, tapi nak jumpa sekejap saja. Please ..." nadanya seolah merayu sangat.
“Now I’m free…”
Hati Lili rasa tidak berapa sedap. Memang tidak ada salahnya berkawan dengan Suraya, tapi kalau boleh dia mahu menjarakkan hubungan mereka. Dia tidak mahu nanti hatinya terhiris lagi. Terhiris melihat kebahagiaan Harith dan Suraya. Suraya mengerut dahi. Keadaan persekitaran dan waktu yang singkat tidak sesuai untuk bercerita tambahan dia juga ada kerja.
“I pula ada appointment kat bangunan sebelah.” Suraya bangun. Muka dia nampak sedih. Tertekan pun ada sikit.  Lili mengerut kening. Ada masalahkah dengan Harith, atau dengan ayah dan emak. Dia masih lagi memanggil bekas mertua dengan panggilan itu. Tidak terasa pula hendak tukar kembali kepada Uncle Nasir dan Aunti Kamariah.
Lili bangun dan memegang sedikit lengan Suraya. “You okay ke ?” tanyanya, risau juga melihat wajah Suraya yang macam mendung sikit.
“Tak berapa. Petang ni boleh tak ? Please I really need to see you.” matanya mengharapkan Lili mengatakan ya.
Lili mengangguk. Tak apalah, esok pun boleh pergi ke Pasar Seni walau hasratnya itu sudah tertangguh seminggu, sejak mereka minum teh tarik di Kampung Attap. Suraya nampaknya lebih memerlukan telinga aku dari Gibran. Ketika itu Damon keluar dan menggamit Lili. Dia pula nampak tertekan. Bukan senang nak pujuk seorang ‘diva’. Kan ?
“Petang ni jumpa kat Secret Recipe Kelana Jaya. Okay tak ?” cadang Lili setelah memberi isyarat tunggu sekejap pada Damon. Damon angguk lantas hilang ke dalam.
“Ok. Jam 5 ?”
“Ok, see you nanti. Meanwhile do take care.”

Photo shoot diteruskan. Kali ini hasilnya menjadi. Latar Cirque de Soleil tampak hidup, adunan dramatik kesenian sarkis dan street-entertainment begitu menyerlahkan lagi iklan coklat yang punya nama itu. Lili puas hati walaupun si model tadi muncungnya sedepa sebaik saja habis pengambaran dan jelingan maut dihadiahkan tiap kali matanya ternampak Lili.
Dia ke tingkat satu pula untuk mengedit gambar-gambar tadi. Kerja harus diselesaikan hari itu juga. Esok team Damon akan menunjukkan hasil pada pelanggan mereka. Harapan Lili semua okay, kalau tidak dia perlu mengulang edit dan paling buruk kalau dia terpaksa re-shoot. Lemah lutut kalau kena re-shoot tapi ianya jarang sangat berlaku, kalau dulu masa masih hijau dalam bidang itu memang selalu kena re-shoot. Sekarang pengalaman sudah mendewasakan cara kerjanya. Hasil yang kreatif dari sudut pandang seorang jurugambar professional itu memang selalu ditabik pelanggan-pelanggannya.
Selesai solat asar dan kalut-kalut beritahu Damon apa yang sudah dia bereskan Lili bergegas ke Kelana Jaya. Sengaja memilih Giant Kelana Jaya itu kerana ruangan parkirnya luas dan banyak pula yang kosong, jadi tidak perlulah dia berlegar-legar mencari ruang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2011 12:18 PM | Show all posts
Ini aje ke bab 10 nya?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 02:43 PM | Show all posts
detox... intro jer dah best sangat... tak sabar nak tunggu publish.... gud luck...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2011 07:49 AM | Show all posts
Best..hehehe dah lama x ngomen...x sabar nk baca bukunya
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 09:42 AM | Show all posts
nak lagi la.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 05:19 PM | Show all posts
gud luck detox
tak sabar tunggu versi buku
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 10:57 AM | Show all posts
amboi dah start dah perang hero bakal berlaku....heroin sapa lak??

erkkk..tingat kat datin na ...
kaypo Post at 16-8-2011 14:43



terharu...
mcm sinonim jekkan nadeem ngan nadeera a.k.a chengkeh...


tapi kan lagik bes kalau boleh buat cete pasa 3 jantung hati ni cam nora elina tuh...
nak aaron jadik nadeemmm....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 11:01 AM | Show all posts
terharu...
mcm sinonim jekkan nadeem ngan nadeera a.k.a chengkeh...


tapi kan lagik be ...
chengkeh Post at 19-8-2011 10:57



alahai...aaron je...aaron aziz elek...aaron kwok boleh...

adik manis mana pigi..lama tenggelam...hanyut kemana dah?...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 11:06 AM | Show all posts
alahai...aaron je...aaron aziz elek...aaron kwok boleh...

adik manis mana pigi..lama t ...
kaypo Post at 19-8-2011 11:01



bz kak kay...
nadeera banyak terima tempahan buat cupcake...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 12:04 PM | Show all posts
Reply 153# kaypo

kakak...
kt markas ader stok br x?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 12:37 PM | Show all posts
Reply  kaypo

kakak...
kt markas ader stok br x?
midar Post at 19-8-2011 12:04


midar sayang...bulan pose ni akak cuti dari jadi jaga markas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2011 12:39 PM | Show all posts
bz kak kay...
nadeera banyak terima tempahan buat cupcake...
chengkeh Post at 19-8-2011 11:06



wahhhhh..masyuk ler bulan ni..byk cuppies ..hantar le kat akak ni sikit..

erkkk...si ensha hani..aka cik bunick tu..bz ngapa lak...tenggelam juga tu...atau tgh pulun baby baru..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 12:48 PM | Show all posts
Reply 156# kaypo

aiseh akak...
br ingat nk g menjenguk markas minggu ni..
nk buat stok utk raya....
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 12:48 PM | Show all posts
Reply  kaypo

aiseh akak...
br ingat nk g menjenguk markas minggu ni..
nk buat stok utk raya... ...
midar Post at 19-8-2011 12:48


jom jenguk markas private akak je lah....lagi byk koleksi....siap leh masok buku 3 5 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2011 12:57 PM | Show all posts
Reply 158# kaypo

blh.. mai la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.200462 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list